Berdesing dan berdengung-dengung kepala aku rasakan di kala ini selepas lebih kurang 14 jam aku tidak mengambil ataupun menyedut dadah sintetik yakni rokok. Memang sengaja aku menahan diri kerana aku nak menguji sejauh dan selama mana aku mampu bertahan tanpa asap rokok yang telah mendiami seluruh pelosok tubuh badan aku selama 12 tahun. Serius , aku rasa sangat-sangat terseksa yang amat. Otak aku seakan-akan tak berfungsi dengan baik hinggakan aku tak mampu untuk mencipta satu entri seperti kebiasaan yang mampu aku hasilkan. Al-maklumlah. Aku adalah seorang penghisap rokok tegar. Masa aku belajar dulu pun, kebiasaannya aku akan menghisap lebih daripada 2 kotak sehari. Iaitu lebih kurang 40++ batang sehari. Jadi, tak hairan lah aku akan jadi macam orang bodoh je sekarang ni. Kepada sesiapa yang mengharapkan suami atau boyfriend korang berhenti merokok, jangan mendesak mereka, mahupun memaksa mereka berhenti dalam masa segera. Berilah mereka masa. Kerana percayalah, amat seksa untuk golongan-golongan seperti kami untuk berhenti. Sebab apa kami masih menghisap walaupun diperli, walaupun harga rokok naik? Sebab terlalu sukar untuk berhenti tanpa mempunyai keazaman yang kuat. Berilah ruang dan masa untuk mereka.
14 Jam Tanpa Nikmat Rokok
Unknown{ 27 comments.. read them below or add one }
Zaza Iman
20 April, 2012
tabahkan hatimu wahai boni, =)cepat bhenti rokok..hihi
Anonymous
20 April, 2012
phewittt...xpe boboi...caiyok2...mane leh benti mengejut...kena kurgkan dlu sebelum benti..hehe
Afasz
20 April, 2012
ayh sy behenti sbb harga rokok naik . alhamdulillah dia dah tk merokok skrang....dia byk makan gula gula lepas tk merokok tu.bdn naik sikit; tp still maintain...chaiyok2 boni ! awk boleh :D
*jgn hangat2 taik kambing tau !
*jgn hangat2 taik kambing tau !
JAI
20 April, 2012
Apa yang diperkatakan gua setuju 110% . Mcm gua dah hampir 30tahun hisap lagi azab. Paling lama stop 3 hari lepas tuh tak boleh tahan sampai 2 mgu demam..huhu.. Insyallah akan usahakan jugak nak berhenti..
Anonymous
20 April, 2012
semoga berjaya.. kalo berenti mengejut mmg terkejut hehehe benti pelahan2..mula2 kurangkan lama2 terus bleh berenti sendiri ^_^
Mr.She
21 April, 2012
haa. tu lah tu lah. bukan senang nk brenti mnde berantu tuh. hurmm. knape lah pegi blaja isap rokok dulu2. -_-
nasir hamzah
21 April, 2012
takpe slow2 jer, beli ubat yg dijual kat farmasi pun membantu juga.. apapun azam tu yg penting.. sy pun masih belum dapat berhenti..huhuu
Korn Ahmad
21 April, 2012
boni, merokok membahayakn kesihatan... tau x..? haa... tau tak ni..? kalo tak tau, meh aku gtau.. merokokmenbahayakan kesihatan.. haaa.. tau kan..? ape? xtau.. aku gtau lagi.. merokok membahayakan kesihatan.... hoi dengar x? ishhhhh
*walo cemana khidmat yang di lakukan utk menyedarkan kpd perokok ni, hanya diri seniri jer boleh ubah...
*walo cemana khidmat yang di lakukan utk menyedarkan kpd perokok ni, hanya diri seniri jer boleh ubah...
si kiut lavender
21 April, 2012
xper..
nak berhenti rokok ni bukan senang
abg ipar pun macam tulah..
berhenti sebulan dua hisap balik
nak berhenti memang kena ada sokongan yg kuat dari sekeliling disamping azam yg tinggi..:)
nak berhenti rokok ni bukan senang
abg ipar pun macam tulah..
berhenti sebulan dua hisap balik
nak berhenti memang kena ada sokongan yg kuat dari sekeliling disamping azam yg tinggi..:)
Aien Not Alien
22 April, 2012
ayuh berhenti boni....boni boleh!! boni boleh!! boni boleh!! eyahhhh...eyahhhh!! wakawakawawawa~
*punya semangat ler bagi semangat. HAHA.
*punya semangat ler bagi semangat. HAHA.
Myra Jay
22 April, 2012
InsyaAllah boleh punya, my hubby pun perokok tegar, lepas kawen 2 tahun tu baru pelan2 dia stop bila asyik tak sihat je..
Dan sekarang dah 2bulan tak merokok :)
Dan sekarang dah 2bulan tak merokok :)
msredcheesecake
24 April, 2012
Kalau berjaya hidup xmenyedut asap rokok selama setahun, saya akan banje awak makan bege belakang rumah pak usin...
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →