Jika tidak salah aku, ini adalah kejadian lemas pertama yang berlaku di lombong yang terletak berhampiran gudang Tesco. Kejadian hari ini melibatkan seorang remaja sekitar 18 tahun yang pergi menangkap ikan bersama beberapa orang rakannya lebih kurang jam 2 pagi. Pada awalnya, rakan-rakan menganggap arwah hanya bermain-main hinggalah secara tiba-tiba arwah terus ghaib di dalam kegelapan air.
|
operasi mencari mangsa lemas bermula daripada sekitar jam 8 pagi |
|
pasukan bomba dan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa yang tersangkut di dalam terowong air |
|
sekitar jam 5 petang mayat mangsa berjaya ditemui |
|
orang ramai memerhatikan mangsa dimasukkan ke dalam trak polis |
|
lombong yang meragut nyawa seorang remaja |
|
Mengikut kata rakan-rakan arwah, sebelum mereka menangkap ikan, mereka juga menangkap beberapa keping gambar sebagai kenangan. Dan mereka mengatakan ada di antara gambar tersebut melihatkan kelibat tangan menyerupai tangan manusia di belakang mereka. Semasa aku berada di lokasi kejadian juga, aku melihat ramai yang sedang 'Bluetooth' gambar tersebut. Disebabkan orang terlalu ramai, aku tidak mempedulikan tentang gambar tersebut.
Sesuatu yang berkaitan perkara mistik ini sebenarnya kita tak boleh percaya, dan tidak boleh juga tidak percaya. Alam ghaib sememangnya wujud dan ada. Cuma bagi aku, apa yang berlaku adalah ajal yang ditentukan oleh Allah. Segala-gala yang berlaku adalah kehendak Allah. Apa yang mampu kita yang masih hidup ini, marilah kita beramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga beliau ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin.
P/S : Sungai, laut, kolam, lombong, tasik merupakan salah satu tempat yang sangat menarik. Namun, di balik perkataan menarik itu, terselit juga perkataan bahaya. Jadi, sentiasa berhati-hati jika anda berada di sana.
al-fatihah buat arwah