Selamat berSelasa semua.Esok cuti dah kan?Takkan lah korang tak cuti?Cari duit lebeh nampak?Hahaha.Hari ni aku agak tak berapa nak bz.Jadi,memang sesuailah kiranya aku mengupdate blog miskin aku ni.Daripada tak buat apa-apa.Mulut seksi aku ni dah berapa kali menguap-nguap dah.Hampir-hampir jugak lah dimasuki oleh lalat.Nasib baik aku ni memang tangkas dan bijak orangnya.Belum sempat beliau memasuki mulut aku,terus aku gigit dan mengunyah-ngunyahnya.Baru beliau kenal siapa Boni a.k.a Aaron Azidol.
Entri kali ni aku nak ngupas tentang ayat'Sila Tinggalkan Jejak Anda Di Sini'.Ayat ini memang sedang menjadi satu fenomena bagi anak-anak muda zaman sekarang.Kalau pergi mana-mana laman sesawang,musti kita akan menjumpai ayat ini.Dan disebabkan kefemesan ayat ini,ramai yang menggunakannya di luar alam siber.Contohnya,baru-baru ini.Kenduri member aku si Muncut, pun telah mengguna pakai ayat ini di majlis persandingan beliau.Ayat ini semakin menular dan semakin menunjukkan belangnya di mana-mana sahaja.
Aku juga salah seorang yang terpengaruh dengan ayat ini.Sehinggakan ayat ini telah aku jadikan prinsip dan pedoman di dalam kehidupan seharian aku.Apa yang aku lakukan,aku akan sentiasa berpegang pada prinsip ini.Jadi,tidak hairanlah jika ramai cleaner Plaza Pekeliling akan merungut kerana sentiasa akan menjumpai taik terapung-apung di dalam mangkuk jamban.Bukan aku sengaja tak nak flush,tapi disebabkan aku sentiasa berpegang pada prinsip tersebut,jadi aku dengan bangganya akan meninggalkan jejak aku itu tanpa sedikit pun rasa berdosa.
Jika aku sedang mendespatchkan diri juga,setiap kali aku berhenti kat traffic light merah,dengan selamber je aku mengkahakkan pemandu kereta yang berada disebelah.Untuk meninggalkan jejak katanya.Kadang-kadang jika bernasib baik,kepala aku dibedil menggunakan stereng lock.Namun demi prinsip itu,aku akan terus memperjuangkannya walau dibadai ombak sekalipun.
Tapi yang paling aku gemari ialah jika berada di tempat yang tinggi.Setiap kali aku berada di atas aku akan meninggalkan jejak kepada orang yang di bawah.Aku akan simbah mereka semua dengan kencing aku.Dorang yang berada di bawah itu pula ada yang berlari-lari anak,ada yang menjerit keriangan,ada yang secara tiba-tiba kekejangan otot,ada yang tiba-tiba menggejelat,ada yang secara tiba-tiba pengsan.
Itu lah keistimewaan ayat ini.Ia banyak mempengaruhi kehidupan seharian kita.Aku mula merasai kebahgiaan dalam penyeksaan sejak mengidolakan ayat ini.
Apa-apa pun,aku nak mengucapkan selamat happy hari day Deepavali dan selamat bercuti kepada semua manusia.Semoga korang akan sudi tinggalkan jejak korang kat entri ni k.Hahahaha.