Tahun 2014 dah pun melabuhkan tirainya dan sekarang sudah pun bermulanya tahun baru buat kita semua. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik sekejap je berlalu tahun 2014. Pejam celik pejam celik dah semakin meningkat usia kita. Pejam celik pejam celik dan makin berotot badan aku. Heh heh. Tahun 2014 macam-macam kenangan tercipta dalam hidup kita dan juga kisah yang tercipta di dalam negara. Macam-macam jugak kejadian yang tak disangka berlaku dalam negara kita antaranya kisah MH370, MH17, QZ8501, puting beliung dan juga banjir besar yang melanda hampir serata negara. Paling yang aku agak terkilan bila wujudnya orang-orang yang memegang watak sebagai konspirator yang kononnya membongkar pelbagai rahsia-rahsia konspirasi. Kononnya menyiasat secara terperinci. Aku sikit pun tak kisah kalau info-info yang disalurkan tu benar dan tepat tapi masalahnya banyaknya adalah rekaan minda sendiri. Aku tak tau apa masalah sebenarnya. Cerita tu banyaknya rekaan mainan minda sendiri. Mungkin mabuk ketum agaknya. Sudah-sudahlah mempermainkan rakyat Malaysia dan paling penting, sudah-sudahlah menambah kesedihan keluarga-keluarga mangsa. Untuk kes banjir pulak, aku memberi berjuta tabik hormat kepada seluruh rakyat Malaysia yang berganding bahu membantu mangsa-mangsa banjir. Tak putus-putus memberi doa dan sumbangan untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir. Yang paling buat aku kagum seluruh jiwa raga aku adalah Sultan berjiwa rakyat yang sanggup turun padang dan menyamar jadi orang biasa untuk membantu rakyatnya sendiri. Sanggup meredah lecak-lecak dan tak hiraukan langsung apa pun kotoran yang akan melandanya. Itulah Sultan Kelantan. Satu-satunya Sultan yang tak pernah langsung menjadikan harta benda dan darjat sebagai pegangan hidupnya. Beliau turun tanpa ada langsung protokol-protokol rasmi sebagaimana ketua-ketua negeri mahupun ketua negara yang lain. Tak ada wartawan, tak ada kamera dan tak ada langsung pemandu.
Satu-satunya ketua negeri yang sangat Low Profile dan menyayangi rakyatnya. Tak pernah menganggap darjat sebagai satu halangan untuk bersusah senang dengan rakyat. Ini yang patut dicontohi oleh ketua-ketua negeri mahupun ketua negara yang lain. Termasuklah segelintir pak menteri pak menteri kita. Tak kiralah dari parti mana sekalipun. Umno ke, Pas ke, PKR ke, DAP ke, MCA ke, MIC ke. Jangan asyik nak bermewah-mewah je dengan duit rakyat. Tapi bila rakyat tengah hadapi kesusahan, batang hidung pun tak nampak. Sibuk jaga duit poket sendiri. Tapi sembang pung pang pung pang. Jadikan lah Sultan Kelantan sebagai ikutan dan tak keterlaluan aku cakap jadikan beliau sebagai idola. Sultan Kelantan memang berhak dan layak mendapat berjuta-juta hormat daripada rakyat Malaysia. He Deserve It. Aku bukan orang Kelantan tapi aku memang Salute dan Respect pada Dia. Aku juga nakkan ketua dan juga pemimpin seperti Dia. Sanggup bersusah senang bersama-sama rakyat.
Jadi, sama-sama lah kita doakan agar tahun 2015 ini menjadi lebih baik daripada kita semua. Baik dari segala segi. Sama-sama kita doakan agar kita dijauhkan daripada perkara-perkara yang tak baik. Dan juga sama-sama kita berusaha menjadi yang lebih baik daripada sebelum ni. Selamat tahun baru aku ucapkan pada semua rakyat Malaysia.
Aku sendiri pun banyak melakukan kesilapan demi kesilapan dalam tahun 2014. Semoga lembaran baru ni aku dapat FIX segala kesalahan dan juga kesilapan aku itu. Doakan aku.