Petang tu aku melepakkan diri bersama Keh Ken Keat kat kedai mamak. Dah penat seharian bekerja, memang tak boleh miss daripada lepak minum. Keh Ken Keat macam biasa akan memesan air teh 3 layer kegemarannya. Manakala aku? Seperti biasa.
" Mamak! Kopi Jantan Sebenar satu!! Jus Perapat satu!! ",teriak aku penuh ketegasan sambil menggenggam penumbuk.
Memang kebiasaannya aku akan order air-air tu. Pergh. Korang pelik? Jangan nak pelik sangatlah. Daripada muda ni lah kita kena menjaga kejantanan kita biar sentiasa ada power dan mantap setiap masa.
Tengah-tengah kitorang bersembang tu, aku terperasan Keh Ken Keat seperti tergamam. Beliau bagaikan terpaku. Dan beliau bagaikan terpesona. Air liur beliau juga sedikit meleleh dan jatuh tepat ke atas meja dan menyebabkan seekor semut lemas. Aku bukan boleh tengok perkara-perkara macam tu berlaku. Kesian kat semut tu. Dengan sepantas kilat aku memukul bahagian kemaluan Keh Ken Keat dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Nasib baiklah aku hanya pukul sumber peranakan dia tu dengan hanya menggunakan kapak. Kalau aku gunakan tukul? Tak ke mati pucuk dia tu? Tapi dalam bertubi-tubi aku mengapak aset terpenting beliau, aku sedikit pelik kerana aku dapat rasakan ia agak keras.
" Budak cacat muka buruk ni terangsang ke? Apa yang dia tengok tadi tu?",bisik aku dalam hati. " Oi Keh Ken Keat! Apa yang kau tengok tadi tu?!"
Keh Ken Keat memandang aku dengan wajah yang sangat sugul. Mungkin beliau sedih kerana aku terlalu tegas dan garang terhadap dirinya. Perlahan-lahan beliau menuding jari ke arah sesuatu.
" Boni..Aku tengok dia tu. Seksi gila. Dia pakai G-String je.. Aku dah ghairah..",terang Keh Ken Keat perlahan.
Aku pun apa lagi. Pantang kalau bab-bab seksi ni. Nak buat macam mana, kaki minum Kopi Jantan Sebenar dengan Jus Perapat. Memang nafsu agak kuda sedikit. Dengan senyuman yang paling gatal aku paparkan pada wajah , aku terus menoleh tanpa prasangka.
Secara tiba-tiba bagaikan ada reflection, wajah aku tertoleh semula ke arah Keh Ken Keat dengan sendirinya. Hidung aku secara tiba-tiba berdarah. Sawan babi aku hampir menyerang, namun aku nekad untuk bertahan. Perlahan-lahan, aku meninggalkan tempat kejadian. Baru aku sedar selama ini aku berkawan dengan seorang gay. Keh Ken Keat boleh terangsang bila memandang seorang lelaki tua kutuk separuh bogel.
Dalam beberapa langkah meninggalkan kedai mamak tu, aku terus pengsan. Sedar-sedar je dah tiga tahun setengah masa berlalu. Lama betul aku pengsan.
Kalau best tulun-tulun ler share dan sebarkan kan entri ni kat kawan-kawan mahupun sahabat handai dengan menekan button SHARE/LIKE dan TWEET tu yer. Sharing is caring right left up down?