Cerita Lawak : Lagi Serangan Anjing Liar

Lindungi anak-anak anda yang masih lagi kecil. Kerana bahaya sentiasa mengekori mereka jika tidak diawasi. Kes ini pernah terjadi semasa aku dan sahabatku, Bushtamam, sedang bersembang di tepi jalan sambil menunggu kehadiran seorang lagi sahabat. Sedang rancak kami berbual secara tiba-tiba kami terperasan seorang kanak-kanak sedang dikejar oleh seekor anjing liar yang sangat besar. Apalagi. Kami terus berlari untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit. Seperti jangkaan kami pada awalnya, anjing tersebut terus menerkam kanak-kanak terbabit yang sudah pun keletihan. Tanpa memikirkan apa-apa, kami berdua terus menerkam ke arah anjing tersebut.

Selepas masing-masing terbaring di atas jalan, kami berpandangan sesama sendiri. Bustamam secara tiba-tiba mengalirkan air mata.

" Bro, aku sangat-sangat kagum, apatah lagi takjub dengan keberanian dan kehebatan kau. Dahlah kacak, berjiwa rakyat pulak tu. Demi seorang kanak-kanak, kau sanggup membiarkan tangan kau dikokak, diratah dan dikunyah-kunyah oleh anjing liar ni. Aku sangat-sangat kagum dengan kau wahai sahabatku. Kau adalah seorang perwira di dalam hati aku.",ujar Bushtamam sambil tidak berhenti-henti mengalirkan air mata tanda beliau terlalu mengagumi aku. 

Aku memandang Bushtamam. Mata aku pula merenung tajam mata beliau.

" Tapi bro, kau dah salah tengok ni! Yang buruk, berkudis, mempunyai tona kulit tidak sekata dan berbau hapak tu adalah tangan kau bro! Bukan tangan aku! Tangan yang sedang dikokak, diratah dan dikunyah-kunyah itu adalah tangan kau sendiri!! ",terang aku sambil terus melarikan diri selaju-laju yang boleh sambil memimpin tangan kanak-kanak tersebut. Bushtamam? Biarlah. Pandai-pandailah beliau nak hidup. Aku hanya mampu mendengar bunyi beliau bertempek bagaikan bunyi seekor gajah tertusuk duri selumbar di kaki.


gambar serangan anjing liar. benar berlaku.


moral of the story :- awasilah anak-anak anda kerana bahaya sentiasa mengekori mereka. Dan , jangan sesekali jadi seorang yang hanya pentingkan diri sendiri.

{ 37 comments.. read them below or add one }

Korn Ahmad Korn Ahmad 19 May, 2012
byk nyer cter woof woof kblkangn nii
Sarah Mnasir Sarah Mnasir 19 May, 2012
seram tgk gmbar dlm entri ni..
Hidayah Hidayah 19 May, 2012
Adoi..risau pulak ngenang kes ni. Sorang jiran sampai gugur sbb jth kena kejar ngan anjing liar.
The Fakhirin The Fakhirin 19 May, 2012
fuhhh..ngeri gila gmbr tu..bahaya gak eh...
dear yayah dear yayah 19 May, 2012
x suka anjing.. dri kecik smpai skrg..
Fatindn_ Fatindn_ 19 May, 2012
tak suka anjing !!!! huh --' sgt byk knngn phit pasal anjing ni ..
Mr.She Mr.She 19 May, 2012
jahat benauu. kesian bushtamam. kahkah :D
Maya Diana Maya Diana 19 May, 2012
kat area taman rumah MD...sape yg jogging pagi2 tu diorg bawak kayu sekali...aiyaaa..anjing punya pasal..malas nak jogging...huhuhu--alasannnn
Unknown Unknown 19 May, 2012
perghhh..aku kalo jmpa anjing liar...aku memang ready nk cabut dah..
Nurrul Hazieqah Nurrul Hazieqah 19 May, 2012
ERRKKK , kasihan nya budak nie.. mmg bahaya ada dimana2 sja..hati2 selalu..

*apa yg terjadi dekat kwn tuh ? haha :P
mz mz 19 May, 2012
lari topik sikit..

tak nak letak aku kat tepi sidebar tu ke..hehe
Hidayah Hidayah 19 May, 2012
(takde kenamengena ; betul ke takde astro nih..? jgn salah fhm. mgu dpn baru separuh akhir dan zizan ngan johan masih ada)
Ayu Ayu 19 May, 2012
eiii!~takutt...tak tahu nak imagine klu btl2 jadik.Ym pnh kene cakar skli ngan anjing, eiii!tobat dah..takut!
syafiqa syafiqa 19 May, 2012
dulu masa pegi pasa malam dgn kwn,
ada dua ekor anjing ni.biasa jumpa
ok je.bole slumber.hai hai..tp hr tu
depa period kot..tiba2 dtg serang.
mmg sikitttttttttttttt lg nak gigit weh.pompuan kan..phm2 la.jerit trs.
nsb apek tu kuar cpt2,tarik anjing dia.pfffttt
Mawardi yunus Mawardi yunus 19 May, 2012
bila tgok tajuk ni teringat akan assignment gua yg belum siap. ttg pendetraan seksual keatas kanak2. huhuhu
Aien Not Alien Aien Not Alien 19 May, 2012
aduh..kesian la budak kecik tu, hmmm..bahaya kan kes kena gigit anjing ni, orang dewasa pun boleh je jadi mangsa selain kanak2..
onlajer onlajer 19 May, 2012
ada juga baca tentang berita ini,tapi member aku cakp kalu anjing kejar kau jangan lari kau tenung je anjing tu sure dia tak serang engkau,tapi kalau anjing gila aku tak pasti ler
SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 19 May, 2012
Aku Tabek La Ngan Ko Bro!! Siap Terkam Anjing Tue Balik...
Lain Kali Klu anjing Tue Gigit,Gigit dia Balik Bro..huhu
Arina Shamsul Arina Shamsul 19 May, 2012
hahahaha..terbaik la boni..korang terkam anjing tu semula ye..haha.tabik spring la..

tapi tiba2 aku berhenti ketawa bila tengok luka2 di gambar tu..kesian...huhu.
RIZZNA RIZZNA 19 May, 2012
Scary dh nk brjoging kt kwsn rumah...
mie mie 19 May, 2012
bahaya tu..
memang perlukan pengawasan..
hehehee
anamizu anamizu 19 May, 2012
kesiannye bushtamam! kau kijamm boni! kau kijam!!! hahaha






luv,
cik ana
Noor Fatin Noor Fatin 19 May, 2012
kat kulim sgt byk anjing. aduhaii. blum ada spa2 kena gigit kot kan, sbb tu dibiarkan mcm tuu. haha saya penah kena kejar anjing. hahaha
Unknown Unknown 19 May, 2012
eii..takut nak tgk gmbr ue..mesti sakitkan..kesian dia..=.='

*pape pun hebatlah 2 hero malaya tu..tahniah2..!:)
Myra Jay Myra Jay 19 May, 2012
Adehhh!! Baru nk puji keberanian Boni td rupanya...hmmpppphhhhh..
Tp betul tu, kita jgn pentgkan diri kan..

Gmbar budak tu seyes xsanggup nk tgk lama2..
حاني رملي حاني رملي 19 May, 2012
haih kesian busthamam..tergamam saya haha

seriau tengok kepala budak tu :/
teha teha 19 May, 2012
haishhh.. bahaye2
aliza aliza 19 May, 2012
sampai hati kutuk kawan g2 sekali...

salam kenal..

akak pun takut kawasan sini walaupun kawasan melayu tapi anjir liar bebas berkeliaran,...
Cik Puan Muda Umi Cik Puan Muda Umi 20 May, 2012
bahaya2..seram pulak tgk gambar budak last tu..sian dia..huhu
Mr. Doctor Mr. Doctor 20 May, 2012
sian dekat bu...(dak) bushtamam sebenarnya.. adeh.. sampai hati tinggal beliau.. haha
msredcheesecake msredcheesecake 20 May, 2012
Oh bushtamam my hero....
Unknown Unknown 22 May, 2012
Ya Allah sedihnya tgk..