Cerita Lawak : permainan Gasing mampu membunuh

Sejuk lagi hari ni.Kat luar tu masih hujan.Aku kat dalam ofis ni dah menggigil kesejukan sehinggakan segala urat di dalam tubuh badan aku membeku.Aku telahpun membuat unggun api di dalam ofis ni,Alhamdulillah terasa sikit bahangnya.Tapi,apa-apa pun kita kena sentiasa bersyukur kerana hujan yang turun ni adalah rahmat.


Baiklah,entri kali ni aku nak cerita zaman aku muda mudi dulu.Zaman 'sekben' baru nak tumbuh.Hahaha.Cerita ni adalah tentang gasing.Dulu aku ni pemain gasing yang sangat hebat.Siapa tak kenal aku?Sebut je nama aku,semua dah gerun.Semua da membayangkan kehebatan aku ketika bermain gasing dan memakuk gasing orang lain.Kehebatan aku terserlah sehinggakan menjadi wakil olimpik dalam permainan ini.Kalau tak terbelah dua,terbelah empat dan hancur berkecai gasing orang lain aku pakuk.Ramai mendambakan aksi-aksi aku bermain gasing kerana setiap kali aku beraksi,aku akan menunjukkan sekali aksi seekor cacing dibaham seekor gajah.Jadi itu yang menjadikan permainan aku sangat-sangat menarik.

Namun,jangan disangka permainan gasing tiada bahaya nya.Aku bersara daripada arena permainan gasing juga gara-gara tersalah langkah.Insiden terjadi ketika aku sedang melawan pe'gasing' daripada Uganda.Sedang aku membuat satu balingan untuk memakuk gasing pe'gasing' daripada Uganda itu,secara tiba-tiba gasing aku membuat satu aksi yang sangat pelik.Aku pun tak faham kenapa beliau bertindak sedemikian rupa.Mungkin aku terlupa untuk memberi beliau makan 'Frieskies'.Itu yang beliau merajuk dengan aku.Pada aksi tersebut,beliau tidak menuju tepat ke gasing lawan tetapi beliau menuju ke arah pengadil perlawanan dan memakuk tepat ke kepala pengadil itu yang secara azalinya berkepala botak tengah.Pengadil itu tercampak ke tanah dan melantun semula ke atas udara sambil meracau-racau.Sedang pengadil tersebut berterbangan di udara sambil terpusing-pusing,seluar dan bajunya tersangkut pada zink bumbung pondok berhampiran.Dan secara tiba-tiba,pengadil tersebut terbogel sambil melayang-layang di udara.Selepas 10 minit berpusing-pusing dan berterbangan di udara,pengadil tersebut jatuh terjelepuk ke atas tanah dan terus diserang strok.Pe'gasing' daripada Uganda itu pula secara tiba-tiba tercampak ke rumah salah seorang penonton di situ dan terus menjadi ahli keluarga penonton tersebut.Manakala separuh daripada penonton di situ pengsan secara tiba-tiba.

Sejak daripada peristiwa itu,nama aku telah disenarai hitamkan oleh Persatuan Gasing Malaysia(PGM).Aku dilarang untuk menyertai apa-apa pertandingan berkaitan gasing.Dan,itu lah yang menjadi penyebab aku bersara sehinggalah sekarang.Permainan gasing aku mampu membunuh.

*layan je lah.Hakhakhakhak


6 comments.. read them below or add one

shafiqabdshukor shafiqabdshukor 07 October, 2011
dahsyat cerita kau ni...
hahahahaha
Norfarahniza Norfarahniza 08 October, 2011
gara2 berlagak terer men gasing, saya pecahkan tingkap kat skola..
hahahaha..kite 2-2 x layak men gasing..hhahahaa
Unknown Unknown 10 October, 2011
@shafiqabdshukor hahahaha..dasyat kan??ak pun kadang2 khuatir gak dengan citer aku ni..hakhakhak
Unknown Unknown 10 October, 2011
@misz farahniza hahahahaha..itu la pasalnye...tapi,maknanya kita berdua boleh la main gasing sama2..hahahaha..tak ada sapa nak marah
EfFa mArIfA EfFa mArIfA 10 October, 2011
hahaha..hebat pemain gasing ni..
cam fantasi lak...tercampak sana sini..hakhak
Unknown Unknown 10 October, 2011
@EfFa mArIfA yeah..ramai da cakap sy ni hebat bermain gasing..hahahaha...