Assalamualaikum dan selamat hari Rabu aku ucapkan pada para pembaca semua.Semoga korang ceria hendaknya pada hari ini.Yang mana kurang ceria,masih lagi dalam mood mamai,aku syorkan supaya korang melakukan senaman-senaman ringan seperti berlari pecut 100meter di dalam ofis,bercucuk tanam sayur-sayuran..juga di dalam ofis,dan juga menyergah bos korang sambil memaki hamun beliau.Tengah tak ada kerja ni,saja lah aku nak meng'update' entri aku supaya jari-jemari aku yang kacak dan seksi ni sentiasa bergerak.Ini pun salah satu senaman ringan juga.Hahaha.Tapi apa kejadahnya aku pakai baju melayu pada hari Rabu ni?Sebenarnya tak ada apa-apa pun.Cuma saja aku nak tunjuk pada seseorang yang aku gelar 'Gadis Pinky' sebab dia memang suka warna 'pink' ni.Lagi satu gelaran aku kepada dia ialah biskut.Hahahaha.Amacam,korang nampak aku kelihatan comel tak dengan baju melayu 'pink' ni?Hahaha.
Dalam entri kali ni,aku nak 'promote' satu kedai di Kelantan.Tapi aku dah lupa apa nama daerah tu.Seingat aku,kedai tu betul-betul bertentangan dengan landasan keretapi.Yang aku tau nama kedai tu Warung Kurnia Ibu.Aku pernah singgah situ semasa aku mengikuti rombongan meminang 'member' aku kat Kuala Krai.Kedai tu memang 'superb'.Sangat-sangat meriah.Makanan pun 'best' belaka.Yang 'special' nya ialah air kelapa+aiskrim.Kepada sesiapa yang datang ke Kelantan,aku syorkan korang singgah lah ke kedai tu.Aku berani katakan yang korang semua pasti puas hati.Wah,terasa macam hos rancangan Jhalan-jhalan chari mhakan.Hahaha.
Setakat ini je lah entri aku.Sebab hari ni mood aku tak berapa nak menonjol.Mungkin kerana kejadian semalam di mana aku diterkam dan ditanduk oleh lima ekor cencorot secara serentak.Itu yang kacau mood aku.Terus jadi 'JK'.