Ini adalah sticky post. Sila scroll ke bawah untuk entri terbaru.
Assalamualaikum. Sebenarnya, dalam ramai-ramai sahabat blogger aku, terselit beberapa blogger yang mempunyai masalah tersendiri. Mungkin ada segelintir daripada korang yang mengenali si kecil bernama Yayan. Si kecil yang mempunyai masalah jantung. Suatu ketika dulu, kisah si kecil ini pernah keluar di surat khabar tempatan. Jadi, untuk hari ni, aku cuba kongsikan dilema seorang ibu yang sememangnya memerlukan bantuan daripada kita semua. Aku sebelum ni pernah mengajukan beberapa soalan kepada beliau dalam usaha untuk membantu beliau dan anaknya dalam mengharungi permasalahan ini. Soalan yang diajukan itu akhirnya telah dibalas oleh beliau.
Assalamualaikum. Sebenarnya, dalam ramai-ramai sahabat blogger aku, terselit beberapa blogger yang mempunyai masalah tersendiri. Mungkin ada segelintir daripada korang yang mengenali si kecil bernama Yayan. Si kecil yang mempunyai masalah jantung. Suatu ketika dulu, kisah si kecil ini pernah keluar di surat khabar tempatan. Jadi, untuk hari ni, aku cuba kongsikan dilema seorang ibu yang sememangnya memerlukan bantuan daripada kita semua. Aku sebelum ni pernah mengajukan beberapa soalan kepada beliau dalam usaha untuk membantu beliau dan anaknya dalam mengharungi permasalahan ini. Soalan yang diajukan itu akhirnya telah dibalas oleh beliau.
Boni,
Thanks a lot, Bro for your sincere concern.Really. Kami sangat-sangat hargai.
Thanks a lot, Bro for your sincere concern.Really. Kami sangat-sangat hargai.
Pembedahan Yayan, insyaallah paling
cepat pun masa umur dia masuk 4 tahun, insyaallah. Means, YM masih lagi
ada masa lebih kurang 2 tahun untuk guna tulang 4 kerat YM untuk terus
berkerja keras untuk mengumpul dana Jantung Yayan.Same goes to YD. YM
sangat-sangat positif, Allah akan sentiasa bersama kami, insyaallah.
Jumlah duit terkumpul?
erm...soalan yg agak menakutkan bagi YM buat masa ni.Kalau YM tempek kat
sini account untuk Dana Jantung Yayan, korang semua pasti terkejut. :(
YM memang tak dapat saving banyak untuk Yayan lagi sebab baru je August
last year Yayan buat pembedahan.Jumlah tuh, belum pun mencecah 1/4 drpd
kos pembedahahan
which is RM47 000.
Yes, New Straits Times Charity
Fund ada bagi dana, tapi masih ada kos-kos lain yang perlu kami
langsaikan juga. Ada kawan-kawan yang sangat baik hati meminjamkan
sejumlah wang untuk menampung here and there dan lepas pembedahan Yayan,
YM berusaha untuk melangsaikan semua dengan mereka pula.
Honestly speaking, sekarang ni,
baru la YM lega. YM baru je mula bertatih-tatih untuk buat simpanan
untuk pembedahan Yayan. Tapi, dalam masa yang sama YM juga punya
tanggungjawab yang sangat-sangat besar untuk keluarga YM di Sabah
selepas ketiadaan Abah YM. YM anak sulung, so tanggungjawab YM pada
family memang sangat-sangat berat. Amanah tetap amanah, walau apapun
kan? YM selalu ingatkan diri YM, kalau YM tolong keluarga YM dengan
ikhlas, insyaallah Allah akan membuka lebih banyak pintu rezeki untuk
YM, insyaallah. Tapi, YM perlu berusaha lebih keras.YM tahu itu.
Ibu akan berusaha sebaik mungkin utk Yayan!insyaallah! |
So, duit gaji
semata-mata memang takkan cukup untuk menampung semuanya. Disebabkan
itulah YM kene berfikir alternatif lain untuk maximize kan income YM.
Salah satu caranya ialah melalui menjana pendapatan halal melalui
blog.Bukan nama yang YM kejar, tapi untuk Yayan semata-mata. Yes, for
him.
YM share cerita pasal dana
Jantung Yayan kat entry-entry YM sebelum ini semata-mata kerana mahukan
kalian terus support blog YM.Itu je. Kalau ada di antara kalian sudi
kenalkan blog YM ni kat kawan-kawan yang lain, YM sangat-sangat
bersyukur. YM cuma mahu naikan trafik blog YM, supaya insyaallah ada
rezeki lain menyusul.insyaallah...
Buat masa ini, cukuplah sekadar
kawan-kawan kenal blog ini, baca blog ini dan klik Tabung Jantung
Yayan. Itu dah cukup untuk membantu Yayan. Selebihnya, YM akan
berusaha. Berusaha lebih keras tanpa mengenal apa itu erti lelah, penat
& jemu.Doakan YM ya!
Pada sesiapa yang baru nak
kenal-kenal Yayan, kalian boleh klik kat Tab - Info Penyakit Yayan. YM
dah cuba masukkan semuanya kat situ.
Sesungguhnya, keprihatinan
kalian semua sangat-sangat menaikkan semangat YM untuk terus dan terus
berusaha untuk penuhkan Tabung Jantung Yayan. Really.Really.
pembedahan pertama yayan ketika berumur 2 hari |
pembedahan ke dua ketika berumur 6 bulan |
pembedahan ke tiga ketika berumur 18 bulan |
Inilah serba sedikit tentang si kecil yang bernama Yayan ini. Sesungguhnya beliau memang memerlukan bantuan kita semua. Jadi, pada hari ini, aku ingin menyeru dan meminta bantuan rakan-rakan blogger yang lain untuk MENULIS SATU ENTRI KHAS untuk si kecil ini dalam membantu mengumpulkan sedikit dana untuk pembedahan beliau bila sudah berumur 4 tahun nanti. Dan kepada yang tidak mempunyai blog pula, anda boleh KONGSIKAN ENTRI ini di facebook dan juga twitter masing-masing dengan menekan butang SHARE/LIKE. Sebar dan sebarkan tentang si kecil ini ke seluruh Malaysia. Dan kepada sesiapa yang ingin bertanyakan lebih soalan secara terperinci, bolehlah terus hubungi ibu kepada si kecil ini di facebook beliau. Klik --> Siti Ayu Zuati Jafri.
Jadi, kepada semua readers dan sahabat-sahabat aku semua, marilah kita semua sepakat untuk menyediakan satu entri khas untuk si kecil Yayan ini. Marilah sama-sama kita membantu untuk memperkenalkan blog ibu Yayan ini kepada semua. Bantulah untuk nyawa seorang kanak-kanak agar beliau dapat membesar dengan sempurna seperti kanak-kanak lain
KLIK --> www.yayansmum.com untuk ke blog ibu Yayan dan rajin-rajinkan jari untuk mengelik tabung jantung Yayan.
semoga keluarganya tabah menghadapi segala ujian ni..Amin.~