Zaman sekarang ni segala-galanya serba canggih. Sampaikan segala-galanya hanya di hujung jari. Nak apa pun, cuma dail nombor telefon ataupun online. Kalau gas habis, cuma dail dan tak lama kemudian, akan sampailah lori penghantar gas. Tak macam zaman dulu. Dulu aku sampai terbabas dalam semak gara-gara tanggung gas atas motor. Siap kena gelak dengan awek-awek yang kebetulan tengah main sorok-sorok dalam semak tu lagi. Begitu modennya zaman sekarang ni dan melahirkan sebegitu ramai manusia yang pemalas termasuklah aku sendiri.
Minggu lepas gas rumah habis. Aku pun mendail nombor untuk menyuruh mereka menghantar gas. Punyalah efisien. Tak sampai 10 minit dah bertempek penghantar gas tu depan rumah. Tak sempat aku nak salam, beliau terus melompat berpusing-pusing di udara dalam rumah aku. Pergh! Gila hebat. Siap berpusing melepasi set sofa rumah aku. Ingatkan dah habis aksi hebat beliau. Rupanya sampai ke dapur beliau lompat berpusing-pusing di udara. Yang menghairankan aku, beliau boleh tinggal tong gas di depan pintu. Rasa macam nak lempang laju-laju je. Aku jugak yang terpaksa mengerah kudrat jantan aku untuk memikul tong gas tersebut hingga ke dapur. Manakala beliau hanya berdiri terpacak dan membuat isyarat peace. Konon bergaya lah tu. Nak je aku lempang sampai tercabut usus belah kiri beliau.
Selepas siap memasang segala-galanya, penghantar gas terbabit memulakan semula aksi-aksi lompatan berpusingnya di udara. Begitu laju beliau menuju ke hadapan. Penat aku mengejar daripada belakang. Hinggalah beliau mengalami satu insiden yang memalukan. Sedang asyik dan hebat beliau berpusing-pusing ke udara, secara tiba-tiba seluar beliau tersangkut di kipas syiling yang sedang berputar. Seluar beliau terkoyak. Dan secara tiba-tiba beliau terbogel tanpa sehelai benang pun.
Gambar sekadar hiasan. Korang tengok! Ada lesung pipit kat dada dia ni. |
Mungkin kerana malu, beliau terus berpusing-pusing ke udara sehinggalah ke dalam lori beliau tanpa meminta apa-apa bayaran daripada aku. Aku kaget. Aku hanya mampu melihat lori tersebut berlalu meninggalkan aku. Macam ni pun ada?
-tammat-
BONUS FOR TODAY
Kalau korang nak shopping online, nak tengok beraneka jenis tudung, korang leh terjah
-->AREEZA SHOP<--. Tauke kedai ni adalah salah seorang sifu aku dalam arena blogger ni. Selain daripada tudung, beliau juga ada menjual kasut, beg tangan, dan bermacam-macam lagi. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, sila tanya pada beliau. Silakan terjah reramai ye. Untuk membuat korang rasa grrrr , aku akan tunjuk sikit tudung-tudung tersebut.
-->AREEZA SHOP<--. Tauke kedai ni adalah salah seorang sifu aku dalam arena blogger ni. Selain daripada tudung, beliau juga ada menjual kasut, beg tangan, dan bermacam-macam lagi. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, sila tanya pada beliau. Silakan terjah reramai ye. Untuk membuat korang rasa grrrr , aku akan tunjuk sikit tudung-tudung tersebut.
Tunggu lagi? Sila terjah. Manalah tau nak buat hadiah untuk ibu, adik, kakak, awek, bini atau abang korang. Aik. Abang? Hahaha. Ok, sila terjah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
P/S : cerita penghantar gas tersebut adalah cerita rekaan otak sewel sang penulis semata-mata. Hahahaha
xD