Serang Rumah Pakcik Tu

Solat Jumaat. Sepatutnya semua kena diam dan dengan khutbah yang disampaikan. Tapi dekat sini, budak-budak bising betul. Aku baru je nak bangun, mengamuk dan bertukar jadi warna hijau, tapi tiba-tiba aku terimbas masa aku belasan tahun dulu. Lebih kurang dorang je aku, tapi aku rasa lagi nakal lagi bising. Tak jadi aku nak pergi buat serangan nekad berani mati tu.

Dulu aku ni antara kategori budak masjid dan budak nasyid. Pakai serban dengan jubah. Tapi status  dan pemakaian tu tak seiring pulak dengan perwatakan aku dan kawan-kawan yang lain. Hahaha. Masa orang sembahyang, kitorang main kejar-kejar. Mungkin kitorang ni kategori budak nakal masjid. 

Pernah jadi satu kes, sorang pakcik ni Sound kitorang sebab bising. Terus berderau darah kitorang. Panas sampai naik ke kepala. Darah muda. Biasalah. Jiwa Gangster tak berapa nak Gangster tetap tersemat rapi di dalam jiwa. Tapi kitorang tak balas On The Spot. Pakcik tu lagi beso daripada kitorang. Dibuatnya dia bukak langkah silat, maunya terpeleot tulang-tulang kitorang. 

Malam ni, kitorang buat plan. Kitorang plan nak pergi serang rumah pakcik tu. Pukul 1 pagi. Pukul 12 malam kitorang berkumpul dekat taman. Masa tu zaman main basikal. Jadi ada lah dekat 15 bijik basikal berkumpul kat taman tu kalau tak silap aku. Orang cakap mat rempit Junior. Hahaha. Sebelum serangan bermula, kitorang dah Check dulu senjata kitorang samada Perfect dan mencukupi atau tak. Memang nahas pakcik tu. Dendam tetap kena balas. 

Dah macam militan I.S pulak aku rasa masa tu. Dah rupa pengganas pun ada. 

Tepat pukul satu pagi, kitorang terus pecut ke rumah pakcik tu. 

Kelepek! Kelepek! Kelepek! Kelepek!

Bertalu-talu bunyi bom dilepaskan ke rumah pakcik tu. Bukanlah bom betul. Gilo. Zaman hingusan belasan tahun mana nak reti buat bom. Masa tu kitorang baling telur je kat rumah pakcik tu. Aku rasa sampai hanyir rumah pakcik tu kena serang. Hahaha. 

Esoknya kecoh kat masjid. Kes rumah pakcik tu kena serang. Kitorang pulak masa tu buat-buat tak tau, buat-buat muka tak bersalah dan buat muka paling comel. Yelah. Bila orang dah nampak muka kitorang comel, tak mungkin dorang nak suspek kitorang kan. Nampak benar sucinya muka kitorang masa tu.  Tapi aku rasa pakcik tu tau siapa buat sebab cara dia pandang kitorang lain macam. Mungkin sebab tahap kesabaran dia tinggi. Jadi dia bersabar je. 

Tapi tu dulu. Zaman-zaman nakal dulu. Sekarang ni aku dah rasa berdosa sangat kat pakcik tu. Rasa bersalah sangat. Apa lagi dia ada anak dara dua orang yang comel. Ish. Menyesal tak sudah aku. Kalau aku tak nakal dulu, mungkin dah jadi menantu pilihan dia sekarang ni. Hahaha. Tak apalah. Nanti bila aku dah ada keberanian, aku nak bersemuka dengan dia. Aku nak mintak maaf dengan jenayah yang kitorang buat dulu.

Jadi, kepada budak-budak yang pergi masjid, nasihat aku.. Masjid tempat orang nak sembahyang. Bukan tempat nak menjerit pekik main lari-lari. Mak bapak kena nasihat anak-anak. Tegas sikit pasal ni. Orang masjid mungkin takut nak Sound sebab takut kena serangan balas. Haha. Tapi jangan kena dengan orang yang Gangster. Silap-silap kena penampo sebab bising kat masjid. 



buat bising kat masjid, rumah kena serang, Masjid bukan tempat untuk main-main. Jangan kacau orang lain nak beramal. Nasihat ni tepat untuk budak-budak yang suka buat bising kat masjid termasuk aku. Hahaha. 

6 comments.. read them below or add one

Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 14 August, 2015
kelepek kelepek hahahah
NuSaNa NoSa 91 NuSaNa NoSa 91 14 August, 2015
ahahahahaaa~ dasyat sehh jenayah terancang tu..

agaknya kalau tegur bebudak sekarang, apakah yang akan dibaling..? jeng3~ ^_^
Yuliana Wahit Yuliana Wahit 15 August, 2015
hahhahaaaa.. gangster no... siap bunyik kelepek lagi..
fairus fairus 17 August, 2015
Teringat kisah lalu jugak.. Habis rumah seorang pakcik tu kitorang fire dengan tunder clap pasal tiap-tiap kali raya bagi 50 sen je.. Arwah dah dia.. :'(
yaya cendana yaya cendana 21 August, 2015
assalamualaikum...yaya dah follow sini...saja...buat blogwalking..hehe....harap sudi follow yaya... www.yayacendana.com :) tq