Seperti yang dijanjikan pada entri -->INI<--, aku akan menceritakan serba sedikit tentang kehadiran aku sebagai seorang wakil media untuk satu majlis perasmian Kawasaki MX WORLD Dealer yang terletak di No 373, Batu 2.5, Jalan Ipoh,51100 Kuala Lumpur. Aku pun pelik macam mana aku boleh berada di sana. Celik-celik mata dah ada bawah kanopi dan ditemani beberapa orang blogger. Uiskh. Misteri sungguh.
petugas media |
Sejuta penghargaan kepada BRO FRAMESTONE kerana menjemput aku ke majlis ini dan memberi peluang untuk aku merasai sendiri bagaimana menjadi seorang wakil media. Ternyata ia adalah pengalaman baru kepada aku.Hadirnya aku dan blogger-blogger lain sebagai wakil media yang telah dijemput oleh pihak Mr. Chew Boon Keam a.k.a Ah Loo(Founder), telah membuktikan bahawa blog ini adalah saluran terbaik untuk mereka-mereka yang berniaga untuk mempromosikan perniagaan mereka. Kerana setiap berita dan cerita yang disampaikan di wadah blog ini lebih cepat tersebar dan berkembang.
antara tetamu jemputan pada majlis tersebut. Dah macam geng-geng Azroy |
Perasmian yang diadakan pada hari Ahad lepas bersamaan 6 May 2012 ternyata adalah satu majlis yang sangat meriah dan menarik. Majlis yang bermula lebih kurang jam 10am dan berakhir lebih kurang pukul 1pm itu diiisi dengan berbagai program menarik untuk dijamu kepada para hadirin yang dijemput. Tidak dilupa juga para hadirin dihidangkan dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah yang sangat menarik.
Setakat ini sahaja perkongsian untuk hari ini. Aku akan menceritakan lagi di episod-episod yang seterusnya. Jadi, teruskan membaca bonijll3.blogspot.com. Pesanan ringkas daripada aku. Kepada peminat-peminat Motorcross, aku sarankan anda semua terjah kedai yang terletak yang tertera di atas. Di dalam kedai tersebut semuanya lengkap dari A hinggalah ke Z. Apa yang anda inginkan, semuanya ada di sana. Cubalah.
antara cenderahati yang dihadiahkan oleh pihak MX WORLD |
P/S : sorry kepada semua. Aku sekarang ni agak sibuk sangat. Tak sempat nak membalas kunjungan korang tu. Apa-apa pun, aku cuma nak cakap yang aku sayang readers dan komentar aku ketat-ketat. Diam bukan bermakna sombong, tapi diam bermakna aku sedang berada di dalam mod kacak. Hahahaha.