Jumaat lepas, aku telah dijemput oleh tauke-tauke Selayang Burger Grill untuk merasa sendiri burger grill hasil tangan mereka 100%. Aku pun apa lagi. Walaupun aku ni tak berapa senonoh baik blog baik perangai, tapi bab-bab makan ni memang aku antara pengkritik yang paling dasyat. Telah diakui oleh Jabatan Vaterinar Malaysia. Heh heh. Tanpa membuang masa, aku telah mengatur satu temujanji untuk ke kedai burger grill mereka yang beroperasi di Selayang. Baru sebulan beroperasi.
Hari Jumaat lepas menyaksikan pertembungan lima orang blogger di kedai burger grill tersebut untuk merasai sendiri keenakan burger grill tersebut yang diwar-warkan sangat sedap, terbaik, SUPERB dan DA BOOM oleh masyarakat di Selayang.
Selayang Burger Grill |
Salah seorang tauke burger grill sedang sibuk menyediakan yang terbaik buat kami dan juga pelanggan yang lain. |
Begitu tekun dan berdedikasi para-para tauke burger grill menyediakan santapan buat para pelanggan. |
Masih di dalam proses penyediaan |
Lapisan keju yang sangat membuat aku rasa geram. Rasa macam nak kokak je tiga-tiga ni serentak. |
Meatball yang telahpun siap dihidangkan. |
Double Cheese Burger yang sangat-sangat menaikkan nafsu serakah aku. |
Chicken Burger. |
Fish Burger. |
Burger Lapis. Aku cuba nak menghabiskan sorang-sorang. Tapi ternyata tak berkemampuan sebab sangat-sangat tebal. Lagipun, aku dilibas dengan kerusi oleh blogger siezuka.com kerana bersikap tamak. |
Buat-buat sibuk tangkap gambar. Alasan yang logik untuk berada dekat dengan burger tu. Lepas tangkap gambar aku terus terkam dan kokak burger tu. |
Menunggu timing yang tepat untuk mengokak burger tu. Perbuatan dan niat jahat aku tu hampir-hampir dapat dihidu oleh Cik Siezuka. |
Bergambar kenangan sebelum balik. Blogger-blogger dan juga tauke-tauke Selayang Burger Grill. |
sumber gambar -BRO FRAMESTONE-
Baiklah. Jika ditanya kepada aku apakah kesimpulan daripada apa yang dihidangkan kepada kami itu? Aku dapat simpulkan yang apa yang dihidangkan itu sangat-sangat SUPERB dan DA BOOM. Aku bersetuju dengan kata-kata masyarakat Selayang tersebut. Diakui juga oleh blogger-blogger yang lain. Antara Home Made yang terbaik pernah aku rasa. Daripada roti, daging, ayam, ikan, mayonis dan juga sos, kesemuanya Superb. Sangat-sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Aku syorkan korang cuba merasa sendiri Selayang Burger Grill. Aku berani jamin yang korang akan merasa kepuasan yang tidak terhingga.
Sedikit info :- Daripada meatball, daging, ikan, mayonis dan juga sos, semuanya Home Made dan ramuan sendiri. Kecuali roti. Tapi jangan hampa. Roti pun adalah roti yang mahal dan terbaik. Takkan ada penyesalan jika korang pergi ke Selayang Burger Grill.
Blogger yang hadir pada malam itu.
HUBUNGI SELAYANG BURGER GRILL
019 - 627 6686
012 - 285 0664
017 - 350 8936
Atau boleh hubungi mereka di
facebook --> Selayang Burger Grill
twitter --> @slgburgergrill
Klik tulisan berwarna biru.
|
Kepada orang-orang dari luar Selayang yang ingin datang ke sini dan tidak tahu jalan, boleh menggunakan khidmat Genggaman Pak Senin atau lebih dikenali sebagai GPS. Boleh search 'Old Town Selayang Jaya'. Kedai burger grill ini betul-betul bertentangan dengan Old Town.
P/S : Cantik tak baju aku? Hahaha. Itulah baju yang dihadiahkan oleh pihak Kawasaki.
PERASMIAN MX WORLD DEALER |