TAK GUNA LAGI FOKUS PADA ASIA TENGGARA

Tadi aku tertengok berita kat TV3. Ucapan dari Couch Thailand yang mempunyai rupa paras kacak yang hampir dapat menyaingi aku. Katanya selepas Game Final Piala Aff 2014, dia bertemu dengan Couch Pak Cik Dollah Salleh, Ong Kim Swee dan beberapa lagi nama-nama terkemuka bola sepak.

kehebatan pasukan bola sepak asia tenggara, ke mana hala tuju pasukan bola sepak malaysia, ke mana hala tuju pasukan boleh sepak asia tenggara,
sumber
Katanya dorang berbincang pasal fokus bola sepak di rantau Asia Tenggara. Katanya dia jugak mahukan Team kat rantau Asia Tenggara mula fokus pada kejohanan yang lebih besar daripada Piala Aff. Entah macam mana tiba-tiba aku ter Imagine wajah Nora Danish tengah main teng teng. Tak masuk tajuk langsung. Aku kembali bertenang dan fokus pada ucapan dari Couch Thailand tu.

Jujur aku cakap, aku amat setuju dengan apa yang dikatakan oleh Couch Thailand tu. Aku dah berkali-kali sebut dalam entri sebelum ni. Kita sepatutnya dah mula fokus pada kejohanan yang lebih hebat daripada Piala Aff. Kita sepatutnya dah mula menyengat di peringkat Asia. Ini adalah sebab kita dah terperuk lama sangat kat takuk Asia Tenggara. Lepas tu tersekat pulak tu tak kemana-mana. Sepatutnya kita dah mula menakluki Asia, bukan hanya Asia Tenggara. Ibaratnya macam korang dah betul-betul Advance matematik tambahan, tapi korang turun balik kepada matematik tingkatan 1. Susah nak berkembang kan bakat korang?

Takkan lah kita nak pusing-pusing kat tempat yang sama. Takkan lah kita nak berentap hebat dengan pasukan yang sama, tapi bila peringkat yang lebih tinggi, kita tak mampu langsung bersaing hatta mengigit rambut pemain pasukan kelas atasan.

kehebatan pasukan bola sepak asia tenggara, ke mana hala tuju pasukan bola sepak malaysia, ke mana hala tuju pasukan boleh sepak asia tenggara,
Pusing-pusing kat sini je kita. Kalau tak tahun ni Thailand terel, tahun depan Vietnam pulak. Tahun seterusnya Indonesia pulak. Tapi pusing-pusing tang tu jugak, Tak berganjak pun ke peringkat Asia mahupun Eropah. Dah lama sangat dah. 
Kebangkitan beberapa negara Asia Tenggara dalam bola sepak tak boleh disangkal lagi. Ini termasuklah pasukan daripada Malaysia sendiri. Tapi yang jadi masalahnya, kebangkitan tu masih lagi belum mampu untuk merobek kekentalan dan kualiti peringkat Asia. Kita masih lagi terkial-kial. Ibarat umur dah 21 tahun tapi baru terkial-kial nak pergi bersunat. Kalau dah liat macam daging lembu Australia, elok biar je macam tu. Hahaha. 

Jadi, aku harap ada mekanisma dan Idea Genius yang bakal tercetus antara Couch-Couch seluruh Asia Tenggara dan membawa negara-negara di rantau ini melangkah lebih luas dan lebih jantan lagi. Biarlah gelaran Harimau Malaya, Gajah Perang, Sang Garuda dan yang lain-lain GAH di persada Asia dan juga mungkin dunia. Bukan lagi hanya gah di persada Asia Tenggara sesama kita je. Asia Tenggara mampu lahirkan pemain-pemain berkualiti yang mampu bersaing hebat jika dididik dengan PROGRAM YANG BETUL. 

kehebatan pasukan bola sepak asia tenggara, ke mana hala tuju pasukan bola sepak malaysia, ke mana hala tuju pasukan boleh sepak asia tenggaraTerselit rasa bangga bila Couch Thailand memuji barisan pemain Malaysia yang menentang mereka pada malam tu. Bagi aku, barisan Malaysia pada malam tu memang wajar dipuji kerana permainan yang menarik dan berkualiti yang ditonjolkan. Cuma kita kalah dari segi stamina saja. 


2 comments.. read them below or add one

Zyra Roxx Zyra Roxx 23 December, 2014
*baca sambil korek idung jelah -_-