Sesi Temubual Bersama Kartunis Komik M

NAMA : Mohd Hairy bin Baharum (Bophairy)

UMUR : 33

TEMPAT LAHIR : Hospital Besar Kuala Lumpur, Malaysia, Asia 
Tenggara, Bumi

PENGALAMAN MANIS
: Komik Ultra Qalif menang Komik Baru Terbaik 2011

PENGALAMAN PAHIT : Ramai yang menuduh aku dengan pelbagai tohmahan. Yang paling teruk aku pernah dituduh sebagai lelaki tampan yang baik hati

TEMPAT SELALU MELEPAK : NZ Wangsa Maju, Wangsa Walk (tengok movie)

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG ADA PADA DIRI : Lemak lemak tepu yang kian berlebihan pada badan ini dari hari ke hari

JUDUL KOMIK DI KOMIK M
: Ultra Qalif, Opie & Jaja

EMEL : katana_3120@yahoo.com




Soalan-soalan temubual

BONI : Kucing adalah seekor haiwan peliharaan yang jinak. Berapakah bilangan cacing pita yang berada di dalam perut seekor kucing dewasa?

  BOPHAIRY : Mana boleh pita rakaman berada dalam perut kucing. Sungguh tidak munasabah soalan ini.


BONI : Sebelum menjadi pelukis di Komik M, bro Bophairy menjadi pelukis di mana dan apakah tajuk-tajuk kartun tersebut?

BOPHAIRY : Sebelum Komik M aku pernah melukis untuk majalah Batu Api, TnT, Fantasia dan Blues Selamanya. Antara tajuk komik dalam Blues Selamanya ialah Qaseh dan lagi satu *loose yang bertajuk Ema. (* Kartun semuka)


BONI : Apa kelebihan Komik M berbanding komik-komik yang berada di pasaran?

BOPHAIRY : Pertama sekali kelebihan Komik M ialah ianya komik yang memartabatkan bahasa melayu. Disamping itu Komik M dan PTS sangat menitik beratkan syariah compliant dalam setiap produk mereka. Kini terbitan komik M juga sudah semakin rancak dan pelbagai tajuk dan genre komik sudah berada di pasaran. Komik M ada genre Superhero, Sains fiksyen, Sukan, Komedi, Pendekar dan macam macam lagilah. Banyak sangat sampai krem jari aku hendak menaipnya.


 BONI : Apa pesanan kepada pembaca-pembaca Komik M dan juga kepada pembaca-pembaca yang sedang membaca sesi temu bual ini?
BOPHAIRY :  Dapatkan komik M ini dipasaran. Kepada ibu bapa, jangan risau kerana isi kandungan yang ada di dalam komik-komik ini  tidak mempunyai unsur-unsur yang negatif yang mampu merosakkan minda dan pemikiran anak-anak. Disamping itu juga, saya ulangi, komik-komik ini memartabatkan Bahasa Melayu. 
Kepada peminat-peminat setia komik M ini, teruskan sokongan anda kepada kami. Setiap sokongan anda adalah semangat untuk kami di sini untuk terus menghasilkan karya-karya yang bermutu. Terima kasih atas sokongan anda selama ini.


BONI : Jika ada pembaca blog Boni JLL3 yang ingin mendapatkan komik ini, tetapi tiada di kedai-kedai buku berdekatan, di mana mereka boleh mendapatkan atau membeli Komik M ini?

Bophairy : Selain daripada kedai, mereka juga boleh membeli secara online. Caranya mudah sahaja. LIKE dahulu page -> Komik M <-- , dan kemudian boleh lihat di bawah Profile Picture page ini. Cari link 
Anda boleh membuat tempahan di situ.

P/S : Tunggu apa lagi. Dapatkan segera Komik M di pasaran. Hari ni aku pergi lagi Pesta Buku di PWTC. Aku jumpa blogger dan vlogger hebat di situ. Nak tahu siapa? Teruskan bersama bonijll3.blogspot.com

{ 38 comments.. read them below or add one }

kura kura 05 May, 2012
ohh. inilah dia bophairy :0
Liselle MonCherie Liselle MonCherie 05 May, 2012
Wah bguslah beliau ni! Memartabatkn bahasa melayu :D!
madammondoq madammondoq 05 May, 2012
i suka lemak-lemak tepu tu.. sbb sama macam i.. hehe..
Mawardi yunus Mawardi yunus 05 May, 2012
terbaik ah broo.. siap ada temubual lagi.

jangan lpa like ye :)
https://www.facebook.com/IstilahMinda
NAL NAL 05 May, 2012
woah! GEMPAK kot..
Unknown Unknown 06 May, 2012
hensem... ha2.. sejak bila minat komik ni?
Unknown Unknown 06 May, 2012
terlupa dalam biodata >> status..

bualbicara yg mnarik..
Sarah Mnasir Sarah Mnasir 06 May, 2012
ingatkan bole bace on9.. lalalal.. :P
Unknown Unknown 06 May, 2012
belum pernah baca komik beliau sebelum ni..sbb baca entry awak baru saya tau :)
mie mie 06 May, 2012
baru tahu tentang komik ni..
thankz for sharing..
ehehehe
mz mz 06 May, 2012
aduisshh, tak sempat gua nak beli ultra qalif tu..

hehe tgk cik adik comel tu beli gak.
mujagirl92 mujagirl92 06 May, 2012
tohmahan yang membanggakan,, wekkk
Aien Not Alien Aien Not Alien 06 May, 2012
hari tu adik pergi pesta buku habis diborongnya komik macam2 komik, len kali suh dia beli komik cenggini la..ada faedahnya kan kan kannn boni..
Jai Montana Jai Montana 06 May, 2012
perghh boni..soalan lu pasal cacing dalam perut kucing memang stail..heheh
MAY MAY 06 May, 2012
komik ape itu..bkn kaki komik..hoho
iAmCekbolat iAmCekbolat 06 May, 2012
tak minat bace tomik tomik.. haha XD
Unknown Unknown 06 May, 2012
leh laa ajr gua minat komik...huhu :)

Entri terkini Kazen >>> "Segmen: Kau Blogger Ku Blogger"
Unknown Unknown 06 May, 2012
leh laa ajr gua minat komik...huhu :)

Entri terkini Kazen >>> "Segmen: Kau Blogger Ku Blogger"
Unknown Unknown 06 May, 2012
leh laa ajr gua minat komik...huhu :)

Entri terkini Kazen >>> "Segmen: Kau Blogger Ku Blogger"
Unknown Unknown 06 May, 2012
wah..boleyh jdik wartawan sekejap..
seronok!..hehe :)
suzie rahman suzie rahman 06 May, 2012
terbaeekkk wok..siap interview lagi. kim slam erk :p
Geng Borak Geng Borak 06 May, 2012
oowhhh.. selalu lepak NZ eh? masa kid muda dulu.. leh laaaa. hehehee
Denaihati Denaihati 06 May, 2012
good luck utk mohd. khairy. menarik ni boleh beli online.
PCL PCL 06 May, 2012
wei boniii !! pinjamkan komik2 lu kat ank2 pcl..
Noor Fatin Noor Fatin 06 May, 2012
ok dia memang hensem. aku akui ni.. dia single lagi x weh? hahaha

oo bophairy ni.. kenal2! hak3!

mesti komik2 dia best!
teha teha 07 May, 2012
teringin jugak nk bace komik nie.. hehe :)
akubiomed akubiomed 07 May, 2012
Lama saya tidak membaca komik berbanding di usia kanak-kanak. Teringat akan semasa kecil membeli komik pada harga 70sen yang dijual di kedai mamak.

Antara kartunis komik yang saya minati ketika itu adalah Pot JR.
fae jamal fae jamal 07 May, 2012
ohh abg bophairy..heheh
Ayu Ayu 07 May, 2012
sejak biler pulak si boni nih jadi penemubual bicara ni erk?hehehe...gud...gud!:D
Yana Halim Yana Halim 07 May, 2012
dah nak jadi wartawan le pulak nih...hehe
Zaza Iman Zaza Iman 07 May, 2012
boniiiiiiiiiiiiii =) hehe

wah, boni temubual ye...heee, try le tgk komik ni kek kedai nti ;)
azhar azhar 08 May, 2012
bagus..saya suka,,

terus temubual belkang tabir pekomik (pelukis komik) Malaysia
Arina Shamsul Arina Shamsul 08 May, 2012
aiseyman...dah macam wartawan pulak encik boni kita ni..hahaha.

tapi soalan pertama tu yang buat saya sengeh2....ihik.