gambar sekadar hiasan dalaman deko-deko |
Shreehhhhhhh!!!!!!!!!
Tangan aku tadah. Pergh! Bersepai hingus aku pagi-pagi buta ni. Warna putih-putih jernih bak kejernihan air perigi. Sah! Aku dah selsema. Hidung dengan muka aku merah-merah. Dah macam muka seorang awek yang tengah kena ngorat masa berjalan di bus stop. Tak pun muka seseorang yang terjatuh dalam lubang taik masa berjalan. Blushing-blushing tak tentu pasal. Hurm, selsema macam mana pun, hidup aku perlu diteruskan juga. Lepas bersiap, aku terus memecut motorsikal kapcai aku menuju ke arah Kuala Lumpur. Namun, lebih kurang suku perjalanan, secara tiba-tiba aku brek mengejut. Baru aku teringat lesen aku dah tamat tempoh. Terdengar bunyi dentuman-dentuman kat belakang aku. Aku sedikit panik. Aku jeling side mirror. Kelihatan sebuah kereta lembu berlanggar dengan sebuah kereta ferrari. Humangaihh! Salah aku tu. Aku semakin panik apabila melihat pemandu-pemandu kereta tersebut datang ke arah aku.
" Halo brada..."
" Woi!! Jangan lari!! Kau dah buat mereka-mereka yang kacak ni eksiden, kau nak lari pulak!! Bro!! Kejar mamat tu!! Beliau punca kepada segala-galanya!!",potong aku sebelum pemandu kereta lembu tersebut sempat menghabiskan kata-kata. Tangan aku tuding ke arah seorang mat pet yang sedang berlari. Kebetulan! Kebetulan pula mat pet tu berada pada masa yang tepat. Ditambah lagi dengan riak wajahnya yang agak pucat dan cemas, menambah lagi logik penipuan aku tu. Aku menarik nafas panjang selepas pemandu kereta lembu dan ferrari itu mengejar mat pet tersebut. Terus aku pecut motor dari tempat kejadian dan menuju ke pejabat pos.
Heh heh. Aku nak sambung la. Aku nak try pendek-pendekkan entri aku ni. Jadi, bersambung. Hahaha. Tunggu part 2 yang bakal menyusul nanti.
Bonus for today
Korang masih ingat tak entri pasal aku masuk contest PINKY MOMENTS tu??! Jadi, hari ni aku nak mintak tolong korang semua kasi LIKE gambar aku. Tiada paksaan. Apatah lagi unsur-unsur ugutan. Hahaha. Jadi, aku nak minta tolong korang klik link kat bawah ni dan tolong LIKE pic aku. Kalau rasa-rasa nak share kat kawan-kawan untuk suruh dorang Like pic aku tu, aku sangat-sangat berbesar hati.
Dan lagi satu, aku minta maaf banyak-banyak kat korang dan juga rakan-rakan blogger yang lain sebab lately aku sangat-sangat sibuk mengalahkan sorang salesman. Tak sempat aku nak update entri apatah lagi terjah blog-blog korang. Sorry once again. Jadi, sementara aku ada masa ni, aku nak pergi terjah blog-blog korang. Kalau yang tak sempat tu, aku akan cari lagi masa yang lain ye. I'm so sorry ye..