Semalam aku tertengok berita.Aku tertarik dengan berita tentang restoran Satu Malaysia.Mungkin bagi mereka-mereka yang kaya dan berduit ia adalah satu berita yang tak berapa menarik perhatian.Tapi bukan pada aku dan mereka-mereka yang berpendapatan sederhana dan berpendapatan rendah.Bagi aku,berita ini sangat menarik kerana harga yang dikenakan sangat-sangat berpatutan.
Breakfast-RM2(tapi aku tak pasti apa menu dia)
Lunch Hour-RM4(nasi,ayam masak merah,sayur,dan papadom+air)
Apa yang ditawarkan ini sangat-sangat istimewa memandangkan kos sara hidup sekarang sangat-sangat tinggi sehinggakan ada yang ikat perut dan tidak makan kerana terpaksa berjimat.Kalau diikutkan pada harga yang ditawarkan,ia adalah jauh lebih murah berbanding harga kebiasaan sekitar RM6-RM8.Harap-harap restoran ini akan dikembangkan lagi ke seluruh Malaysia kerana ia tersangat-sangat membantu golongan-golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
*Jangan indah khabar dari rupa sudah lah.Jangan disebabkan harga murah,ayam pun dipotong 20,nasi satu senduk je.Hahaha