maria ozawa |
Sebut je nama ni, dari Dang Wangi sampai ke Jinjang akan kenal. Lagi-lagi kepada lelaki-lelaki yang berhidung belang termasuklah aku punya jiran. Tapi tau tak korang yang beliau ini pernah datang ke Kuala Lumpur? Aku yakin pasti ramai yang tak tau kisah ini. Kisah terjadi sekitar tahun 2011. Itulah kelebihan aku sebagai seorang mat despatch tersohor di muka bumi ini. Aku sentiasa akan melihat dunia luar dan terserempak dengan perkara-perkara yang hebat-hebat belaka. Kisah bermula di Bangunan Mara semasa aku dalam tugasan untuk menghantar sepucuk surat.
Setelah menjeling-jeling tiada kelibat DBKL, aku dengan bongkaknya park motor kat kaki lima tepi jalan. Almaklumlah, nak parking kat tempat berbayar, poket tengah kering. Bayangkan sekali parking RM2. Kalau sehari aku ada 10 kali tugasan menghantar dokumen-dokumen? Tak ke jadi RM50. Pergh! Lebih dari gaji aku sehari!!
Lepas je aku kunci motor, aku terperasan ada sorang awek melambai dan melemparkan senyuman manis. Perghh! Pagi-pagi dah ada awek mengorat aku. Cun pulak tu. Baru aku sedari sesuatu yang selama ini tidak pernah disedari. Rupa-rupanya dengan wajah yang terlalu kacak sebegini, ramai gadis-gadis korporat akan terpikat dan menggilai aku. Aku mula berdiri tegak dengan penuh keyakinan. Aku dongakkan wajah aku 90darjah ke atas sambil menjeling-jeling awek tersebut. Bahagian dada pula aku tegapkan. Biar awek tu falling in love lebih dengan aku. Tangan kanan dan kiri aku silangkan di dada sambil mengepit surat dicelah-celah ketiak. Kehadiran angin sepoi-sepoi bahasa yang mengibar-ngibar rambut membantu menambah lagi UMMPPHH kekacakan aku. Dan kemudian, aku melihat beliau melangkah menuju ke arah aku. Bila awek tu semakin dekat, aku perasan beliau menghulurkan tangan untuk bersalaman. Aku apa lagi. Dengan riak wajah yang teruja,bangga dan sedikit takbur, aku menghulurkan tangan juga. Sedikit terlompat aku kerana begitu gembira. Dan bila tangan kami berdua semakin dekat, secara tiba-tiba aku terlihat ada satu lagi tangan yang terlebih di sebelah kiri. Bila aku toleh je ke kiri, kelihatan kelibat seorang lelaki yang smart berkot. Dan sejurus selepas itu , mereka berdua bersalaman. Aku yang ketika itu berada di tengah-tengah pertemuan mereka berdua mula terasa amat sentap. Apa lagi bila mereka berdua jeling-jeling sambil tersenyum-senyum sinis. Blushing-blushing kat pipi bukan warna merah lagi, tapi dah jadi warna kebiruan lebam. Pipi aku rasa macam kena lempang-lempang dengan tayar motor je. Namun, demi semangat seorang pejuang yang memperjuangkan imej kacak di mata gadis-gadis, aku serta merta buat-buat sedang bersenam ala Tai Chi. Lima minit selepas mereka berdua meninggalkan black area tersebut, aku segera memberhentikan aktiviti tak bermoral itu. Dengan kedua-dua tangan terkulai ke bawah, aku menunduk 180 darjah ke bawah sambil melangkah perlahan menuju ke pintu masuk bangunan Mara.
Selang beberapa langkahan, aku terlihat sepasang kaki yang sangat mengiurkan. Sedikit demi sedikit wajah aku panjatkan semula ke atas. Kelihatan seorang awek yang terlalu seksi berdiri membelakangkan aku. Alangkah terperanjatnya aku apabila terpandang sisi tubuhnya. Maria Ozawa!! Aku seakan-akan tak percaya Maria Ozawa berada depan mata aku. Namun, aku segera beristighfar. Kenapa perlu menyanjungi pelakon video tak senonoh ini? What da fahrin ahman!! Serta merta kemarahan aku semakin memuncak. Aku bertekad untuk sekolahkan beliau walaupun english speaking aku kategori memualkan.
" Maria!!",teriak aku tanpa mempedulikan orang ramai yang lalu lalang di situ.
Kelibat Maria Ozawa yang berada di hadapan aku segera menoleh memandang aku.
maria ozawa |
" How do you know my name sir?"
Secara tiba-tiba badan aku menggigil-gigil. Darah tersembur keluar dari hidung. Jerawat-jerawat aku juga meletup sendiri dengan menggilanya. Dalam nafas yang tersekat-sekat aku mula menyusun kata.
" You name Maria?"
" Yes. My name is Maria Ozawi. Why do you call me sir? There's anything that I can help?"
" Owh, you just forgetkan. I wrong call person. I am sorry so so."
Dengan mulut yang sedikit berbuih-buih, aku segera meninggalkan Maria Ozawi tersebut yang kelihatan menjeling-jeling manja ke arahku sambil menggigit-gigit jari manisnya. Owh!! Sangat mengerikan!!