Sesi pembelajaran semakin pesat dan moden jika nak dibandingkan dengan masa dahulu. Bagi aku, teknik-teknik pembelajaran yang lahir pada zaman sekarang mampu membuatkan anak-anak tidak berasa bosan untuk belajar. Kita sebagai ibu bapa ni kena bijak dan cerdik untuk mendapatkan medium yang berkesan supaya anak-anak kita tidak bosan untuk belajar. Pergh!! Nasihat dari seorang yang masih lagi belum berkahwin. Hahaha.
Baiklah, bukan nasihat yang aku ingin sampaikan pada hari ni, tapi aku ingin berkongsi satu kaedah dan teknik menghafal sifir yang bagi aku agak cool dan berkemungkinan besar mampu menjadikan anak-anak korang minat untuk menghafal sifir.
Aku teringat satu kisah di mana aku pernah berjalan-jalan di sebuah sekolah rendah. Aku pun pelik macam mana aku boleh tersesat di sekolah tersebut. Mungkin bermimpi sambil berjalan agaknya. Sedang aku melalui satu kelas, aku terkesima sebentar. Entah macam mana aku terdengar satu lagu yang sangat menarik. Hinggakan tanpa disedari aku turut berjoget-joget di luar kelas tersebut dengan begitu bernafsu dan efisien sekali.
Sila klik play untuk mengetahui lagu tersebut. Ini mungkin kaedah menghafal sifir yang terbaik pernah aku dengar siap dengan unsur-unsur nasihat lagi.
Sedang dalam mod riang-ria sambil berjoget-joget di luar kelas tersebut, secara tiba-tiba aku perasan ramai pula berada di belakang aku sambil berjoget beramai-ramai. Ada tukang kebun sekolah, ada mak cik kantin, ada cleaner sekolah dan terselit juga Cikgu Shida yang turut berjoget bersama. Aik? Cikgu Shida pun ada?
Sungguh meriah suasana di luar kelas tersebut. Bagaikan satu pesta muda mudi. Dan kami berjoget sakan hinggalah lagu tersebut habis. Sejurus lagu tersebut habis, mereka semua bersurai dan meninggalkan aku sendirian yang masih lagi berdiri terpacak, kagum dengan sesi pembelajaran sekarang yang tidak lagi sebosan sesi pembelajaran aku dahulu.
Sungguh meriah suasana di luar kelas tersebut. Bagaikan satu pesta muda mudi. Dan kami berjoget sakan hinggalah lagu tersebut habis. Sejurus lagu tersebut habis, mereka semua bersurai dan meninggalkan aku sendirian yang masih lagi berdiri terpacak, kagum dengan sesi pembelajaran sekarang yang tidak lagi sebosan sesi pembelajaran aku dahulu.
Jadi, mungkin kaedah-kaedah sebegini yang perlu diterapkan oleh ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak berasa bosan ketika belajar. Ada banyak lagi lagu-lagu sebegini yang boleh anda dapati di Youtube. Rajinkan jari jemari anda untuk mencari bahan yang terbaik untuk anak anda.
BONUS FOR TODAY
sumber gambar --> SUMIJELLY <--
InsyaAllah aku berkemungkinan akan berada di sana pada 27 haribulan April ni. Apa kata moh kita beramai-ramai ke sana. Boleh cari bahan-bahan rujukan, cari buku untuk anak-anak, apatah lagi novel. Sambil-sambil kita boleh berjumpa sesama blogger kan? Korang tak teringin ke nak jumpa aku? Bukan senang tau nak jumpa Shahrizal Jaszle ni. Hahahahaha. Jadi, jumpa anda di sana.