Tengah-tengah aku atas motor balik daripada majlis sepetang bersama blogger denaihati.com. Ada dah aku ceritakan kat ENTRI NI. Bukan pasal kisah ni aku nak ceritakan, tapi cerita pasal masa dalam perjalanan balik ke banglo 2 tingkat milik aku. Masa aku tengah melalui satu kedai mamak, secara tiba-tiba aku terpandang skrin layar besar yang menghidangkan perlawanan antara Manchester United menentang Aston Villa. Aku tengok keputusan dah 3-0 dah. Melonjat kegembiraan aku atas motor. Kebetulan, tak berapa lama kemudian, Nani menjaringkan gol keempat. Menjerit aku atas motor. GOL!!
Kegembiraan aku tak kekal lama bila secara tiba-tiba aku terperasan ada satu kelibat seakan terkinja-kinja di hadapan aku. Automatik kaki aku menekan brek. Motor aku terhenti betul-betul di hadapan seorang mamak yang sedang membawa air untuk dihantar kepada pelanggannya. Terkejut beruk aku tatkala melihat seorang mamak sedang menari-nari zapin dan sesekali shuffle. Pergh! Terbaik! Mamak ni bagus betul. Multitask. Ni tak lain ni mesti kes terkejut dan terus melatah disebabkan aku menjerit sebentar tadi. Aku menambah lagi kehangatan insiden tersebut dengan menjerkah lagi mamak tersebut.
" Aney yang mempunyai tona kulit tidak sekata tu!! Sila ke tepi!! Saya nak lalu ni!!",jerkah aku sambil memulas-mulas throttle motor dan menyebabkan deruman enjin motorsikal semakin kuat. Bibir aku mengukir satu senyuman nakal dan jahat. Baru aku nak tambah pekikan aku, secara tiba-tiba mamak tersebut pengsan dalam keadaan yang slow motion. Macam dalam filem hindustan pulak aku tengok. Disebabkan timbul sedikit rasa cuak termaktub dalam hati, aku terus meninggalkan kawasan tersebut dengan kadar segera. Risau kalau-kalau dikejar oleh mamak-mamak yang lain. Tapi dalam masa yang sama hati aku berbunga-bunga selepas melihat Manchester United mengalahkan Aston Villa 4-0. Ngeh ngeh.
BONUS FOR TODAY
Blog pilihan untuk diview pada hari ni. Jom kita terjah mereka ramai-ramai. Kata nak tambah kenalan blog kan? Jom terjah.
Budak ni memang kategori nakal. Tapi beliau sangat-sangat comel k! Kalau ada depan mata aku, serius aku nak sangat-sangat cubit dahi beliau. Geram je rasa. Hahaha. Kepada yang nak mengenali beliau silalah klik --> DILA <--
Pesanan buat Dila , jangan berhenti berblog ok!