denaihati |
Ramai yang sedia maklum bahawa blogger Denaihati.com kini tidak lagi dapat menyembunyikan identitinya selepas wajah foundernya iaitu Encik Muhamad Ilham a.k.a Encik Amir Hassan telah tersebar luas di dalam youtube bersempena Toshiba Intel Ultrabook Challenge yang turut disertai oleh blogger Ben Ashaari. Dan semalam, demi meraikan pembaca-pembaca setia dan rakan-rakan blogger, Denaihati.com telah menganjurkan satu majlis minum petang bersama blogger yang diadakan di Hotel Singgahsana, PJ. Aku turut berpeluang mengikuti majlis tersebut setelah dijemput oleh Denaihati.com dan juga peramal benar belaka.
Majlis santai berkenaan sangat meriah kerana disertai ramai blogger-blogger dan pembaca-pembaca setia denaihati. Founder denaihati iaitu Encik Muhamad Ilham juga sangat simple dan sempoi orangnya. Yang membuatkan hadirin ketawa berdekah-dekah apabila part beliau terlupa untuk menjemput tetamu makan.
" Ni majlis santai. Dah boleh makan dah sebenarnya. Saya terlupa nak jemput kamu semua makan sebenarnya. Sila ambil makanan yang berada di belakang." (Lebih kurang begini lah dialog beliau semalam).
Dan menambah ceria majlis tersebut apabila dihiburkan oleh penyanyi jemputan yang juga seorang blogger. Siapa lagi kalau bukan Bro Payung. Tak sangka, dalam diam beliau juga mempunyai bakat dalam melawak. Tak boleh aku lupakan part di mana Abang Ensem telah dipanggil ke hadapan untuk melakonkan watak Aaron Aziz di dalam filem Ombak Rindu. Siap dapat menyanyi lagi. Wah, suara AE sangat-sangat sedap dan 'mengghairahkan'. Hahahaha.
Aku sempat juga bersembang-sembang dengan Encik Muhamad Ilham, dan ternyata beliau sangat-sangat merendah diri. Beliau ada juga ceritakan pada aku yang blog denaihati pernah di hit sebanyak 52K UV dalam sehari. Pergh. Cukup membuatkan aku rasa rendah diri. Apatah lagi bila semalam aku bersama dengan ramai blogger-blogger yang hebat-hebat. Yang punya UV lebih kurang 2K-3K sehari. Walau terasa kecil seperti semut, tapi aku cuba menguatkan semangat dan cuba membuktikan bahawa aku juga mampu untuk duduk semeja sambil minum teh. Hahaha. Minum teh je lah. Kalau dah masuk bab blog, memang aku rasa kecil balik. Hahahaha. Ok, cukuplah setakat ini untuk part 1. Pada part-part seterusnya, aku akan publish gambar-gambar sekitar majlis sepetang bersama denaihati ini.
Thanks denaihati.com kerana berjaya menganjurkan majlis seperti semalam. Semoga terus sukses di dalam arena blog tanah air. Thanks again for the souvenir-souvenir yang best-best tu.
Antara rakan blogger yang bersama aku semalam. Blogger-blogger yang hebat. Aku harap satu hari nanti aku akan jadi seperti mereka. Hebat dan TIDAK SOMBONG!
Kepada Bro KID, sila jeles. Apatah lagi Bro Jejai dapat bawa balik Silver 1kg hadiah daripada denaihati yang berharga lebih kurang rm6k semalam. Hahaha. Bro Jejai, tak faham-faham lagi? Dah kasi jek dah ni, jangan lupa 40% ok! Hahahaha.