Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata bila internet ni macam &$^@*^%!! <-- Err, ini bukan mencarut ye. Ini adalah tulisan-tulisan yang berbentuk simbol. Hahahaha.
Jadi, hanya kata maaf sahaja mampu aku ungkapkan. Disebabkan line macam ni, aktiviti BW aku terhad. Bila aku klik link blog orang lain, pasti akan jadi "Problem Loading Page". Hish!! Pasti aku akan diherdik apalagi dicerca oleh kawan-kawan blogger yang lain. Silap-silap haribulan, pasti aku akan diboikot. Uwargh!! Abam Umbrella pun dah mula bertanya. Sikit lagi aku nak kena bedal dengan payung. Cik Adik Purple juga meragui kehilangan aku yang tak bising-bising lagi bila beliau lambat update blog. Apa lagi Hanis Zalikha yang tak pasal-pasal membuat vlog Oh My English kerana masalah line internet aku. Oh, macam tak ada kena mengena je.
Adakah ini detik-detik kejatuhan empayar bonijll3.blogspot.com yang terkenal dengan tahap kekacakan yang melampaui batas dan kehebatannya memutar belit cerita secara kritikal? Adakah ini petanda awal yang empayar aku akan mengalami masalah osteoporosis berganda? Ataupun, adakah ini petanda awal yang memungkinkan aku akan malas menyentuh sensitiviti blog ini? Aku sendiri pun tak faham apa yang aku taip ni.
Disebabkan masalah ni, aku dah kehilangan idea untuk menaip. Jika sebelum ni, idea aku boleh dikatakan bertan-tan banyaknya, kini ibarat daki berwarna hitam di hujung kuku.