Pisau Pemotong Daging Terpacak Di Mata Semasa Sambut Birthday


Ngeri. Itulah yang termampu aku gambarkan. Kejadian berlaku semasa aku baru turun daripada motor lepas parking kat sebatang pokok yang agak rendang dan berbuah. Aku pandang keliling untuk memastikan jika keadaan di situ selamat atau tidak. Selepas gerak hati mengatakan bahawa keadaan di situ tak berapa selamat, aku mengambil langkah bijak dengan mengikat motor menggunakan tali rafia. Aku tambat kat pokok tersebut. Risau kalau-kalau kena rembat. AL-maklumlah, zaman sekarang ni kes kecurian motor kerap kali berlaku. Selepas yakin dengan ikatan tersebut, aku bergegas menuju ke rumah Kiki, workmate(rakan sekerja) aku. Katanya ada suprise. Entah apa lah suprise tu. Aku ni bukannya retis nak buat suprise-suprise ni. Tapi, demi menjaga kekacakan aku, aku sahut cabaran dia untuk datang ke rumah.

Sesampainya di muka pintu rumah beliau, aku mengetuk pintu. Pintu dikuak. Kelihatan wajah bini beliau terpacul. Tanjat boboi. Ingatkan Saloma. Selepas menjemput aku masuk, aku ternampak kelibat Kiki muncul dari dapur sambil membawa sebuah kek.(Betul ke sebuah?)Wajah beliau tersenyum riang. Pergh!! Sentap mak!! Tak pernah-pernah ada orang sambut birthday aku. Kali ni birthday aku berseri-seri. Kau memang kawan aku bro! Terbaik!! Suprise ni hampir-hampir membuat aku diserang penyakit angin ahwi. Namun, takkan aku nak biarkan kehebatan dan kejantanan aku ni terjejas akibat penyakit tu. Tak gunalah aku amalkan Kopi Jantan Sebenar dan Jus Perapat. Aku gagahkan diri juga berdiri sambil membuat isyarat peace. 

Setelah kek diletak di atas rak kasut, aku dengan tegasnya membuat pengumuman sambil mengetuk-ngetuk cawan kaca menggunakan penggelek tepung.

" Dengan ini aku mengisyhtiharkan yang hari ini aku sangat-sangat tersentuh dengan suprise kau ni Kiki. Walaupun aku ni ganas dan penuh dengan sifat kejantanan, namun ia tak menghalang air mata aku dari berguguran membasahi pipi. Air mata ini tidak akan mengalir kalau hati ini tidak disentap. Thanks bro! Thanks a lot! Thanks jugak sebab sudi menjemput tetamu-tetamu yang lain. Kepada tetamu-tetamu yang lain yang masih belum mengenali diri saya, saya mengambil kesempatan ini memperkenalkan diri. Nama saya Boni. Lebih dikenali rakan-rakan artis sebagai Shahrizul Jasleng. Hari ini genaplah umur saya 27 tahun. Saya lahir di HBKL dan membesar di Selangor. Mula berjinak-jinak dalam dunia glamer sekitar tahun 1998. Pengalaman manis saya adalah semasa terjumpa spender kaler pink di pantai peranginan Port Klang. Jadi, setakat ini saja kali ini. Saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi hadir pada majlis yang gilang gemilang ini! Hadiah-hadiah tu korang boleh letak dulu kat tepi tong sampah tu ye. Nanti selesai majlis ni, saya bawak balik. Ok...Thank U olsh! Thank U olsh so much!!",ujar aku kepada semua hadirin pada hari itu. 

Selepas selesai memberi ucapan, aku serta merta memecut lari mendapatkan kek yang benar-benar mengiurkan aku itu. Pisau pemotong kek aku capai untuk memotong kek tersebut. Tak sabar rasanya nak menjilat-jilat krim yang menyelaputi kek itu. Namun, belum sempat mata pisau kek itu menyentuh permukaan kek yang mengiurkan itu,  secara tiba-tiba aku melihat satu objek melintas di depan mata aku. Berkilau. Dan aku lihat bulu mata aku ada yang berguguran. Aku melihat objek tersebut. Perghh! Pisau pemotong daging!! Nasib baik sipi-sipi kena bulu mata je, kalau terpacak kat mata? Memang hilang separuh sifat kekacakan aku ni. Manusia! Inilah sifat manusia. Dengki. Tak boleh tengok kebahgiaan dan kesenangan orang lain. Tak faham aku kadang-kadang dengan manusia ni. Aku segera menoleh untuk melihat siapa pelakunya. 

" Woi!! Tak boleh tengok aku bahagia?!! Apa yang dengki sangat dengan aku ni??!!",teriak aku penuh takbur. Suasana menjadi tegang dengan beberapa orang kanak-kanak bawah umur mula menangis ketakutan.

" Kau tu yang dah kenapa?!! Kitorang selebret besday anak kitorang! Yang kau tak pasal-pasal nak jadi anak kitorang kenapa?!!",teriak Jaja,bini kepada Kiki. 

Pergh!!! Kali ni memang betul-betul sentap. Aku dah mula rasa macam aku tengah berdiri tanpa seurat benang pun,yakni telanjang. Aku tak tau nak buat-buat apa dah. Buat-buat pengsan aku dah pernah buat. Buat-buat kena serang sawan babi pun aku dah buat. Tiba-tiba otak aku yang tak berapa nak senonoh ni mendapat satu ILHAM. Aku menjerit 'SUPRISE!'. Konon-konon tu kejutan aku untuk dorang semua. Seb baik aku ni terel. Kaver line cemerlang. Terselamat aku hari tu. Hah hah.

Jadi, jom layan gambar-gambar aku sambut busday anak workmate aku.



Sangat-sangat mengiurkan kek ini.


beberapa ketika selepas kejadian yang memalukan tu


terpaksa aku buat muka-muka manja untuk menyorokkan muka malu aku


memang tak argghh untuk pandang kamera lepas kejadian yang mengerikan tu. malu beb. malu!!


besdey gegerl. dah 2 tahun dah beliau. dulu kecik lagi time aku rajin dukung


orang tua gegerl. Kiki dan bininya Jaja


atok dan nenek gegerl


SELAMAT HARIJADI DAMIA !! 


{ 46 comments.. read them below or add one }

SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 06 March, 2012
Selamat Hari Jadi Bro...Demn,,,,,Hahahahaha
Hampir2 Menegena Pisau Pemotong daging...Nasib Sipi2 Jak...Hahahaha
Unknown Unknown 06 March, 2012
@SuparMan SuaRez

hahahahaha..itulah..seb baik sipi2 jer..hakhakhakhak
AnonymousAnonymous 06 March, 2012
kesian boboi...hahahaha buat malu je..tanjat gegerl..
·٠•●♥hidup myra-chan·٠•●♥ ·٠•●♥hidup myra-chan·٠•●♥ 06 March, 2012
hahahaha..bapak best citer BONI..hahahaha...sukeeeeee,,,Ngee~
Unknown Unknown 06 March, 2012
@~diAhOntHeblOg~

hah hah..cian kat kat boboi ni..gegerl bila nak sambutkan busday boboi??hahahaha
حاني رملي حاني رملي 06 March, 2012
suprise!!! *mcm eric leong*
hah xtaw dah nak komen apa..mmg t'baek, t'ganas , t'baek dan t'ganas..kehh3
#rmbut tu yg penting..haha kbai.
Unknown Unknown 06 March, 2012
@Hany Rara

hamboi..macam pernah dengar lak ayat ni..tapi di mana ya??hahaha
NAL NAL 06 March, 2012
best la citer..bro memang superb la..
Unknown Unknown 06 March, 2012
@NAL

hahaha..thanks Nal..
wawa zulkefli wawa zulkefli 06 March, 2012
awww ~~~ perassantan santantantan nyaaa org ituu .hahahahaha !
tuu. sepatutnya jaja bg tin beskut nak letak muka .. hahahha
Unknown Unknown 06 March, 2012
@saya wawa najwa

hahahaha..u r so cruel..hahaha
wawa zulkefli wawa zulkefli 06 March, 2012
jyeahh .skali skle bro .bhahahahha
Unknown Unknown 06 March, 2012
@saya wawa najwa

hahahaha..sekali sekala takpe..jangan amalkan..nanti senang kena kencing masam..hahahaha
wawa zulkefli wawa zulkefli 06 March, 2012
hahahahahaahhahhahahahahahahah . @Boni JLL3 .hamboyyyyy ~~ insyaallah tak .nak exam tahun ni .hahaahah
Unknown Unknown 06 March, 2012
@saya wawa najwa

hahahahahaha..tau pun takut..hahahaha
AzzAMasturA AzzAMasturA 06 March, 2012
haha . kelaka larhh ... dah lame f0llow sebenarnye .. baru try p0st k0men . :p
Unknown Unknown 06 March, 2012
@azza_mastura

hahahaha..ok..i'll hit u back
teha teha 06 March, 2012
agaga.. sengal laa.. btw , rock gile atok n nenek gegerl.. hahaha !
Unknown Unknown 06 March, 2012
@teha

hehehe.ye..mereka sangat sempoi..hehehe
Unknown Unknown 07 March, 2012
hahahha.. aku dah agak dah.. ni mesti ade sesuatu tak kena ni... ko ni main redah je...

ye la.. ye la... bile birthday ko... aku tolong la organizekan satu majlis kesyukuran dari jauh... hahahaha
iAmCekbolat iAmCekbolat 07 March, 2012
spender kaler pink ? owmaigawdd..

kehkehkeh.. adakah bnde ni betul2 trjadi?? gua ase mcm betul je,, hahaha

anyway, HB Damia.. muahh :-*
Unknown Unknown 07 March, 2012
kalo aku cucuk jer mata ko..haha...joking jer..
Geng Borak Geng Borak 07 March, 2012
hahahaaa... ni cerpen baik punya. tanjat boboi.. hehheee
Unknown Unknown 07 March, 2012
@Sam Banjamin

hahahaha..organize dari jauh tu..hakhakhakhak..ni rekod baru ni..hahaha
Unknown Unknown 07 March, 2012
@CekbOlat-bOlat

hahahahaha..apa yang dirasa mungkin itulah jawapannya.hahahahhaha..mungkin tak betul atau mungkin juga betul..anda..mampu mengubahnya
Unknown Unknown 07 March, 2012
@KiD

hahahahaha..gegerl pun tanjat gak.hahhahahahahahahaahahaha
AnonymousAnonymous 07 March, 2012
Bro, pliss jangan buat entri macam ni lagi. Hampir gugur jantung gua dibuatnya. Dah la bulu ketiak gua mula layu sehelai demi sehelai. Walaupun gua dah basahkan dengan air peluh gua, masih tak dapat menegakkan kembali bulu-bulu yang layu itu. Ish3.

Eh, apa gua merepek ni? k lah tu jer, gua nak gi cabut bulu ketiak ni jap. Malu aa ada bulu ketiak cenggini. Babai~
Unknown Unknown 07 March, 2012
@Miziey

hahahahaha..ok la tuh..lain daripada yang lain..hahahahaha
fieda fieda 08 March, 2012
selamat hari lahir..
Unknown Unknown 08 March, 2012
@fieda

hahahaha..busday saya lambat lagi sebenarnya.hahaha
Khai_Sol Khai_Sol 08 March, 2012
Baca tajuk je dah lemah jantung,haha..LOL=p
l.e.e.a.a.n.w.o.n l.e.e.a.a.n.w.o.n 08 March, 2012
First..ala..la..gegerl..auntie pon nk wish hppy besday gak la..n nk bgtu ni... sume entri2 kt cni best n SURPRISE... keep it UP..CHAIYOK
Unknown Unknown 08 March, 2012
@Gadis mutiara_Solehah

hahahahaha..lemah jantung??uiskh..bahaya tu..hahahaha
Admin Admin 12 March, 2012
Bon, cantiknya rambut !
eh silap, cantiknya ggurl tu ! :D
Unknown Unknown 15 March, 2012
@ahsfantasy24

hahahahaha..mana satu tu? rambut ke gegerl??hahaha
AnonymousAnonymous 27 December, 2012
If I miss that chance, she's gone Introduce two friends who don't know each other Use your intuition The effects of the mistakes he makes in his ministry does not reflect back in his life alone but it is suffered at an exponential magnitude in the lives of the people he is ministering to
For instance, Post-It(R) Notes would never have been made possible unless the guy atthe factory didn't mess up mixing the glue recipe In street terms we are speaking of gutless Christians but for the sake of diplomacy let's say they aren't too willing to take a firm standWindows loads slower, programs take longer to launch, and, in general, your computer drags like it just came off a 2-night drinking binge

[url=http://redskinsfootballstore.com/]Robert Griffin III Jersey[/url]
[url=http://www.officialbearsjerseystore.com/]Julius Peppers Jersey[/url]

Marketing can be an enjoyable and creative process that provides a balance to the work you do with your clients Here are five of them that should be challenged, examined, analyzed and if reason prevails, will finally be put out to pasture You can only affect your future by what you do todayAnother common area in which unprofessionalism manifests itself is the area of relationships

[url=http://www.officialtexanspros.com/]JJ Watt Jersey[/url]
QasehnyaRania QasehnyaRania 20 February, 2013
surprise ke tu..terkezut tau ;)

sebiji kek la pak cik.. hihi
AnonymousAnonymous 02 March, 2013
[url=http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#afoxn]viagra online[/url] - generic viagra , http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#dikwr buy viagra
AnonymousAnonymous 02 March, 2013
[url=http://buycialispremiumpharmacy.com/#tjmaq]generic cialis[/url] - buy cheap cialis , http://buycialispremiumpharmacy.com/#ygzin generic cialis
AnonymousAnonymous 28 March, 2013
[url=http://buyonlineaccutaneone.com/#mznpf]buy accutane[/url] - accutane without prescription , http://buyonlineaccutaneone.com/#bbnoa order accutane
AnonymousAnonymous 04 April, 2013
[url=http://buynolvadexonlineone.com/#mplxe]buy tamoxifen[/url] - buy nolvadex online , http://buynolvadexonlineone.com/#twvot buy nolvadex online
AnonymousAnonymous 20 April, 2013
There are divers mango varieties and they are most commonly institute in tropical countries. However, there is one special variety that is found only in Cameroon. They are either called bush or [url=http://africanmangoplus.co]african mango scam[/url]. Other than its mouth watering polish, this type of mangoes are known not simply in the interest of their juicier pulps but also after their special seeds called "dikka nuts". These seeds are so expedient when it comes to yield weight and in treating invariable illnesses. In act, neighbourhood villagers in the domicile quit soprano regard benefit of these seeds because of their potency. They be enduring also bring about their concede in every drag of [url=http://africanmangoplus.co]african mango reviews[/url].
Nana Nana 05 November, 2014
hahaha..hadoii lawak btol la..malu siot :p :p