Cerita Lawak : Awek-Awek Sekolah Zaman Sekarang Makin Advance

awek sekolah zaman sekarang
awek-awek sekolah zaman sekarang


Cerita pasal awek-awek sekolah zaman sekarang, aku teringat zaman aku sekolah dulu. Ternyata segala-galanya sudah berubah. Tidak seperti zaman aku sekolah dulu. Kalau dulu, budak-budak perempuan sopan santun. Saat entri ni ditaip pun kepala aku terngiang pada si Joyah anak Pak Anuar Zaini. Si Joyah ni dulu classmate aku. Kelas 5 Segan Silu. Aku pun tak faham macam mana beliau boleh tercampak dalam kelas ni. Dialah satu-satunya perempuan yang ambil jurusan Mengetuk, Mengukir, Bertukang Dan Berangan dekat sekolah tu. Tabik spring juga aku kat beliau.

Si Joyah ni memiliki paras rupa yang sangat menawan. Sekali pandang, saling tak tumpah macam Rozita Che Wan tak pakai make up. Dulu beliau sangat sangat sangat tergila-gilakan aku. Tapi aku tak layan. Aku ni jenis lelaki yang jual mahal. Maklumlah, dengan kasut sekolah brand Bata, seluar sekolah brand Kiki Lala, baju sekolah pulak brand Zaidi Said, memang wajarlah aku jual mahal. Hinggalah pada satu hari.  Pada hari itu cikgu Fahrin Ahmad bagi satu task kat semua pelajar dalam kelas. Setiap pelajar dapat tugasan yang berbeza. Aku mendapat tugasan untuk mencipta sebuah patung manusia dan mengukirnya hingga menjadi seperti Nick Carter (salah seorang penyanyi kumpulan Backstreet Boys). Yang menariknya, cikgu Fahrin Ahmad memberi kebebasan kepada kami semua untuk memilih sendiri tempat untuk kami bertukang. Aku sangat-sangat tabik pada cikgu Fahrin Ahmad kerana beliau sangat memahami hati dan perasaan kami. Yelah, jika hendak menghasilkan sesuatu yang memuaskan , kita mesti perlukan satu tempat yang memberi inspirasi. Seperti mana kebanyakan penulis novel dan juga pelukis. Mereka akan ke tempat-tempat yang menenangkan untuk mencari ilham. Lepas mendapat kebenaran, aku terus bergegas keluar daripada kelas sambil membawa perkakas-perkakas bertukang seperti tukul, kayu, paku, pahat, cat Nepon Paint, berus cat dan juga botol susu. Langkahan aku menuju ke satu tempat yang sangat menenangkan. Di belakang sekolah bertentangan dengan loji kumbahan najis. Kelihatan juga beberapa batang pokok pisang tua dan semak samun berada di situ. Indahnya pemandangan tatkala itu. Setelah beberapa minit menikmati keindahan pemandangan tersebut, aku terus memulakan kerja. Leka aku. Namun, kelekaan membuat kerja itu terbantut apabila dikejutkan dengan suara seorang pelajar perempuan menegur aku. Mata aku meliar memandang sekeliling. Namun masih tidak kelihatan sesiapa. Aku meliarkan lagi anak mata aku. Beberapa minit berlalu dan akhirnya aku melihat kelibat seorang gadis yang berdiri membelakangkan aku. Sebelah aku je rupanya. Tanjat Boni. Aku cuba mengintai-ngintai wajah gadis yang membelakangkan aku tersebut, namun beliau menyorokkan wajahnya. Tapi dari bentuk tubuh dan fizikal, aku dapat mengenal pasti bahawa gadis itu adalah Si Joyah.

“ Boni, hamba suka tuan hamba. Hamba suka tengok tuan hamba. Hamba suka segala-galanya tentang tuan hamba. Muka tuan hamba cute macam Crazy Frog.”

Aku tergamam. Si Joyah pula terus berlari selepas mengungkapkan kata-kata keramat tersebut. Aku hanya mampu memerhatikan Si Joyah yang berlari sambil menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan. Mulut aku hanya melopong dengan beberapa cebis air liur terpancut keluar. Sampai sekarang perkara tu terngiang-ngiang di dalam otak bijak aku ni. So sweet.

Nampak tak perbezaan awek-awek sekolah zaman dulu dengan zaman sekarang? Dulu perasaan malu amat menebal di dalam diri. Nak bercakap pun menyorok-nyorokkan wajah. Apatah lagi nak menggoda. Memang tak lah. Tak macam awek-awek sekolah zaman sekarang. Aku masih teringat satu kejadian yang berlaku minggu lepas.

“ Syalman Khan! Jom! Kita pergi ushar awek sekolah!”,teriak aku kepada Syalman Khan yang sedang gigih bermain  karem dengan beberapa orang warga Nepal di warung Pak Jabit.

Selepas menerima lamaran aku tersebut, Syalman Khan dengan serta merta melompat ke atas motor aku tanpa sebarang bantahan. Dan dengan menggilanya juga aku melempang tengkuk Syalman Khan sehingga beliau tercampak.

“ Kenapa ni bro? Tadi kan kau ajak aku?”,soal Syalman Khan terpinga-pinga.

“ Kau ingat kau seorang bayi yang comel? Apa hal kau duduk dalam bakul motor? Duduk kat belakang!!”,tengking aku sambil mencekak pinggang. Mata aku jegilkan untuk memaparkan perasaan marah ketika itu. Kelihatan Syalman Khan menggigil-gigil ketakutan sambil perlahan-lahan memanjat semula motor dan duduk di belakang aku.

Aku segera memulas throttle untuk memecut motor dan kadang kala memukul-mukul bontot Syalman Khan menggunakan belati. Inilah akibat terpengaruh dengan filem aksi koboi. Selepas beberapa minit, kami berdua selamat tiba di hadapan sebuah sekolah menengah. Kelihatan keadaan di luar pintu pagar sekolah agak sibuk kerana itu adalah masa mereka tamat sesi persekolahan. Berduyun-duyun pelajar sekolah keluar dari sekolah.

Aku dan Syalman Khan pun terus menunjukkan belang di hadapan pelajar-pelajar perempuan sekolah tersebut. Syalman Khan seperti biasa akan membuka bajunya dan menunjukkan bentuk badannya yang ketak-ketak. Sambil-sambil berdiri  tegak penuh kegagahan, beliau akan mengerak-gerakkan otot dadanya. Aku pula hanya duduk bersimpuh di atas motor sambil menjuih-juihkan bibir kepada awek-awek sekolah yang lalu lalang. Bergaya betul.

Selang beberapa minit, kelihatan 4 orang awek sekolah tersenyum-senyum sambil menghampiri kami berdua. Kelihatan Syalman Khan semakin gigih menggerak-gerakkan otot dadanya manakala aku pula semakin bernafsu menjuih-juihkan bibir.

“ Hai bro. Perut bro seksi lah.”,ujar salah seorang daripada 4 orang awek sekolah tersebut. Kelihatan tangannya membelai-belai manja perut buncit aku yang sedikit tersembul terkeluar dari baju. Matanya juga berkelip-kelip secara bertalu-talu. Manakala ketiga-tiga awek yang lain itu pula terduduk melutut, menggenggam kedua-dua belah tangan dan mengelip-ngelipkan mata. Pergh! Begitu sekali aku digilai awek-awek sekolah ni.

Syalman Khan yang ketika itu berpeluh-peluh selepas bertungkus-lumus mempamerkan ketak-ketak tubuhnya kelihatan amat sugul. Ternyata beliau amat kecewa sekali kerana tidak dihiraukan oleh sesiapa.

“ Huh! Itu baru perut, korang-korang semua tak tengok lagi keseksian bulu-bulu kaki abang!”,teriak aku penuh dengan ketakburan sambil memandang ke langit.

Kelihatan mereka semakin terpegun dan terpesona dengan diri aku. Air liur mereka semakin meleleh-leleh dan mata hitam mereka naik ke atas. Sampai begitu sekali mereka menggilai aku. Dan pada petang itu selepas dijanjikan, aku dan keempat-empat awek sekolah tersebut keluar dating di pasaraya Mydene. Manakala Syalman Khan pula sejak daripada hari itu terus menghilangkan diri. Dengar cerita beliau telah pergi ke India dan menjadi make up artist untuk Salman Khan.

Jadi, nampak tak perbezaan awek-awek sekolah dulu dengan awek-awek sekolah sekarang? Berbeza kan? Hahahaha.


Jom Terjah Kasut-Kasut Menarik Jane Funky Holli dari Hong Kong. Kasut-kasut Menarik Yang Mungkin Jadi Pilihan Untuk Anda Semua. Klik --> Jane Funky Holli

P/S :- Layankan je cerita merapu ni. Aku tak rasa awek-awek sekolah sekarang macam dalam cerita ni. Aku yakin masih ramai lagi awek-awek melayu yang so sweet macam Si Joyah tu.

gambar dipinjam dari blog --> DIARI CIK SITI

{ 110 comments.. read them below or add one }

SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 15 March, 2012
Si Joyah dah jadi Penjual Karipap da skrg Bro..Hahahah .Bulu kaki??? perrgghh!! seksiiiiiiiiiiiiiii..Hahahha
Yana Halim Yana Halim 15 March, 2012
bulu kaki berpintal2....eeee.....
Unknown Unknown 15 March, 2012
@SuparMan SuaRez

hahahaha..tu joyah lain la..hahaha
Unknown Unknown 15 March, 2012
@yana halim

tu la yang seksi sebenarnya..hahahahaha
fnd fnd 15 March, 2012
sikit pun tara buleh percaya
fnd fnd 15 March, 2012
sikit pun tara buleh percaya
AnonymousAnonymous 15 March, 2012
Cian joyah tu boboi...xbaik velagak mcm hensom tp xhensom..hahahhaah
HUDAJMAL HUDAJMAL 15 March, 2012
err , oi , kita budak sk . mne ade mcm tu punnn *kening bersmbung* HAHA
Arina Shamsul Arina Shamsul 15 March, 2012
muahahahaha..macam biasa aku pun tersipu2 malu dengan senyuman berkepul2 bila baca entri kamu..hahahaha..eh?terlepas lak gelak besar..

banyak betul si "AKU" tu memerasankan diri ye..haha.

cian pulak kat syalman khan tu,badan ketak2 pun tarak guna.kekeke.
teha teha 15 March, 2012
hadoii.. sengal laa
Unknown Unknown 15 March, 2012
@fnd

hahahahaha..bunyi macam kecewa lebeh je ni..hahaha
Unknown Unknown 15 March, 2012
@~diAhOntHeblOg~

humanggaaihh.makan dalam ayat ni..hahaha
Unknown Unknown 15 March, 2012
@HUDAJMAL

hahahahaha..mcam mana kening bersambung tu??tunjukkan sikit,,nak belajar ler..hahaha
Unknown Unknown 15 March, 2012
@Arina Shamsul

hahhahha..itulah..syalman khan tu sangat dikesiankan..hahahaha
Unknown Unknown 15 March, 2012
@teha

muahahahaha..namo marah2..nanti da tak sweet macam yuna da..hehehe
Rozalia Binti Alik Rozalia Binti Alik 15 March, 2012
thumbs up untuk boni ! citer best ! hehe:D
~Sal Ismail~ ~Sal Ismail~ 15 March, 2012
tp ada benarnya awek2 sekarang makin advance..yg mcm joyah tu da boley bilang dgn jari~ ;p
Unknown Unknown 15 March, 2012
@~SaL IjOu~

:)

harap lepas ni jelmaan2 si Joyah akan muncul dalam kuantiti yang ramai sebab so sweet sangat2..
madammondoq madammondoq 15 March, 2012
i dulu jadi aweks sekolah yang sopan gitu.. maklumlah.. sekolah pondok.. uhuk3...
Noor Fatin Noor Fatin 15 March, 2012
cik abg kena sekolahkan gadis2 zaman skrg supaya jadi mcm si joyah tu haaa.. ekekek
Unknown Unknown 15 March, 2012
@madammondoq

wow...mesti ayu tu kan.. :)
Unknown Unknown 15 March, 2012
@NOOR FATIN

hahahaha..tak reti nak sekolahkan orang ler
Unknown Unknown 15 March, 2012
wah..pujaan ramai rupanya penulis en3 ni..hmm..

gadis2 zaman skrg ni mgkn kena byk belajar dgn si joyah tu kan ..:)
Unknown Unknown 15 March, 2012
@★ aIsyaH ★

belajar dengan awak pun boleh kot??hehe
Unknown Unknown 15 March, 2012
ceyh~
sy tak layak la..sy pun masih perlu belajar kot..:)
littledolphin littledolphin 15 March, 2012
hahahah

comel je si joyah tu luah perasaan.

eh ni berdasarkan kisah benar kah? :p

saya ni pemalu, okay? LOL
Unknown Unknown 15 March, 2012
@★ aIsyaH ★

iskh..baru nak lantik sebagai cikgu diseplin
Unknown Unknown 15 March, 2012
@littledolphin

wah..kalau macam tu, hari sabtu ni kita kapel k..muahahahaha
D D 15 March, 2012
bawak botol susu?!
ahh.
wa mesti stress kalau masuk belog neh tauu.
mencikk mencikkkkk.
cite tipuuuu!

haha
Geng Borak Geng Borak 15 March, 2012
wahahahahaa.. skali crazy frog. kui3
Unknown Unknown 15 March, 2012
@Zakaria's daughter

hahahahahaha..jangan mencik2, nanti jadi Shayang..hahahahaha
Unknown Unknown 15 March, 2012
@KiD

hahahahahaa..tu le pasainya..tak ada lagi ke yang senonoh sikit..hahaha
Unknown Unknown 16 March, 2012
syalman khan tu lawak la sikapnye... lawak dan unik... apakah motif beliau duduk ke dalam bakul motor tu, hambe sangat tak paham..

awek2 skang... tak dinafikan.. makin lame makin lawa.. walaupun baru umur 15 ke 17... tapi... ramai yg kurang dari segi tatasusilanye...

ape pun.. boni.. ko jgn buat pasal ngn budak sekolah haaa... kene sebat tau... tak kire la, rela atau tanpa rela.... biarla depa ni kurang sopan.. ko jgn terdorong plak.. hahah

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/cerita-zaman-kecil-memburu-bersama-abah.html

jemput2 lah berkunjung...
AnonymousAnonymous 16 March, 2012
si joyah tu baru ja kutip hutang kat rumah td siang...

" tolong kirim salam kat kekasih gelap hamba,boni, dgn ucapan aku sangat merindui diri mu"

joyah suruh smpai kan ><
wawa zulkefli wawa zulkefli 16 March, 2012
ahaa . adoii :) kelakar bebenor jahh :P sseksa namanya tuu :)
Fatin Diana Fatin Diana 16 March, 2012
Part yg best masa Syalman kena marah. "kau pk kau seorg bayi yg comel?" HAHAHA! Tapi kan, rasanya kebanyakan perempuan skrg ni macam si Joyah. Takde la gatai sangat macam budak perempuan 4 org tu
Ezad Skytech Ezad Skytech 16 March, 2012
HAHA..bulu kaki...sape nak tgk..kah3~
Unknown Unknown 16 March, 2012
hahaha..siot betul.terkeluar usus aku gelak..mak ai bulu kaki..

lama aku menanti cerita fantasi kau..kemana meghilang??heee
dill dill 16 March, 2012
hadoi...panjang karangannye. namun berjaya dihabiskan. hoyeh!

dill.
AnonymousAnonymous 16 March, 2012
Kes lu ni sebijik macam kes gua bro. Cuma bezanya awek yg ushar gua ada 10 orang dan semua bajet2 hot dan mantap belaka serta dorang terpegun dan terpana pada wajah gua yang cute dan bukannya pada perut yang buncit. Heheh.
MAY MAY 16 March, 2012
hahaha..lawak la..tapi betul la statement tu..budak2 sekarng dah tak mcm budak2 dulu...faktor pemakanan kot..haha..
Unknown Unknown 16 March, 2012
haha..xpe la..awal2 sy reject jwtn tu...sori..cari org lain la..:)
Unknown Unknown 16 March, 2012
@Sam Banjamin

hahahahahahahaha..hamba sama sekali akan mengelakkan perkara itu daripada berlaku..hahaha..it's so dangerous..hahaha
Unknown Unknown 16 March, 2012
@one.two.smile

heh heh..waalaikumsalam.kem salam balik kat beliau yer..hahaha
Unknown Unknown 16 March, 2012
@saya wawa najwa

sseksa nama tu??haha..nama yg mana satu tu?
Unknown Unknown 16 March, 2012
@Dianaa

hahaha..bia betik??nak jumpa ler dgn mereka2 tu..hehe
Unknown Unknown 16 March, 2012
@Ezad Skytech

hahahaha..bulu kaki berpintal2 akan menjadi idola gadis2 malaya..hakhakhakhak
Unknown Unknown 16 March, 2012
@محمد شهريل القنيطري

hahahahahahahaha..takleh selalu keluar cerita fantasi...nanti orang cakap tahyul..hahahaha
Unknown Unknown 16 March, 2012
@dill

hahahaha..berjaya dihabiskan??haaha..tahniah2
Unknown Unknown 16 March, 2012
@Miziey

hahahahahaha...aku percaya citer ko tu..hehehe.
Unknown Unknown 16 March, 2012
@CIK MAY

mungkin masih ada lagi segelintir2 yang macam si Joyah tu..
Unknown Unknown 16 March, 2012
@★ aIsyaH ★

iskh..orang nak bagi jawatan baik punya pun dia taknak?haha
Fatin Diana Fatin Diana 16 March, 2012
Nak jumpa? Pi la ruma sape2 yg agak2 jenis tak kelua ruma. terperap kat rumah je, melekat dengan mak ayah. tu la orangnya. muehehe :D
Unknown Unknown 16 March, 2012
tak nak la.. nanti semua org takut.. :)
Jue Jue 16 March, 2012
hahahaha mmg cite 2 dlm 1 sungguh
si joyah tu mcm aku je eh? #tetibe hahaha

xthn perut buncit jd idaman tu hahaha
Hanie Dew Hanie Dew 16 March, 2012
wahahahhaa...si joyah jugak jadi igauan.

pecaya la, di tengah zaman awek awek adavance ni masih ada spesis joyah tau tak.

aku tau citer ni tipu je. kan! hahaha
Unknown Unknown 16 March, 2012
@Dianaa

sebab terperap tu la yang susah nak jumpa tu..hahaha
Unknown Unknown 16 March, 2012
@★ aIsyaH ★

hahahaha...tu la yang bagus tu
AnonymousAnonymous 16 March, 2012
fuh menarik betul cerita ^_^ zaman berubah itulah jadi macam tu ^_^
Unknown Unknown 16 March, 2012
@Jue

hahahahahahaha..orang cakap, orang buncit ni hidup senang..hehehe
Unknown Unknown 16 March, 2012
@Hanie Dew

hahahaahahaha...cerita rekaan je la..hahaaha
Unknown Unknown 16 March, 2012
@umie mia

hahahaha..tapi jenis macam si Joyah tu pasti masih ada lagi di dalam muka bumi ni
Zaza Iman Zaza Iman 16 March, 2012
ayoyo..haha..hbs baca... ^_^ buncit itu seksi... ;)
msredcheesecake msredcheesecake 16 March, 2012
Cer tunjuk bulu kaki yg seksi tu... Hhee....

Saya dr dulu sampai skang pemalu....
Unknown Unknown 16 March, 2012
@^_^ Zaza Nur Iman

seksi ke??wa..nak tambah la kebuncitan perut nih..haha
Unknown Unknown 16 March, 2012
@msredcheesecake

heh heh heh..minggu depan kita kaple k..hahahaha
Zaza Iman Zaza Iman 16 March, 2012
kehkehkeh...boni nk tmbh buncit ke...haha :)
Zaza Iman Zaza Iman 16 March, 2012
kehkehkeh...boni nk tmbh buncit ke...haha :)
Ayu Ayu 16 March, 2012
huhuhu...sabo jelah! perut buncit tuh lambang corporate tuh,haha!
Unknown Unknown 16 March, 2012
bagus?aiy0o..xbesh la idop dlm keadaan mcm tu. :)
ch000tz ch000tz 16 March, 2012
superb sengal kannnn! hahaha

hrmm jup nak cuba hengat balik siapa bofen masa kat sekolah menengah dulu ekk :D
AnonymousAnonymous 16 March, 2012
mesti encem pakai baju kiki lala..hahaha..nasib baik tak gantung botol air kat tgkuk.hihihi

yups,rasanya masih de yg macam joyah lagi.tapi mas sendiri pernah nampak budak2 remaja dok terjerit2 n gelak kuat2..sdgkn kwn kat sblh je..alahai..
AnonymousAnonymous 16 March, 2012
hahaha CK adew tak mcm joyah tu..?? :p
حاني رملي حاني رملي 16 March, 2012
alahai kesian syalman khan tu..hahahah
merajok la tu bdak2 tu xt'pkat kt dia smpai mghlangkan diri..wakakakak
wawa zulkefli wawa zulkefli 16 March, 2012
taktau lah ? lupa ? hahahahaha
Unknown Unknown 17 March, 2012
@^_^ Zaza Nur Iman

hahahaha..nak kena bela lah perut buncit macam ni..hahaha
Unknown Unknown 17 March, 2012
@YaYaNsMuM a.k.a YM

hahaha..lambang korporat ye??hurm,nak kena tambah kebuncitan ni ler..hehehe
Unknown Unknown 17 March, 2012
@★ aIsyaH ★

iskh..tu la yang bestnya..hehehe
Unknown Unknown 17 March, 2012
@c'axoera ヅ

hahahahaha..tetiba bila ingat tu, terkeluar muka saya kan..hahahaha
Unknown Unknown 17 March, 2012
@MaYa MustWany

gantung botol susu la..hahahaha
Unknown Unknown 17 March, 2012
@cik Kartun

hurm...nak kena amik masa setahun untuk kenal hati budi tu..hahaaha
Unknown Unknown 17 March, 2012
@Hany Rara

hahahahaha..itu la pasalnya..cian kaat syalman khan tu..hahaaha
Unknown Unknown 17 March, 2012
haha..aku nk dengar cita betul kau plak..boleh??cita benar-benar berlaku..hihi,tiada tokok tambah
♥ sitifarhana ♥ ♥ sitifarhana ♥ 17 March, 2012
sweetnye joyah....sy pon mcm joyah jgk tw kalau awak nak tau...hahaha
anamizu anamizu 17 March, 2012
*okeh guwa dah hapdet arini..sory bz sket..pulun kje..kehkehkeh



aah boni guwa agak setuju part yg ramai awekS zmn skrg ni kurang malu kalo compare dgn awekS dedulu tu.. ramai yg x malu skg nih..huh~


guwa tertanye2 ape kene mngena BOTOL SUSU dlm kerja ketuk mengetuk lu tu? owhhhh ok.faham dah.untuk mengembalikan tenaga lu setelah penat lelah mengetuk sehayun dua kan?kan? =P

tu sipbek baru tgk perut lu je boni..kalo dpt tgk sixpad lu mau pengsan teros..kehkehkeh


guwa boomark blog lu ni bro.. buat guwa sesak nafas je gelak..hahaha





luv,
cik ana
Aida Azryn Aida Azryn 17 March, 2012
aida malas nak ingat time sekolah dulu.byk kenangan pahit..
CikTeddyCorner CikTeddyCorner 17 March, 2012
ayoi..comel je joyah ni...haha
iAmCekbolat iAmCekbolat 17 March, 2012
harharhar XD

joyahhh ! kelas kau.. siyes lawak..
Unknown Unknown 17 March, 2012
@محمد شهريل القنيطري

hahahahaha..citer benar, semuanya sadis2 jer..hehehe..
Unknown Unknown 17 March, 2012
@acheeqa farhana

hahahaha..kalau macam tu, boleh lah saya ngorat awak..muahaahaha
Unknown Unknown 17 March, 2012
@anamizu kaito

hamboi..sampai sesak nafas?hahaha..bahaya tu.. botol susu tu akan digunakan bila terasa haus a.k.a dahaga..hahahahaha
Unknown Unknown 17 March, 2012
@Aida Azryn

alahai...chill..namo sedih2..nanti saya belanja awak minum ho ho ho licks k.. :)
Unknown Unknown 17 March, 2012
@O CIKTEDDY

hahahaha..kan??comelkan dia..heh heh
Unknown Unknown 17 March, 2012
@CekbOlat-bOlat

seb baik cik joyah, kalau cik bolat tu.pergh..memang terbaik wok..hahaha
Unknown Unknown 18 March, 2012
sha dulu jd gadis yg nerd giler. hahahah

sha jadi student cemerlang dlm art stream.hiks
Unknown Unknown 18 March, 2012
@Sha

pewwiittt...art stream tu..
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa 05 December, 2012
hahaha..da bole buat novel ni..kalau sha dulu sekolah menengah em..pendiam..ayu kunun..hahah