yuna |
Semalam aku mendapat satu tugasan yang benar-benar mencabar dari madam besar(mak aku). Ada misi di pasar malam. Dapat je tugasan tu, aku terus bergegas keluar dari rumah dan mula menendang-nendang starter motor. Makin menjadi-jadi degilnya sekarang. Makin susah untuk dihidupkan. Aku mula memberontak dalam diri sendiri. Yelah, misi harus dilaksanakan dengan cemerlang dan jayanya. Kalau tak, lesung batu akan menanti aku. Selepas beberapa kali aku mengugut mahu menyiku kepalanya, barulah beliau menurut kata. Huh! Tekanan aku. Beliau masih tak memahami lagi hati tulus suci tuannya yang terlalu kacak ni? Takkan hari-hari aku nak ucapkan kata-kata indah dan bermadah pujangga. Nanti apa pula kata jiran-jiran tetangga bila ternampak tabiat aku tu. Kalau dah sekali aku cakap sayang, maknanya hari-hari lah aku sayang. So stubborn that motorcycle! Mencik aku mencik aku!
Selepas sejam memanaskan enjin motorsikal, aku mula membelah jalanan. Sebagai seorang penunggang motorsikal yang penuh dengan skil dan kehebatan apabila berada di atas jalanraya, sememangnya menjadi tabiat aku untuk berlagak dengan pemandu-pemandu yang lain. Selalunya aku akan memecut motorsikal aku hingga jarum meter mencecah 45.5km/j. Begitu hebatnya aku. Mungkin disebabkan keterelan itulah aku sering dipandang sinis dan dimaki hamun oleh pemandu-pemandu yang lain. Apatah lagi rider hebat ini memiliki raut wajah yang kacak semulajadi. Manusia. Memang tak boleh lari dari sifat dengki. As usual, aku akan meng-ignore-kan je benda-benda tu.
Sesampainya di pasar malam, aku memberhentikan motorsikal di bahu jalan yang betul-betul menghadap pasar malam. Dengan sepenuh sopan, aku turun dari motorsikal. Helmet aku buka perlahan-lahan dan terus dilontar ke dalam tong sampah. Bila aku mula melangkah setapak, secara tiba-tiba semua manusia yang berada di situ terpaku melihat aku. Aku dah mula tak keruan. Nak sekali aku memekik, 'Tolonglah! Saya bukan Shahrizal Jaszle!'. Tapi aku tak termampu buat apa-apa. Lidah aku terkelu. Biarlah. Biarlah mereka-mereka itu nak menganggap aku Shahrizal Jaszle. Bukan kemahuan aku memiliki wajah seiras Shahrizal Jaszle. Ini namanya Gifted. Aku wajib bersyukur. Nak tak nak aku kena tabah menghadapi cabaran ini. Namun, keindahan malam itu dicemari oleh suara sumbang seorang bayi perempuan berumur 6 bulan.
" Mummy! Daddy! Tengok lelaki tu ! Beliau pakai legging kaler pink! Kah kah kah kah!"
Aku tersentap. Suara bayi itu benar-benar menjejaskan keyakinan aku. Mungkin kerana tersedar akan kekhilafan anak mereka, serta merta ibu bapa bayi itu meminta maaf daripada aku. Tak apalah. Dengan hati yang terbuka, aku rela memaafkan. Bayi. Apa yang golongan-golongan ini tau tentang dunia. Apa bezanya legging dengan seluar tidur? Sama je. Tak apalah. One day, u will understand about that, poor little girl! So childish!
Aku meneruskan langkahan menuju ke dalam perut pasar malam. Bersesak-sesak. Aku dah mula kelemasan dengan bau ketiak mamat-mamat bangla yang entah dari mana datangnya. Tiba-tiba je muncul. Padahal dari tadi aku follow belakang awek-awek cun je. Siap aku buat permohonan nak follow twitter dorang lagi. Entah macam mana tiba-tiba ramai pula kelibat-kelibat mamat-mamat bangla depan aku. Dengkilah tu. Sampai je kat satu kedai tudung, aku berhenti. Mata aku mula meliar memandang tudung-tudung yang dijual. ARGHH!! Aku dah mula pening. Aku tak tahu mana satu yang harus dibeli. Sehinggalah secara tiba-tiba aku tersentap dengan satu suara yang sangat merdu menegur aku. Siap ada vibrator lagi di hujung-hujung ayat tu.
" Ye bang, abang nak tudung yang mana satu?"
Mata aku terbeliak secara tiba-tiba. Mulut aku ternganga disertai bunyi nafas yang sangat kuat keluar daripada mulut. Kelihatan beberapa pelanggan yang berada berdekatan aku pengsan secara tiba-tiba. Mungkin terbau aroma mulut aku agaknya.
" Awak Yuna kan? Yuna Gadis Semasa kan?? kan? Kan? kan?",soal aku bertubi-tubi. Masih belum mempercayai apa yang berada di depan mata. Hingus yang berada di hidung aku turut memainkan peranan penting dalam sesi perbualan tersebut. Beberapa kali ia mengembang mengempis seperti seekor belon yang ditiup dan dilepaskan anginnya.
" Ye!! Sayalah gadis tersebut!! Kalau tak ada show, saya akan berniaga tudung kat sini!",ujar Yuna sambil menconteng tanda tangannya di atas legging aku. Nak sekali aku cepuk muka beliau. Aku tak minta pun otograp beliau. Tapi, tak apalah. Demi menjaga imej sebagai seorang lelaki maskulin, aku membiarkan je perangai beliau tu. Lagipun, ingat senang ke nak dapat otograp Yuna?! Perghh!
" Macam ni cik Yuna Gadis Semasa, saya sebenarnya cari tudung bawal. Tapi saya tak tau macam mana rupa tudung tu. Macam sama je semuanya."
" Owh, tudung bawal. Ok, tudung bawal awak boleh tengok kat bahagian atas tu. Macam-macam ada.",ujar Yuna sambil menuding ke arah kedai kebab bertentangan. Apa kejadahnya Yuna ni. Pelik aku.
Selepas berurus niaga selama hampir 4 jam untuk sehelai tudung, akhirnya aku berjaya mendapatkan yang terbaik mengikut citarasa Yuna. Pasti madam besar akan suka. Selepas meninggalkan kedai Yuna, langkahan aku semakin lama semakin laju. Sehinggalah aku berlari-lari anak sambil menitiskan air mata. Tak sangka dapat jumpa Yuna. Dapat otograp lagi. Begitu juga di atas motor. Air mata tak berhenti-henti mengalir hinggakan ada pemandu kereta yang prihatin lalu menghulurkan aku secebis tisu sebelum beliau terbabas di bahu jalan.
Sesampainya di rumah, dengan perasaan yang sangat teruja, aku mengesot mendapatkan madam besar. Tak sabar nak luahkan perasaan gembira bukan kepalang dapat jumpa Yuna sebentar tadi. Bila aku menghulurkan tudung tersebut dan mula bercerita tentang Yuna, riak wajah madam besar secara tiba-tiba berubah.
" Jangan nak Yuna sangatlah!!!!!!! Aku......suruh.......kau......beli.......IKAN BAWAL!!! Yang kau beli tudung bawal kenapa?!!!",teriak madam besar sambil berlari menuju ke dapur. Aku dah boleh agak dah. Kalau tak tong gas, mesti lesung batu yang akan digunakan madam besar untuk membedil aku. Nak tunggu lagi?!! LAARRIKKKK!!!
BONUS FOR TODAY. JOM LAYAN LAGU NYANYIAN AKU DAN JUGA MEMBER AKU(BUDAK NI PERNAH MENGAJI DENGAN ARWAH NENEK AKU MASA KECIK-KECIK DULU).
MACAM SIOT. DISEBABKAN VIDEO NI, AKU DITUDUH GAY. HAHAHAHA. CAM HAREEMMM. BAI DE WEI , SUARA AKU YANG FIRST ONE TU K. DON'T GET CONFUSING.
P/S :- gambar Yuna tu aku curik daripada blog Badger. nak tgk gambar-gambar menarik Yuna lagi ,
boleh klik ----> BADGERMALAYSIA