Ramai maklum bahawa LG telah menampilkan produk terbaru mereka iaitu LG CINEMA 3D SMART TV dalam misi untuk bersaing dengan produk-produk jenama lain yang kini gah menguasai pasaran tempatan negara kita. Dan, LG telah membuktikan bahawa mereka adalah antara jenama pengeluar yang telah berada di puncak teknologi yang semakin canggih dengan menampilkan produk TV yang berpaparan 3D.
3D. Suatu ketika dulu, aku pernah menonton satu wayang yang mempunyai paparan 3D. Pergh! Memang sukar untuk aku gambarkan perasaan aku tatkala merasai pengalaman menarik tersebut. Rasa macam nak ketuk-ketuk biji mata aku supaya ia berada jauh ke dalam lagi dari kedudukan asal. Rasa macam tak percaya pun ada. Ia benar-benar buat deria aku teransang. Hahaha.
Jikalau aku diberi peluang oleh LG untuk merasai pengalaman yang sama ini tapi di dalam wadah TV pula, pasti aku sangat-sangat teruja. Memang aku sangat-sangat suka meransangkan deria aku, lebih-lebih lagi bersama LG Cinema 3D Smart TV. Silap-silap terpercik darah dari lubang hidung aku ni.
Banyak sebenarnya kelebihan-kelebihan LG Cinema 3D Smart TV ni. Antaranya cermin mata yang agak stylo dan tak perlu dicaj. Ia juga agak slim. Yang paling penting, ia agak murah berbanding yang lain.
cermin matanya yang sempoi |
Untuk lebih maklumat yang terperinci, korang bolehlah terjah --> LG CINEMA 3D SMART TV
Untuk makluman, pihak LG dan juga Nuffnang akan menganjurkan satu event bersempena pelancaran produk ini. Masa , tempat dan tarikh adalah seperti di bawah.
Tarikh : 23 Mei
Masa : 6.30pm onwards
Tempat : GSC Signature,Garden @ Lounge Area,Mid Valley
Dress Code : Casual