Terkesima aku sejenak dengan sisipan surat khabar metro hari ini dalam ruangan soseh-soseh yang menceritakan tentang bau busuk mulut seorang penyanyi lelaki. Kadang kala tersembul juga ketawa manja keanak-anakan aku ni. Tapi, macam biasa, aku tetap akan mengekalkan imej kacak aku walau bagaimanapun keadaan dan situasi.
Aku tak nak komen apa-apa sebab mulut berbau busuk ini adalah normal bagi manusia tak kira lah lelaki ataupun perempuan. Cuma mungkin bagi seorang selebriti, beliau harus menjaga personaliti kerana sedikit sahaja kelemahan atau kesilapan akan terus menjadi buah mulut seluruh negara. Mungkin beliau perlu amalkan penjagaan mulut yang lebih seperti entri yang pernah aku tulis sebelum ini. --> BAU MULUT AWEK TU <--
Bibir seksi tak berguna kalau mulut busuk. Hahaha |
P/S : Teringat aku tragedi berkaitan kahak yang hampir mencetuskan pergaduhan besar-besaran. Pastikan terus mengikuti bonijll3.blogspot.com untuk mengetahui kisah tersebut.