Assalamualaikum kepada anda semua. Selamat berhujung minggu. First of all, aku minta maaf sebab lately terlalu busy hingga tak sempat nak menjenguk ke sana sini. On facebook pun sekali sekala. Dan aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada para readers yang masih lagi sudi menjenguk blog usang ni sepanjang ketiadaan aku.
Semalam seperti yang aku planning, akhirnya aku tiba juga di PWTC untuk menerjah PESTA BUKU yang sedang berlangsung ketika ini. Nak jumpa sorang kartunis yang juga salah seorang kenalan aku. Sesampai je kat sana, sangat teruja aku. Pergh! Orang bersepah sana-sini. Punyalah ramai.
Yang paling menarik tatkala masa aku sedang melangkah menuju ke arah pesta buku tu, aku perasan ramai pula awek-awek cun yang sedang menjeling-jeling manja ke arah aku. Aku terharu sangat. Memang tepatlah sangkaan aku selama ni. Memang muka aku ada iras-iras Shahrizal Jaszle. Kacak. Aku melambai ke sana sini tanda penghargaan kepada semua awek-awek tu. Tapi semuanya buat bodoh. Rupa-rupanya dorang ushar sorang lelaki mat salleh yang berjalan sebelah aku rupanya. Bila masa pula mat salleh tu ada kat sebelah aku. Chit!
Sebenarnya, sebelum ke sana, aku dah call sorang awek comel untuk berjumpa kat sana. Berdebar-debar rasanya sebab first time nak jumpa. Awek comel tu. Dah lama aku nak jumpa awek ni, dan semalam tercapai juga akhirnya niat di hati tu. Akhirnya, perjumpaan pun bermula.
Ni lah awek comel tu. Heh heh. Comel tak? Macam pinang dibelah-belah tak? Entah macam mana boleh terpakai baju yang sama warna. Hahaha. Dah jodoh agaknya. Muahahahaha. Jangan marah ye Lyssa. Hehehe.
Sepanjang bersembang, ternyata Lyssa ni seorang yang periang. Sempat juga aku berkenalan dengan adik dan mama beliau. Aku sangat-sangat teruja dapat berjumpa. Selalunya aku mampu untuk buat sawan babi secara tiba-tiba untuk menyakat orang, tapi semalam aku serba kurang menyerlah. Mungkin perasaan segan agak menebal agaknya. Al-maklumlah. First time jumpa. Anyway, thanks ye Lyssa. Entah bila lah dapat date lagi. Hahaha.
Lebih kurang 15 minit bersembang, aku terpaksa meminta diri daripada Lyssa sebab aku nak berjumpa dengan kawan aku yang lain. Nak ushar komik lagi.
Walaupun air mata kesedihan mengalir membasahi pipi, namun aku harus tinggalkan Lyssa. He heh.
- episod akan datang : berjumpa kartunis poyo -
P/S : special credit to LYSSA FAIZUREEN kerana sudi memberi keizinan untuk mengambil gambar di blog.