Episod sebelum --> PART 1 <--
ucapan pembukaan
persembahan daripada sifu aku, Bro Zarul Umbrella
majlis yang sangat best dan santai sambil dihiburkan oleh bro Zarul
Abang Ensem yang cuba melarikan diri telah berjaya ditangkap untuk dibawa ke atas pentas
lakonan mantap ala-ala filem ombak rindu dilakonkan oleh AE dan akak yang sporting
Bro Jejai yang telah berjaya membawa pulang hadiah utama dalam majlis tersebut. Lumayan beb. Silver plate 1kg yang bernilai lebih kurang rm6k
tersenyum puas bro Jejai
Aksi Fatin Liyana yang berleluasa di majlis tersebut. Dari kiri Bro Jejai, Bro Framestone, Bro Zarul, Aku, Abang Ensem, dan juga Bro Eyriqazz
Tiga serangkai. Bro Framestone, Bro Zarul, dan juga Shahrizal Jaszle. Aik?
Bro Jejai masih lagi dengan aksi Fatin Liyana. Hahaha.
Masih lagi dengan aksi Fatin Liyana. Bro Jejai betul-betul teruja dengan aksi tersebut. Hahaha
Sempat lagi aku menggatal dengan Nur Zalikha. Kepada Neelofa, Izara Aishah, Julia Ziegler dan juga Lyssa Faizureen, tolong jangan jeles. Antara kami tiada apa-apa. Hakhakhakhak.
Bersama Cik Nurul. Juga jangan jeles ye. Lebih-lebih lagi kepada Abang Ensem dan juga Bro Framestone. Heh heh. Bagai pinang dibelah-belah.
Bersama blogger hebat Bro Ariff Shah. Siyes, beliau sangat-sangat tak sombong ok.Sangat-sangat sempoi orangnya walaupun blog beliau antara blog yang berada di ranking teratas dalam senarai blog-blog Melayu.
Bersama sifu aku. Boleh buat gambar untuk kulit album tak? Hahaha.
Antara pose menarik yang dapat aku tonjolkan.
Dua insan yang berjasa pada aku kerana sudi menjemput aku ke majlis tersebut.
Cukuplah setakat ni. Aku rasa korang mesti boleh teka siapa founder atau penulis blog Denaihati.com kan? Insan yang bernama Tuan Muhamad Ilham atau Tuan Amir Hassan. Beliau sangat-sangat peramah orangnya. Tak sombong dan tak kedekut ilmu. Sentiasa manis dengan senyuman. Ada juga serba sedikit yang dikongsikan bersama readers yang lain. Antaranya..
- cuba jadikan blog tempat untuk membuat bisnes
- rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jika blog anda masih berada di paras suam-suam kuku, jangan berhenti berusaha. Jika ada usaha, insyaAllah ada jalannya. Saya dulu pun readers lebih kurang 10-20 orang sehari. Namun, dek tak pernah berhenti berusaha, secara tiba-tiba readers melonjak tiba-tiba. Sampai satu tahap, blog saya pernah di hit sebanyak 52k UV dalam masa sehari. Itu semua adalah rezeki Tuhan. Jangan berhenti berusaha saja.
P/S : Aku akan cuba berusaha sehinggalah mendapat hasil yang memuaskan.