Model Motor Yang Jadi Sasaran Utama Pencuri Motor

Semalam aku tertengok satu video sebijik motor kena rembat. Motor tu pasang banyak kunci pun senang-senang je kena rembat. Betapa senangnya motor kena curi sekarang ni. Yang pencuri ni pun, nak curi-curi lah signal je ke, atau pun curi penutup tiub tayar tu ke. Ni curi motor, menyusahkan Owner motor je. Dah lah motor tu nak buat cari rezeki.

Ok. Disebabkan aku pernah main motor dulu, aku senaraikan beberapa jenis motor kapcai yang akan wajib jadi sasaran pencuri agar boleh jadi panduan untuk korang yang nak beli motor. Yang ni aku senaraikan motor yang paling laris sekali dalam arena pencurian motor ni. Dari dulu sampai sekarang.

Antara senarai model-model motor yang pencuri motor suka

1. Yamaha 135 LC
- Model Yamaha 135 LC ni antara yang paling disukai. Tapi model yang baru tak berapa panas sangat kalau nak dibandingkan dengan model First Model. Mungkin sebab Part-Part dalam model lama Yamaha 135 LC 100% dibuat kat Jepun. Jadi ianya lasak dan tahan lama. Itu yang banyak permintaan tu. Sampai sekarang, 135 LC model lama masih lagi menjadi sasaran pencuri. Jadi, sesiapa yang memiliki model ni, sila jaga motor anda baik-baik. Jika tak. korang akan mula pergi kerja naik bas sekolah.

senarai model-model motor yang panas dan sentiasa menjadi sasaran pencuri, kes curi motor, pencuri motor suka motor jenis apa,

2. Yamaha 125ZR
- Ni salah satu model Yamaha yang memang panas. Ramai yang beli motor ni, jadi permintaan untuk Part-Part dalam 125zr ni sentiasa dicari. Lagi-lagi model ni merupakan antara kategori kapcai yang sangat laju. Kulit muka boleh koyak kalau pakai helmet tak ada Visor. Setakat meter nak lentok 170km/j tu senang sangat.

senarai model-model motor yang panas dan sentiasa menjadi sasaran pencuri, kes curi motor, pencuri motor suka motor jenis apa,

3. Yamaha Rxz
- Kalau zaman aku main motor dulu, model ni memang paling panas. Masa tu tahun 90an. Tahun 1998 sampailah 2003. Sekarang ni dah kurang dah. Tapi, sejak diumumkan harga model baru Yamaha Rxz Catalyzer berharga rm18,000 sebijik, aku rasa sememangnya ia dah pun jadi sasaran pencuri. Harga dekat rm20,000. Masyuk oo kalau curi.

senarai model-model motor yang panas dan sentiasa menjadi sasaran pencuri, kes curi motor, pencuri motor suka motor jenis apa,
4. Honda ex5
- Honda Ex5 dari dulu sampai sekarang masih dalam kategori yang laris. Bukan Ex5 Dream tau, tapi model Ex5 yang lama. Masakan tak jadi antara produk yang laris dengan kes curi, tengok je lah betapa lasak dan kuatnya enjin ex5 ni. Masih banyak lagi atas jalan raya sampai sekarang ni. Tu model yang paling lasak dalam dunia.

Motor Member aku pernah kena rembat. Ex5 First Model. Tapi dia antara manusia yang paling bertuah dalam dunia sebab motor dia jumpa balik. Motor ni, kalau dah kena rembat, jangan haraplah jumpa balik. Lepas kena rembat, kompem pencuri tu terus baraikan. Sama konsep macam kahwin. Lepas je bernikah, malam tu terus kompem korang bersenggama dengan bini korang.
senarai model-model motor yang panas dan sentiasa menjadi sasaran pencuri, kes curi motor, pencuri motor suka motor jenis apa,
Senarai yang aku bagi ni antara yang paling panas dan sememangnya jadi sasaran utama pencuri. Model-model lain mungkin korang yang lain boleh tambah kat ruangan komen.

Jadi, nasihat aku, kalau korang nak pakai salah satu daripada model-model yang kat atas ni, korang kena pastikan Security untuk motor korang TipTop. Kalau boleh Hire Guard untuk jaga motor korang. Aku serius ni. Bukan memain. Lagi-lagi kalau korang tinggal kat Flat ataupun PPR. Berapa ramai motor Member aku kena rembat. Ada satu kes, baru je beli 135LC yang First Model. Baru balik daripada bengkel ambik motor, naik rumah dalam masa lima minit je, turun-turun motor dah hilang kena rembat. Menangis tak berlagu. Buat Report, Claim insuran pun bukan dia Cover harga motor tu. Berapa Percent je korang dapat. Kalau nak dapat 100% claim dengan nilai motor korang tu, kena lah naik turun Court 3-4 tahun. Last-Last Claim insuran hanya mampu buat deposit motor lain je. Tapi bulan-bulan tetap kena bayar jugak motor yang kena rembat tu.

Jadi, kalau korang tinggal kat flat dan ppr, sila pastikan Security terhadap motor korang terbaik dalam dunia. Itu je pesanan aku. Tapi pada korang yang tinggal kat taman dan jugak rumah teres, jangan terlalu selesa. Motor-motor ni tetap sasaran utama. Pencuri motor tak perlukan masa yang banyak pun. Kalau korang leka 5 minit pun dah cukup untuk motor korang kena rembat.

Beli motor-motor kat atas ni, mungkin nampak gah pada jenama dia, tapi risiko dia amat tinggi. Kalau korang nak cari motor untuk perjalanan yang tak jauh dan semata-mata nak pergi tempat kerja, eloklah korang intai jenama dari Modenas dan jugak Demak. Yang ni memang pencuri tak berapa berkenan. Pencuri motor ni pun Double Standard kalau korang nak tau.

senarai model-model motor yang panas dan sentiasa menjadi sasaran pencuri, kes curi motor, pencuri motor suka motor jenis apa, Nasihat aku, tolonglah jangan curi motor orang. Korang kena fikir, itulah kenderaan untuk Owner dia cari rezeki. Itulah satu-satunya kenderaan yang dia ada. Dia tak mampu nak beli kereta, tapi korang curi pulak motor dia. Fikir sikit.. Dia ada isteri dan anak-anak nak bagi makan.. Kesianlah kat dia.. 

{ 8 comments.. read them below or add one }

I N A  A I N A A I N A A I N A A 06 August, 2015
Hurmm kena jaga betul2.. kadang2 dorang bukan nak motor tu, tapi nak alat2 kat moto tu untuk dijual.. macam2 lah dunia ni sekarang.. takut
ma ❥ ma ❥ 06 August, 2015
apa yang sama konsep kahwin pulak tuh hahaha..

pernah sekali moto despetch letak depan store padahal depan kita jer moto tu paling kejap je angkat brg pusing depan terus hilang moto . tak sampai bape minit. mudah sgt ke nk curinya?
Roslan Roslan 10 October, 2016
Betul tu. mOdel -model di atas memang panas. seeleoknya beli jenama Suzuki je. Design mungkin x lawa tapi sekurang kurangnya pencuri tak bernafsu. hehe Enjin pun tahan lasak .
ierfan ierfan 10 February, 2017
Entah la xfhm dgn manusia ni..org brsusah pyh,membanting tulang nk dpt kn moto sbjik..dia senang2 je curik..egt la stiap perbuatan mesti ada pmblasan..bertaubat la wahai kaki rembat.
Unknown Unknown 13 March, 2017
Letak ja gps...hahaha...klau kena rembat trus detect location n report polis...agak² klau kena rempat korang nak nangis dlu atau report polis?
Fikir² kan lah...all the best semua....doakan supaya moto kita smua xkena rempat sudah la....asalam
Unknown Unknown 13 March, 2017
Letak ja gps...hahaha...klau kena rembat trus detect location n report polis...agak² klau kena rempat korang nak nangis dlu atau report polis?
Fikir² kan lah...all the best semua....doakan supaya moto kita smua xkena rempat sudah la....asalam
drsikana drsikana 18 July, 2017
huhuhuhu gud sharing
Iluminasi Iluminasi 17 August, 2017
Terima kasih atas perkongsian ini.. terbaik