Cerita Lawak : Awek Kaunter Membuat Aku Cair (Part 3)


selena gomez
Gambar sekadar hiasan. Adoi!! Tak percaya lagi ke?


Gedebuk! Gedebuk! Gedebuk!

" Small kid!! Kau aphal tanduk-tanduk halkum abang yang kacak ni?!!",teriak aku sekuat hati hinggakan suasana di dalam premis tersebut sunyi sepi. Tangan aku mencekak telinga budak tersebut yang berumur dalam lingkungan 4 tahun.

" Gua tampar jugak belikat lu bro!! Yang lu menari-nari atas perut gua kenapa??!!",teriak budak hingusan tersebut. 

Pergh!! Masa tu aku dah sentap dah. Budak-budak hingusan sekarang ni dah makin advance. Nilai-nilai harmoni semakin terpinggir. Makin tak beradab budak-budak sekarang ni. Budak umur 4 tahun kot! Ye! Memang salah aku sebab berkhayal sampaikan tak sedar yang aku dah menjadikan perut beliau sebagai pentas persembahan. Tapi tak sepatutnya beliau berkelakuan sedemikian terhadap orang yang seiras Aaron Aziz dan Shahrizal Jaszle ni. Darah aku semakin mendidih. Tak disangka-sangka tangan aku melibas sekuat hati ke arah ulu pankreas budak hingusan tersebut. Namun beliau sempat mengelak sambil tergelak-gelak manganjing aku. Aku terpusing-pusing ke sehinggalah aku terjelopok jatuh ke atas tanah. Baru aku nak meneruskan hajat aku mendapatkan budak tersebut, secara tiba-tiba aku terpandang awek yang berada di kaunter. 

Pergh. Niat jahat aku dibatalkan. Aku terpaku dan terpesona dengan sepasang mata redup yang memandang susuk tubuh aku yang sasa bak susuk badan Adiputra ini. Hati aku terasa bagai ditumbuk-tumbuk oleh Optimus Prime. Aku cuba bangun. Tapi kaki aku seolah-olah diikat menggunakan tali ikat lembu. Nak tak nak, aku harus menghadapi situasi tersebut dengan ketenangan. Aku mengesot menuju ke arah awek kaunter tersebut. Berpeluh-peluh dahi aku. Hadirin yang berada di dalam premis tersebut pula semakin lama semakin ghairah memberi galakan dan sokongan selepas memerhatikan kesungguhan aku mengesot untuk menuju ke kaunter. Ada juga yang bertepuk tangan dan ada juga yang menghulurkan aku air mineral 1.5 liter. Ternyata kesemua itu memberi inspirasi kepada aku. Aku melihat awek kaunter tersebut mengalirkan air mata melihat kesungguhan dan semangat aku. Aku pula semakin gigih mengesot sehinggalah aku tiba di meja kaunter. Setelah dibantu oleh tiga orang abang pengawal keselamatan di situ, akhirnya aku berjaya juga berdiri. Setelah mengADJUST-ADJUST lutut agar ia lebih kekar dan kukuh, aku melompat setinggi 3 meter ke udara untuk menonjolkan kegagahan dan ketampanan aku sambil mengangkat-ngangkat kening. Dengan adrenalin yang semakin laju dan meluap-luap, aku menjeling dan memahatkan mata tepat ke mata awek tersebut. Tak semena-mena lutut aku longgar semula. Kaki aku juga bagaikan diikat seperti sebentar tadi.

Hampeh!! Aku tertipu dengan make up yang keterlaluan dan berleluasa. Cis cis dan cis!! Dengan sisa-sisa kekuatan yang masih lagi tinggal, aku berusaha bersungguh-sungguh untuk mengucapkan kalimah-kalimah keramat.

" Mak cik, saya nak renew lesen.",ujar aku sambil menunduk. Tidak   sanggup rasanya hendak memandang wajah wanita yang berumur dalam lingkungan 50an di hadapan aku itu. Oh. Kenapalah make up dicipta dalam dunia ini. Kecundang lagi niat aku untuk mencari seorang kekasih hati. 

Setelah selesai urusan menghidupkan semula lesen, aku terus memecut pulang ke rumah. Kerja pun aku ponteng dek kekecewaan yang sangat mendalam tersebut. Sesampainya di rumah, aku terus berlari ke dalam bilik. Tanpa membuang masa, aku terus memasang lagu 'Sejarah Mungkin Berulang' nyanyian kumpulan New Boys. Selepas feeling dengan lagu tersebut bersatu, aku terus memeluk bantal dan menangis teresak-esak. Sesekali aku bersungguh-sungguh mengikut dan menyanyi lagu tersebut. 

-TAMMAT-

BONUS FOR TODAY

Video kenangan aku suatu ketika dulu. Macam mana aku boleh terjumpa balik. Masa tu aku try nak tengok bakat aku dalam create video clip. Hahaha. Video clip low cost. SILA TENGOK SAMPAI HABIS. Paksa ni. Hahahahaha. Jom layan. Tengok apa hasilnya. Video ni aku tuju kat Neelofa dengan Izara Aisyah. Tak lupa jugak kat Julia Ziegler. Muahahahahaha.



P/S :- Segala watak di dalam entri di atas adalah rekaan imaginasi si penulis sewel, yakni aku. Jadi, tiada sebenarnya watak nenek tersebut. Tujuan aku meletakkan pesanan ini supaya korang tak tersalah anggap tentang persepsi aku terhadap orang lain. Aku bukan jenis yang sebegitu. Yang suka mencaci orang lain. Walau macam mana pun diri kita, walau apa pun kekurangan diri kita, jangan sesekali kita merendah diri atau merasa terhina kerana setiap apa yang ada pada diri kita adalah ciptaan Yang Maha Esa. Setiap kutukan dan cacian itu adalah bererti kita mengutuk dan mencaci Dia. Siapa kita untuk mempersenda makhluk ciptaan Dia? Kita ni ibarat kuman yang kecil lagi halus di sisi Dia. Dan jika anda dilahirkan begitu segak mahupun cantik, jangan pula anda berbangga diri kerana itu hanyalah pinjaman Dia yang sementara sahaja. Bila-bila masa pinjaman itu boleh ditarik balik dengan kehendakNya. Faham-fahamkan dan fikir-fikirkan. 

P/S tambahan : Special thanks to Bro Afzal kerana share lagu yang sangat indah lebih kurang pukul 3pagi tadi. Serious bro, lagu tu memang sangat2 indah. Aku tangkap leleh bro. Berulang-ulang aku dengar lagu tu. Macam yang aku cakap semalam. Lagu tu membuat aku rindu pada seseorang yang tak wujud. Seseorang yang aku tak kenal dan tak tau siapa. Seseorang yang aku dambakan menjadi kekasih aku. Dan, lagu tu berjaya merentap ego aku. Ego yang sentiasa mengingatkan bahawa aku adalah seorang yang tak mengenal erti sedih. Tapi hakikatnya... Harap lepas ni aku akan lebih kuat dan tabah. 











{ 38 comments.. read them below or add one }

Admin Admin 09 April, 2012
lagu apa yg afzal share bro nak tau gak hehe
fae jamal fae jamal 09 April, 2012
hahahhaha..aduyai! xdpt jugak buat awek..hehhee
AnonymousAnonymous 09 April, 2012
Oh, hebatnya efek makeup dan fotoshop. Abam Boni telah membuktikannya. Mihmihmihmih.

Sabar bro~ bunga kertas bukan sekeping, tapir bukan sejenis, somewhere somehow akan ada seserang untuk lu. Eh? ok bai. Hehe.
CikTeddyCorner CikTeddyCorner 09 April, 2012
ahaks..berair mata gelak lorh..mcm x bolehblah je halusinasi citer ni..hahah go0d job bang boni !
Zaza Iman Zaza Iman 09 April, 2012
alooo cian bonni.. ;(

lagu apa tu boni..nak dgr jugakkkk ;P
SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 09 April, 2012
Hahahha..xdapat Bayangkan Ko mengengsot bro..hahaha

Terbaiiikkk Punya Pengajaran Bro...Huhai ^_^
si kiut lavender si kiut lavender 09 April, 2012
haha...naseblah makcik..kalau mak nyah kang lagi berdozen kekecewaannya tuh..:)
Unknown Unknown 09 April, 2012
kerana make-up bro xdpat tackle . aiyak2 ..

hehe , terbaik ar citer bro , menghilangkan keboringan yang melampau , hehe ,
AnonymousAnonymous 09 April, 2012
kihkihkih igtkan salena gomez rupanya mak cik... xpe try la adjust anak makcik tu.. mn la tau ada anak pmpn kan ^_^
ceklala ceklala 09 April, 2012
hahaha sian. ye sile jgn tertipu ye. zaman skang ni aweks2 pandai bermain dgn make up tp tidak sy hehe
حاني رملي حاني رملي 09 April, 2012
akhirnya tamat jgk entry ni..hehe
Ya2 kita xb'hak mngutuk org..tapi kdang2 mulot ni jahat walaupun sbenarnya ciptaan Allah tu cantek2 belaka, tapi d'mata manusia kita dinilai..
NAL NAL 09 April, 2012
kesiannya bro Boni..makcik2 jer..HEHE
nur_za nur_za 09 April, 2012
haha..mcm 2 pun boleh ke...jgn tertipu dh pas ni...-cucu za..hahaha
Yana Halim Yana Halim 09 April, 2012
tak reti komen le boni. cerita kat atas, cerita sengal. cerita kat bawah, dah jadi tazkirah pulak. hahaha...
apa2 pun...akak like aje. Nah 1000 kali like.
Korn Ahmad Korn Ahmad 09 April, 2012
Nyaris ko x sambung sampai part 3 4 5 6....
Unknown Unknown 09 April, 2012
setuju sangat ngan Boni.. Sapa kita untuk mencaci setiap ciptaannya.. Apapun nurul suka baca entry boni.. Lain dari yang lain.. Punyai imaginasi yg sangat luas.. Good luck.. X sabar nak tunggu next entry... :-)
afzalsukasuki afzalsukasuki 10 April, 2012
hehehe sbb tu aku tak suka mekap..aku lebih percaya pada natural beauty even kengkawan aku promote aku ngan simplysiti..tapi aku tolak mentah2 aww hahaha
Ezad Skytech Ezad Skytech 10 April, 2012
make up oh make up..haha..melepas lagi la nampaknya kan boni...haha~
cik ika cik ika 10 April, 2012
AIYAK..MAKCIK UPENYE..NASIB BUKAN NENEK TAW
msredcheesecake msredcheesecake 10 April, 2012
Mekap diciptakan utk sorok tua.... Hamek kau.... Seb baik lom minta no tepon mak cik tu...
AnonymousAnonymous 10 April, 2012
alahai..bab mat haron ? sharizal?

tapi jangan ady..tidakkk..hahahha.

ngesot2..lenguh tuh..mau lari soket tulang punggung.

hahah siap truz dgr lgu.alahai..hihi


-----------------

aah, kita kene hargai n saling hormati. mulut yg bisa tuh mampu wat orang yg terasa berdendam dlm diam atau tak dapat memaafkan nya selamanya...
tirahzairi tirahzairi 11 April, 2012
alamak2...entry pasal ape nie? xreti baca la~ hehehee...jgn marah =)
Unknown Unknown 11 April, 2012
wahhhhhhhhhhh lagu lama tu, aku tak paham knapa begitu ramai gadis2 tergila2kn tomok ketika itu

hehe dah try link kat twitter tu?
Sarah Mnasir Sarah Mnasir 11 April, 2012
hahaha.. dasat oo kuasa mekap tuu..lagu apa tu ?
Unknown Unknown 11 April, 2012
hehehe,melepas ko akhirnya,makcik pon apa slhnya??hehe pompuan jgk
LidiaSuraya LidiaSuraya 11 April, 2012
Lagu apa tu yg sangat sentap tu?? Nk gak feeling2.. Hrhehe
D D 11 April, 2012
peh peh.
kemain panjang nehhh.
kata nak pendek2. tipu.
(hentak2 kaki)
ehh? meowww.

lalalalaa.
Noor Fatin Noor Fatin 11 April, 2012
itulah kuasa makeup. ada x makcik tu sama mcm gambar tu? hahaha :P

sepatutnya ko nyanyi lagu meraung-new boyz. xsesuai lagu sejarah mungkin berulang tu.. agagagga
Aida Tamrim Aida Tamrim 11 April, 2012
Assalammualaikum ..

Wakakaakakaa ... Penangan make-up punya pasal ... Dasat ! Gud story ^^

P/S btol tu ! Kita ni memang tak layak nak menghakimi manusia lain kerana kita juga manusia yang punya serba kekurangan ... Hurmmm ..
Unknown Unknown 11 April, 2012
hahahaha. dasyat lahh boni pandai men gitar rupanya?? hehee
suzie rahman suzie rahman 11 April, 2012
salam...hahaha xder mood bca entry. suke tgk video.nice bro! tak than tgk yg dpn cermin tu..mmg mnggoda.hahahahahahahahah
iAmCekbolat iAmCekbolat 11 April, 2012
mekup diciptakan utk mnutup celaan pada wajah.. ntah ler..

eh ade msj dlm entry nni.. good2 XD
Unknown Unknown 12 April, 2012
Napa x update... tertunggu2 ni..
madammondoq madammondoq 12 April, 2012
mak ai.. abg boni ke tu?? mesti cair izara aisyah tengok ni kang.. wakakaka...
teha teha 12 April, 2012
the power of make up ! ciss.. hahaha !
Aien Not Alien Aien Not Alien 13 April, 2012
make-up menipu mata selalunya... :D


suara boni??? best!!
Nurrul Hazieqah Nurrul Hazieqah 21 May, 2012
haha , tertipu !
Hampa hati :P