INI BARU HARIMAU MALAYA!!

keputusan penuh separuh akhir ke dua malaysia vs vietnam piala suzuki aff 2014 11 november 2014

Alhamdulillah. Inilah yang rakyat dan penyokong-penyokong Malaysia mahukan sepanjang Piala Aff 2014 ni berlangsung. Keputusan penuh Malaysia vs Vietnam berkesudahan Malaysia 4 - Vietnam 2. Dan melalui Agregat pulak, Malaysia mengatasi Vietnam dengan mata 5-4. 


harimau malaya mengaum di hanoi vietnam, keputusan penuh separuh akhir ke dua malaysia vs vietnam piala suzuki aff 2014 11 november 2014, piala suzuki aff 2014 malaysia vs vietnam, ulasan penuh malaysia vs vietnam separuh akhir kedua piala suzuki aff 2014
sumber
Sejujurnya, aku sendiri tak percaya dengan kejayaan dan kemenangan besar ni. Siapa yang akan menyangka Malaysia akan bangun melawan berhabis-habisan kat tempat lawan. Main kat tempat lawan, peluang untuk menang hanyalah 30%-40% saja. Ibarat kaki korang tersadung lalu tercampak ke dalam sarang semut api, tapi korang sempat melarikan diri tanpa kena gigit walau sekali pun. Apalagi dengan persembahan layu Harimau Malaya sebelum ni. Macam baca cerita dongeng zaman dulu je yang penuh dengan ketahyulan. 

Kelmarin pun aku ada buat ulasan pasal kelemahan-kelemahan pasukan Malaysia. Boleh baca kat sini. ----> KLIK SINI

Memang tepat sekali ramuan pakcik Dollah Salleh untuk tukar terus 5 pemain. Bagi aku itu adalah ramuan terbaik untuk skuad Harimau Malaya. Sebab malam ni baru nampak yang Malaysia bermain dengan 11 orang pemain. Sebelum ni aku nampak Malaysia bermain 6-7 orang pemain je walaupun kat atas padang ada 11 orang pemain Malaysia. Itu sebenarnya penyumbang utama kepada kekalahan memilukan, menyeksakan dan memalukan. 

Malam ni, semua pemain 'Hidup' dan garang. Kalau tengok pada pergerakan pemain, nampak hidup dan agresif. Kalau sebelum ni nampak kosong merata-rata. Macam lukisan budak tadika je aku tengok. Paling menonjol bagi aku Shukor Adan. Memang kental betul dia, Dah lah muka ganas. Muka je dah buat 3 orang pemain Vietnam lembik lutut. Tu belum lagi dengar suara garau besar lantang beliau memekik. Tersembur keluar jerawat sesiapa yang dengar.  

Dari segi agresif aku boleh katakan semua pemain dah perah sehabis-habisan untuk terus menekan dan menghalang pemain Vietnam dari merencana pergerakan. Disebabkan tahap agresif yang macam harimau kelaparan mengejar cicak tokek yang lincah, pemain Vietnam nampak tertekan untuk buat hantaran-hantaran selesa. Terus tak menjadi hantaran-hantaran dorang tu. Memang banyak hantaran-hantaran cantik dorang yang tersekat.

Cuma, aku harap pemain Malaysia tak hilang konsistensi dan jugak konsentrasi untuk menantang Thailand nanti. Untuk menentang Thailand, Harimau Malaya kena jadi dua kali lagi agresif daripada ni. Thailand bukan calang-calang pasukan. Semua dah tau yang Thailand adalah antara pasukan bola sepak terbaik di rantau Asia Tenggara. Mental memang kena set paling kental dan paling kuat. Baru-baru ni pun Malaysia dah kalah dengan Thailand. 

Dan lagi satu, aku harap bola sepak Malaysia akan terus meningkat, Bukan masih berada di graf yang sama ataupun makin menurun sebab aku sangat pasti walaupun Vietnam kalah, tapi bola sepak dorang akan lagi berkembang pesat lepas ni. FAM terutamanya wajib memastikan yang pasukan Malaysia akan terus meningkat dan meningkat.Lebihkan lagi usaha melahirkan lagi ramai peelapis-pelapis bola sepak yang hebat kat Malaysia ni, Bukan hanya terus menerus menggunapakai pemain otai. Jadikan BAM sebagai iktibar dan pengajaran sebab terus menerus mengharapkan Lee Chong Wei. Tengok apa jadi sekarang? Untuk badminton, kita hampir tak ada langsung pemain pelapis yang mampu bersinar kat peringkat dunia. Takkan nak suruh aku main? Walaupun aku hebat dan terel, tapi tu hanya untuk 5 minit pertama. Lepas daripada tu aku pancit dan hilang arah tujuan. Aku akan blurr dan tak tau apa yang perlu aku buat dalam Court badminton tu. Adakah aku perlu cuci lantai? Ataupun menari Shuffle. Aku hilang fokus. Come on FAM. At Least lepas ni Piala Asia pulak. 

Last but Not Least. Aku juga berharap yang penyokong-penyokong pasukan Malaysia akan jadi penyokong yang dihormati dan bertamadun. Bukan memalukan nama Malaysia di dunia. Biar belajar tak tinggi mana, tapi jangan lenyapkan nilai-nilai kemanusiaan dari diri kita. Biar belajar tak tinggi mana, asalkan hidup kita bertamadun. Malaysia kaya dengan adab dan juga kelembutannya. Jangan rosakkan Expectation orang lain kepada kita. Jangan biarkan orang luar hilang hormat pada kita. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana seketul taik hidung keras tergantung kat hidung, habis rosak dan musnah kekacakan seorang manusia. 

harimau malaya mengaum di hanoi vietnam, keputusan penuh separuh akhir ke dua malaysia vs vietnam piala suzuki aff 2014 11 november 2014, piala suzuki aff 2014 malaysia vs vietnam, ulasan penuh malaysia vs vietnam separuh akhir kedua piala suzuki aff 2014Tahniah Malaysia. Penyokong tegur dan tegur bukan benci, tapi sebab sayangkan pasukan Harimau Malaya. Teruskan rentak kemenangan. Teruskan mengaum, Teruskan mencengkam. Lepas ni Thailand pulak. All The Best Brothers.




3 comments.. read them below or add one

kuchalana kuchalana 11 December, 2014
tahniah buat pasukan Malaysia
cik.einaaa cik.einaaa 12 December, 2014
persoalannya kenapa dollah salleh keluarkan piya masa 2nd half..hurmm
Nadia Johari Nadia Johari 17 December, 2014
tahniah pasukan harimau malaya