Masa aku kecil-kecil dulu, aku sebenarnya adalah salah seorang kanak-kanak comel dan periang tetapi dalam masa sama bebal. Bila aku tengok filem-filem Hollywood, aku sering terpengaruh. Selalu aku tengok watak-watak hero dan heroin akan bercakap secara depan-depan. Maknanya wajah mereka akan dekat antara satu sama lain. Lagi-lagi ada babak di mana mereka akan bercakap dekat-dekat lepas bangun tidur.
Jadi, dek kerana terpengaruh dengan babak-babak sebegitu, aku cuba mempraktikkannya kepada seorang kawan bergenre wanita. Senang cerita, budak perempuan belakang rumah. Aku masih teringat satu petang. Masa tu , aku boleh pula terikut budak perempuan ni main masak-masak.
Dalam kelekaan bermain tu, secara tiba-tiba aku teringat babak kat filem Hollywood tu. Memang aku dah menanam keazaman untuk mempraktikkan babak begitu. Jadi, aku pun mendekatkan wajah aku ke wajah budak perempuan tersebut. Belum sempat untuk aku memulakan bicara, secara tiba-tiba budak perempuan tersebut menyanyi lagu jong jong inai.
Degupan jantung aku rasakan seolah-olah terhenti seketika. Bergegar tulang belikat aku. Baru aku tau bau mulut mampu menyebabkan seseorang diserang histeria secara mendadak. Apatah lagi kalau bau mulut baru bangun tidur! Cis! Alangkah menipunya cerita-cerita Hollywood.
Lelaki beruban : Wangi tak bau mulut I?
Perempuan tak sedar diri : Waw!! Bau mulut U bau sardin+teh basi. Titew suka sangat bau mulut U. Wangi! Eh, nanti kita nak shopping kat mana ye?
P/S : Ini adalah cerita zaman budak-budak hingusan dulu. Sekarang memang tak lah. Dan, ini juga bukanlah entri sambungan untuk entri KENANGAN YANG MENJENGKELKAN PADA SUATU MASA DAHULU. Entri yang tu akan disambung. Jadi, kome-kome sekalian kena terus bersama blog terlebih kacak ni ok.