Kredit gambar - oomedianetworks |
Kebanyakan kita, semua nak penuhi adat. Nak kena ada bertunang, nak kena ada nikah, nak kena ada sanding dan nak kena ada kenduri bagai. Pernah tak korang terfikir, berapa ramai kawan-kawan korang, saudara mara korang dan adik beradik korang yang sampai terpaksa berhutang sana sini termasuklah bank semata-mata nak berkahwin. Pinjam sana sini sebabkan nak dapatkan duit hantaran, duit kenduri dan sebagainya? Tau tak apa akibatnya? Akibatnya, lepas je habis majlis persandingan, pasangan pengantin dah mula pening sebab nak bayar balik semua hutang-hutang tu? Udahlah hutang yang ada dah berbakul-bakul, ni tambah lagi hutang sebaldi lagi. Kahwin sepatutnya mudah kan? Kenapa jadi susah?
Aku hormat pada pasangan dari Kelantan-Terengganu dan pasangan-pasangan yang hanya melakukan yang wajib iaitu bernikah. Sebabnya dorang memudahkan urusan perkahwinan? Paling penting, makin cepat dorang kahwin, makin terhindar dorang semua daripada maksiat dan zina? Betulkan aku kalau aku salah.
Abaikan kalau ada orang cakap serupa kahwin koboi sebab tak pakai baju melayu. Tak ada pun tertulis dalam Al-Quran suruh pakai baju melayu. Yang penting yang wajib dah pun dorang laksanakan. Baju tak melambangkan apa-apa. Lagi hina manusia yang bertopengkan binatang buang anak luar nikah merata-rata tu.
InshaaAllah aku pun akan cuba laksanakan yang wajib je tahun depan walaupun aku seorang pemasang pelamin yang agak tersohor dan kacak. Wish Me Luck.