Dua-dua kedai tu jual nasik lemak dngan kuih. Senang macam ni lah. Aku letak nama. Kedai makcik Zaleha Gebu (bukan nama sebenar) dan kedai Faiz Kriket (jugak bukan nama sebenar). Aku tak tau pun apa nama dorang, tu aku agak je tu.
Ok, kedai Makcik Zaleha ni tak berapa ramai klien, manakala kedai Faiz Kriket ni selalunya memang ramai. Jadi, aku nak tau jugak kenapa macam tu. Jadi, satu hari ni aku beli nasik lemak kat dua-dua kedai tu. Aku memang nak tau sangat apa punca kedai makcik Zaleha Gebu tu tak berapa laku. Harga nasik lemak kat dua kedai tu sama je. Sebungkus rm1.20
Gambar sekadar hiasan. Sumber |
Balik je, aku terus bukak dua-dua bungkus nasik lemak tu. Ni kalau mak aku nampak, mesti dia akan bagi sedas penampo ni sebab nampak anak sulung dia ni tamak betul. Harap rupa paras je penuh dengan kemanisan, tapi nafsu makan serupa syaitan.
Gambar sekadar hiasan. Sumber |
Pang! Tersedar aku daripada khayalan tu.
Lepas tu aku terus suap nasik lemak makcik Zaleha Gebu. Bila nasik dan sambal menyentuh je lidah yang digosok dengan Colgate ni, secara tiba-tiba aku tak nampak apa-apa. Gelap terus dunia aku. Tiba-tiba aku rasa muka aku macam kena hentak dengan helmet yang diperbat daripada kulit durian. Cepat-cepat aku sedarkan diri dari khayalan yang macam jilake tu.
Owh. Aku dah dapat dah jawapan dia. Patutlah kedai makcik Zaleha Gebu tak berapa laku. Rasa dia tak rasa nasik lemak. Tapi rasa nasik putih biasa. Sambal pun langsung tak sedap. Tu bukan nasik lemak, tapi sepatutnya dia kena tulis nasik biasa lauk sambal bawang. Berbeza betul dengan nasik lemak Faiz Kriket.
Gambar sekadar hiasan. Sumber |
Apa yang aku cuba sampaikan kat sini, kalau kita berniaga tu buat betul-betul. Biar ada keikhlasan kalau berniaga tu. Kalau tak ada bakat ataupun tak reti buat nasik lemak, jangan jual nasik lemak, jual Vapor. Kalau hanya nak fikir untung je, jangan jual nasik lemak, tapi jual rumah jual tanah.
Banyak kali dah aku rasa menyesal beli nasik lemak sebab aku rasa kena tipu. Kata nasik lemak, tapi rasa nasik dia betul-betul rasa nasik putih biasa. Sambal pun tak sedap langsung. Macam mana berniaga tu?
Korang rasa, ada ke orang akan datang lagi dan jadi Customer tetap korang? Aku rasa sekali tu je orang akan beli. Korang dah rugi Repeat Sale dah kat situ. Lain kisahnya kalau nasik lemak korang tu betul-betul memuaskan hati. Kompem Repeat Sale tu sentiasa ada. Dan makin ramai yang akan bergelar Customer tetap korang.
Gambar sekadar hiasan. Sumber |
Patutlah kedai nasik lemak Faiz Kriket laku keras. Kadang-kadang bila aku nak beli, nasik lemak dia dah habis. Bila sedap, pasti orang suka kan? Dan pastinya akan ramai pelanggan kan? #KIPIDAP Faiz Kriket. Kekalkan rasa dan kualiti tu ye.