Memang benar kaum wanita ni penuh dengan kejutan. Aku masih ingat suatu ketika dulu aku pernah dikejutkan oleh seorang yang bergelar kekasih. Tapi dulu. Sekarang aku single. Ulang Taip! SINGLE!(Sambil kenyit-kenyit mata untuk test market).
Kejadian berlaku di salah sebuah stesen minyak berdekatan rumah aku. Memang kami dah berjanji untuk date di situ. Romantik bila dapat menghidu aroma minyak petrol dan diesel bersama.
Baru setengah jam kami duduk, secara tiba-tiba Cik N(Biarlah aku namakan sebagai Cik N sahaja) berlalu pergi sambil berlinangan air mata. Aku terus memecut untuk mengejar Cik N. Dapat. Aku pegang bahu Cik N. Namun, betapa patah dan hancurnya hati aku tatkala Cik N menyembur aku dengan kata-kata yang kurang enak. Dan ayat yang paling membuat aku tersentak ialah, " Kita putus!".
Aku terduduk. Emosi aku kacau bilau. Setiap bulu-bulu yang tertanam di seluruh pelusuk tubuh aku terpacak dan meremang. Kepala dan tengkuk aku berasa panas teramat. Bibir aku juga seolah-olah terkunci. Aku hanya mampu melihat Cik N berlalu pergi dengan beribu persoalan bermain di minda. Tidak berapa lama, hujan mula turun renyai-renyai. Aku masih lagi terduduk. Tubuh badan aku basah dan lenjun dek terkena titisan-titisan hujan. Dan secara tiba-tiba berkumandang lagu yang sangat menyedihkan.
Sila klik play untuk mendapatkan emosi dan feel yang lebih. Dengar sampai habis sebelum meneruskan sesi pembacaan.
Benar-benar aku dalam mod kesedihan. Pekerja-pekerja di stesen minyak tersebut hanya mampu memandang aku dengan penuh perasaan sayu. Ada juga yang tidak tahan lalu menitiskan air mata. Aku masih lagi terduduk. Nasib baik hujan. Kalau tak, pasti mereka-mereka tu akan perasan air mata yang mengalir ini. Seketika kemudian, aku tertunduk.
Suasana yang begitu sayu dan redup tersebut secara tiba-tiba diganggu gugat oleh bunyi lagu tema ais krim paddle pop yang selalu kedengaran ketika ada penjual aiskrim menjual ais krim di kawasan-kawasan perumahan. Semakin lama semakin kuat. Aku mengabaikan perkara tersebut hinggalah aku ditegur. Kepala aku dongak sikit demi sikit. Alangkah terperanjatnya aku tatkala melihat Cik N menunggang motor penjual aiskrim.
" Awak! Nah aiskrim. Jangan sedih-sedih. Titew cuma buat kejutan je tadi. I lap U ketat-ketat!",teriak cik N sambil menghulurkan ais krim kepada aku. Berseri-seri wajah beliau selepas berjaya mengenakan aku. Cis! Rasa nak tampar laju-laju Cik N ni. Tapi sebab sayang punya pasal, aku anggap itu adalah gurauan berkasih. Dan sekarang aku anggap itu adalah kenangan terindah yang hanya tinggal kenangan.
BONUS FOR TODAY
Jom terjah gambar-gambar aku di entri
--> Majlis Sepetang Bersama Blogger <--
P/S : Thanks kepada blogger denaihati yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog picisan saya ini. Segala-galanya amatlah saya haargai.