sumber gambar --> nadyedyamien.blogspot.com |
Assalamualaikum. Pergh!! Tajuk tu sebenarnya ditujukan kepada diri aku sendiri. Hahahaha. Sebenarnya , ada juga yang bertanya kepada aku, kenapa entri-entri blog aku kebanyakannya tak pernah serius, merapu, tak ada langsung pengisian-pengisian atau input-input yang berguna dan penting. Pendek kata, kenapa entri-entri di blog aku macam sampah di lautan yang bergelora. Lautan yang bergelora? Hahaha.
Baiklah, di kesempatan ni, aku ingin memperjelaskan isu panas terbabit yang hampir-hampir menyebabkan aku bertukar menjadi Ultra Qalif.
Alhamdulillah, disebabkan ketenangan dan sedikit penampilan yang agak kacak, aku buang jauh-jauh segala rasa amarah tersebut kerana sememangnya perasaan ini tidak bagus dan tidak elok bila berada di dalam hati seorang manusia.
Baiklah, ingin aku jelaskan isu ini dengan penuh rasa kesopanan dan ketatasusilaan.
1. Bukan tak ada langsung. Sebenarnya ada. Tak percaya, cuba baca entri pertama aku. Hasil sulung aku di dalam blog ni. Aku sebenarnya tak pandai nak mengarang sesuatu yang serius. Sampai satu tahap, aku guling-guling atas mangkuk jamban disebabkan nak cari idea. Namun tak kunjung tiba juga idea tu.
2. Kalau aku bincangkan isu politik, berapa ramai pula blogger-blogger dan reader-reader yang akan memboikot aku kerana tidak sefahaman. Tujuan aku berblog ni untuk mencari seberapa banyak kawan dan kenalan. Bukannya musuh.
3. Aku menaip untuk menghiburkan. Jika ada yang tak terhibur dan rasa meluat dengan blog aku, aku minta maaf banyak-banyak. Tapi rasanya banyak lagi pilihan blog di alam maya ni yang boleh menjadi wadah kepada anda.
Kesimpulannya, aku tak mampu nak menjadi seperti orang lain mahupun blogger lain yang hebat-hebat. Aku hanya menulis mengikut kemampuan dan kemahiran aku sendiri. Tapi alhamdulilah, setakat ni ramai yang menerima gaya penulisan aku. Hnnss hnns hnnss(kembang kempis lobang hidung).
Panjang lebar entri kali ni. Harap anda mendapat jawapan kepada kemuyshkilan yang dihinggapi tu. Selamat hari Jumaat semua.
BONUS FOR TODAY
Ingin wadah berkenaan cerita-cerita dan video-video seram, anda boleh terus klik --> http://blognasirhamzah.blogspot.com
Kabanyakan entri-entri di sini berkisar tentang kisah-kisah seram hinggakan tali pusat aku disedut-sedut ke dalam perut membaca entri-entri tersebut.