Episod lepas klik --> AWEK KAUNTER MEMBUAT AKU CAIR
Gambar sekadar hiasan dalaman semata-mata. Siyes. Aku tak tipu |
Sesampainya di hadapan sebuah premis, aku mengambil keputusan untuk park motor di sebelah tong sampah. Memudahkan urusan aku untuk membelit tali rafia untuk mengikat motor aku. Al-maklumlah. Kes kecurian motor sekarang makin berleluasa.
Sedang asyik aku mengikat motor, secara tiba-tiba aku disapa oleh seorang mamat yang tak berapa nak kacak jika dibandingkan dengan aku.
" Bro, pejabat pos kat mana ye?",soal mamat tersebut. Kelihatan peluh bersepah-sepah di dahi beliau. Bau tengik badan beliau juga jelas kebauan.
" Oh! Pejabat pos. Bro keluar balik simpang masuk ni, bro belok ke kanan. Pastu straight je. Jangan belok-belok. Sampai je kat bulatan, ambik pukul 6. Pastu straight je lagi. Sampai lah jumpa traffic light. Kat traffic light tu nanti, bro belok ke kanan. And then bro terus je lebih kurang 30km. Agak-agak rasa macam dah 30km je, bro jeling kanan. Pejabat pos belah kanan.",ujar aku bersungguh-sungguh sampaikan tangan aku bersilang-silang dan terbelit-belit kerana menunjuk arah jalan.
" Oh!! Terima kasih bro!! Jasamu amatku kenang!",balas mamat tersebut sambil memecut motorsikalnya.
Anak mata aku melirik mengikut kelibat mamat tersebut yang semakin lama semakin menjauhi aku.
" Apa punya buta daa!! Punyalah besar terpampang pejabat pos depan mata ni, tu pun tak nampak?!! Pelik betul manusia ni!!",bisik hati aku sambil melangkah menuju ke arah pejabat pos yang berada di hadapan aku.
Sejurus memasuki premis berkenaan, mata aku tertumpu kepada seorang awek yang berada di kaunter. Aku terkaku diam seribu bahasa. Segala metabolisma dalam tubuh aku terhenti secara tiba-tiba hinggakan kaki aku menggeletek secara tiba-tiba. Makin lama makin kuat dan padu. Pergh!! Itulah penangan aura awek tersebut. Memang terbaik!! Tangan aku pula automatik membetul-betulkan jambul di kepala. Jelingan matanya pun dah cukup buat aku berkhayal yang bukan-bukan. Dalam khayalan tu, aku sedang berdiri kat atas pokok sambil bermain dengan bulu beruang dan bermain trompet. Manakala awek tersebut pula sedang berenang-renang di dalam longkang. Macam biasa, setiap adegan dalam entri ni tak lengkap jika tiada muzik latar. Lagu yang berkumandang masa tu pula adalah lagu di bawah. Sila klik play untuk mendengar alunan lagu tersebut.
BERSAMBUNG..
Aku nak sambung lagi boleh? Hahaha. Aku nak pendek-pendekkan entri aku sebenarnya. Harap korang tak marah. Heh heh. Jadi, ikuti sambungannya di episod akan datang.
BONUS FOR TODAY
Blog review untuk bulan ni.
Jom terjah ramai-ramai blog beliau. Blog beliau sempoi dan sentiasa berjaya membuat aku lapar. Hahahaha. KLIK --> YM <--
InsyaAllah setiap bulan aku akan pilih blog untuk direview. Kalau tiba-tiba datang sawan aku, mungkin jugak seminggu sekali aku buat blog review. Hahaha. Jangan risau. Giliran anda pasti selepas ni.