Kepala aku macam nak pecah





Hari ni kepala aku rasa macam nak pecah.Dah berapa hari aku tak log in facebook.Rasa macam nak tampar laju-laju je semut-semut yang lalu lalang depan aku ni.Bukan apa,kalau tak ada mukabuku aku tak boleh nak berkempen untuk blog miskin aku ni.Aku tak boleh publish setiap entri-entri baru aku kat group-group yang telah aku melibatkan diri dalam mukubuku tu.Ada lebih kurang 3000 group telah aku join kat muka buku tu.Cuba korang kira.Kalau setiap group aku update entri,lima orang akan share entri aku tu.Kan jadi sejuta orang yang share.

3000 x 5 =1000000
'
Aku telah mengalami kerugian pembaca sejak kebelakangan ini.Baru aku tau sebenarnya mukabuku ni penting.Harap-harap esok segala masalah kat pejabat aku ni akan selesai.Harap-harap aku akan berjaya bermukabuku dalam masa terdekat ni.

Ok lah para-para pembaca dan para-para blogger,setakat ni je lah entri aku kali ni.Saja nak meluahkan perasaan.Betapa sadis dan sedihnya hati,perasaan,dan sanubari aku ni bila tak bermukabuku.Rasa macam putus cinta je.Rasa  macam kena lempang dengan badak air je.Rasa macam usus ni dimasak merahkan oleh mak aku je.Nak balik pun hujan.Kesian tak kat aku?Kalau kesian tu,jom kapel dengan aku.Aku menjanjikan yang terbaik untuk korang.Hakhakhakhakhak.Ok la u olsh,selamat berSelasa.Hasta La Vista Bebeh.

0 comment... add one now