Cerita Lawak : Susah rupanya berurusan di KLCC

Masih lagi aku dalam mod Busday walaupun tak celebrate.Thanks to all yang mengeWISHkan aku k.Doa kalian amat aku hargai.Hari ni aku menDespatchkan diri aku dengan senyuman manja terukir di bibir aku.Tak sangka aku dah semakin muda.Hahahaha.



Aku sebenarnya baru je balik daripada KLCC sebab aku ditugaskan untuk menghantar satu dokumen ke tingkat 69 menara 2.Sebelum pergi,perasaan aku berkobar-kobar dah.Gedik aku tiba dengan begitu rakus sekali.Tubuh badan aku tergelejat-tergelejat.First time nak panjat tingkat 69 tu.Bukan rendah-rendah alang tu,sama tinggi tu dengan pokok kelapa belakang rumah aku.

Tapi tak sangka hajat di hari kelahiran aku ni tak berjaya dikotakan.Aku dilarang naik kerana prosedur di situ tidak membenarkan orang luar sekacak dan segagah aku ni naik.Hanya dibenarkan naik jika aku menghantar tender ataupun mengambil tender.Berbulu je aku masa tu.Nasib baik aku berjaya mengawal iman dan nafsu amarah aku disebabkan aku berurusan dengan seorang ibu mengandung di kaunter tersebut.Kalau pak kaduk(lelaki) yang duduk kat situ,memang aku akan buat-buat diserang sawan babi+angin ahmar sambil menampar-nampar halkum tanpa ada rasa belas ratus ribu.Hahaha.

Jadi,nak tak nak aku terpaksa menunggu staf di atas turun untuk menyambut dokumen tersebut.Tapi yang menyakitkan hati lagi,bukan setakat 5-10 minit aku menunggu,tapi hampir 30 minit barulah terpacak wajah staf tersebut yang tak berapa boleh dibanggakan oleh keluarga beliau.Hahahahaha.Padan muka.Kan dah kena herdik dengan aku.Siapa suruh turun lambat.Dah lah aku terpaksa menghilangkan kebosanan menunggu tu dengan menyamar jadi pak guard, menyamar jadi mak cik yang bertanya jalan, menyamar jadi meja kaunter pertanyaan,menyamar jadi lantai,menyamar jadi stokin orang yang lalu lalang,dan bermacam-macam lagi yang tahyul yang boleh menyebabkan blog aku ni di block kalau aku teruskan menulis.Nasib baik aku tak menyamar jadi baju dalam minah salleh kat KLCC tu.Kalau tak,tak pasal-pasal aku ditangkap kerana mencabuli hak asasi manusia.

Aku pun tak berapa nak faham kenapa sistem prosedur kat KLCC tu sangat-sangat komplikatedenieysiationationary.Rasanya boleh kot kalau dilonggarkan sedikit sebab rasa aku staf kat atas tu bukannya rajin sangat nak turun.Al-maklumlah.Tingkat tinggi-tinggi ni buat orang akan jadi malas nak turun.Surat dengan tender pun bukan jauh bezanya.Takkanlah tak boleh nak beri muka sikit kat muka aku yang agak kacak ni?Hahahaha.


2 comments.. read them below or add one

farahadilah farahadilah 21 October, 2011
kalau kte pun mmg xbagi pakcik maosk ofis kite.. bukan takat opis! tandas pun blom tentu! hahahahahahahah