Cerita Lawak : Bergaduh Disebabkan Kahak

Seperti yang dijanjikan di entri --> INI <--, dengan takburnya aku akan cerita tentang tragedi pergaduhan kerana kahak. Lama rasanya aku tak menulis entri yang agak panjang. Rasa-rasanya hari Ahad adalah hari yang sesuai untuk entri yang agak panjang kerana rata-rata pembaca mempunyai masa yang agak terluang dan boleh menghabiskan sedikit masa untuk membaca entri sampai habis. Disamping tu, entri-entri sebeginilah yang menjadi trademark aku selama ni selain daripada perkataan kacak dan juga shoutbox yang tak berfungsi. Jadi, jom baca.

Siapa kata kahak tidak berbahaya. Pernah terjadi suatu ketika dahulu semasa aku di dalam perjalanan untuk ke tempat kerja, dua insan ciptaan Allah bergaduh disebabkan objek yang bernama kahak ini. Kejadian berlaku di satu persimpangan yang mempunyai traffic light. 

Sedang aku berhenti untuk menunggu lampu traffic light bertukar ke hijau sambil menikmati keindahan panorama pagi yang sangat indah dan syahdu, aku terlihat kelibat seorang pakcik yang mundar mandir dan mencari sesuatu.

" Pakcik! Apa pakcik cari tu?",soal aku kebingungan.

Pakcik tersebut berhenti daripada aktiviti mundar mandirnya dan terus menoleh ke arah aku. Aku pun apa lagi. Tangkas menyemarakkan aura kekacakan aku dalam kadar maksimum.

" Entah di mana, entah macam mana, pakcik kehilangan wang!"

Aik! Macam pernah aku dengar dialog ni, tapi di mana? Kerana tidak mahu memening dan menyerabutkan kepala otak untuk berfikir dan mencari sumber dialog tersebut, aku  terus bertempik lagi.

" Dah pakcik! Usah dipedulikan tentang wang ringgit tersebut! Pergi ke tepi! Jangan berada atas jalan raya! Nanti kena langgar dek kereta dan motor yang lalu lalang ni! Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya lagi!"

Mungkin dek terkesan dengan nasihat-nasihat itu, beliau terus berlari lintang pukang meninggalkan kawasan itu. Entah bagaimana, entah macam mana, sesampainya di bahu jalan, kaki beliau tersadung lalu beliau tersungkur jatuh menyembah bumi. Erkk! Bukan salah aku kan?

Aktiviti menunggu lampu traffic light bertukar ke hijau bersambung. Dalam kelekaan dan keghairahan aku menunggu itu, secara tiba-tiba kedengaran pula satu bunyi bersin yang benar-benar kuat, padu dan dasyat. Bunyi itu hadirnya dari dalam sebuah kereta yang berada di hadapan aku. Tidak sampai sesaat selepas bunyi ngeri itu terhasil, aku terlihat pula seketul objek berwarna putih kekuningan, sedikit jernih, bersifat menganjal dan berjisim, terpancut laju daripada dalam kereta dan tepat mengenai lengan kiri seorang penunggang motorsikal yang berada di sebelah kereta tersebut.

Gambar sekadar hiasan. Beginilah kedudukan motor dan kereta tersebut. Sumber gambar --> matsomherbs.blogspot.com 


Kelepek! 

Bunyi objek tersebut hinggap di lengan penunggang motorsikal tersebut juga sangat kuat dan menakutkan. Aku tersentap.

" Pergh!!!!!!!!!! Bersin berkahak!!! Pakej menarik ditampilkan pemandu kereta tu!!! Pergh!! Terbaik!!!",jerit aku di dalam hati.

Tidak lama kemudian, terdengar pula suara garau , jantan dan penuh dengan aura kemarahan bertempik. Tempikan itu dizahirkan oleh penunggang motorsikal tersebut yang benar-benar marah. Pemandu kereta pula berkali-kali meminta maaf kerana aku yakin beliau memang tidak sengaja untuk menampilkan pakej menarik itu.

Aku tak tahu apa yang terjadi selepas itu kerana sejurus insiden mengerikan itu terjadi, lampu traffic light terus bertukar ke warna hijau. Apatah lagi aku memang sudah terlewat untuk ke pejabat. Tanpa membuang masa , aku terus memecut dan menyelit meninggalkan kawasan panas tersebut sambil ketawa jahat terbahak-bahak di atas motor sepanjang perjalanan ke pejabat. Bukan apa, aku teringat insiden sama yang pernah menimpa aku. Tak percaya cuba baca entri ni. --> AKSI NGERI AWEK CUN+COMEL+CANTIK+LAWA+SEKSI <--

P/S :  Hari ahad hari untuk entri panjang. Jadi, korang kena biasa-biasa kan untuk rajin membaca ye. Hanya untuk hari ahad sahaja. Hehehe.



{ 39 comments.. read them below or add one }

Hidayah Hidayah 13 May, 2012
Memula macam eeuuuyueeewww..
Tapi lepas tu sengeh jugak..
~CAHAYA~ ~CAHAYA~ 13 May, 2012
ngeri lak bace n3 ni...eeee jauhkanlah...
nasir hamzah nasir hamzah 13 May, 2012
uisk! tak dapat aku membayangkan nya bgaimanakah situasi tersebut. haish!
Unknown Unknown 13 May, 2012
Saladin...dialog tu...erk...tak mo...tak sanggup.. ewwww
miss Fyqa miss Fyqa 13 May, 2012
hishhh2... xdpt ku byangkan.. haha
mujagirl92 mujagirl92 13 May, 2012
aiyoyoyo,, geli gile nih,,, yucks!
aliza aliza 13 May, 2012
patutnya tutup mulut aar time bersin x da ler org yg jadi mangsa..
Lea Isnawi Lea Isnawi 13 May, 2012
benci betul org yang suka meludah, buang kahak merata rata ni
aish
Mia Meymi Mia Meymi 13 May, 2012
tragis btoi kesah kahak ni. HAHA.
Mat Som Sadona Mat Som Sadona 14 May, 2012
Bonz
Itu sesuatu yg paling kutakuti.
Kalau kena memang mandi 7 perigi jawabnya

Tkasih promote blog saya di blog Bozh yang hebat ini
mz mz 14 May, 2012
berkahak aku baca . haha
Ezad Skytech Ezad Skytech 14 May, 2012
pergghhh...siap ada pakej tu...erk...
mie mie 14 May, 2012
fuyoo,....
pengalaman best tu..
ahahhaaa
Jo-Blogger Jo-Blogger 14 May, 2012
cpasal2 penunggang moto tu kena..mcmna bleh keluar..hahaha..
Yana Halim Yana Halim 14 May, 2012
hoh. itu mmg gambaran yg sgt ngeri. salah satu contoh malang x berbau le tu..
حاني رملي حاني رملي 14 May, 2012
shoutbox x b'fungsi? ahaha sedar pon awak, dah lama dah sy pelik kesorangan tngok shoutbox tu..hee

aiyOo bukan maen tepat lagi ye cerita bentuk rupa paras kahak tu..haha
onlajer onlajer 14 May, 2012
orang tu tak sengaja,tapi lain kali ludah siang pandang2 ludah malam tunggu line clear
msredcheesecake msredcheesecake 14 May, 2012
ewww..... ni pangai laki la ni suka produce bendalir gitu sesuka hati tak kira tempat dan mangsa.... eeewww skali lagi....
Myra Jay Myra Jay 14 May, 2012
Adehh, terus terbayang2, kesian tul 'mangsa' atas motor tu :)

Kesian jugak kat pakcik tu :)
~Sal Ismail~ ~Sal Ismail~ 14 May, 2012
*kalo boley skrg gak nak hapdet tp apakan daya..sobs..jumpa kembali hujung bulan 5 nnt~ jaga diri!~ ^^
~Sal Ismail~ ~Sal Ismail~ 14 May, 2012
p/s: oh, mekasih sudi jenguk blog yg x berhapdet tu~ huhu
AnonymousAnonymous 14 May, 2012
uwekkk loyo tokak ni.. ummie mmg anti sgt2 perilaku begitu.. lain kali spare la palstik ke dalam kete.. pengotoq betui
Unknown Unknown 14 May, 2012
bile pak cik ue dh jatuh tersungkur..apa jadi?x pi tolong ka?hehe..

n itu..
memang insiden y mengerikan..~
Unknown Unknown 14 May, 2012
haha..kene kat orang bole la ketawa kan...ce kalau kene kat diri sendiri...gila isim jadinya kot..hehe
AnonymousAnonymous 14 May, 2012
TERbagi kahak kot...bukannya sengaja, tapi kalau den mahu gak marah2 sebab...errrr agak geli kot!! uhhh...tak mampu bayangkan la...



-aien not alien-
Arina Shamsul Arina Shamsul 14 May, 2012
hahaha..rupanya shoutbox itu trademark ye..hahaha.

itu namanya rezeki si penunggang notor hari itu..hahaha.
ceklala ceklala 14 May, 2012
eeeiuuwwww!pengkotor la abg sudin nih! ehh?hahahaha
ch000tz ch000tz 14 May, 2012
yaaarrrkkkkkkkkkkkkkkk!
Denaihati Denaihati 14 May, 2012
bersin xtutup mulut atau xsempat nak tutup. yg penting dah mintak maaf, nasib baik xbuat bodoh je.
Unknown Unknown 14 May, 2012
eeiiii geli.. hehhehe
Sarah Mnasir Sarah Mnasir 14 May, 2012
euwww.. xpasal2 kena.. haha.. tpi lawak gile..
NAL NAL 15 May, 2012
kelakar la bro..rekaan ye?
Noor Fatin Noor Fatin 15 May, 2012
errrrrrrrrrrrrrrr.. wu
Nurrul Hazieqah Nurrul Hazieqah 21 May, 2012
err , tiba2 tekak jadi loya :/