Himpunan Sejuta Baju Merah Mengarut

Aku baru terbaca pasal satu lagi perhimpunan nak dibuat. Perhimpunan Sejuta Baju Merah. Semata-mata untuk Fight Back perhimpunan BERSIH 4. Apa motif pun aku tak tau. Adakah motif untuk tunjuk yang perhimpunan ni lagi ramai daripada perhimpunan BERSIH?

Ate dah macam budak-budak. Dah macam budak-budak yang nak tunjuk geng dia lagi ramai daripada geng belah sini. Lepas tu jalan beramai-ramai kepak dada, pakai rantai dengan gelang beso gedabak. Nak bagi orang takut. Puihh. Tak matang langsung.

Bagi aku, benda tu mengarut lah. Untuk apa? Nak tunjuk yang ramai sokong kerajaan ke apa? Tolonglah bukak mata sikit wahai kerajaan. Rakyat dah muak dah dengan korang. Dengan apa yang korang sumbangkan pada rakyat.

Rakyat berhimpun masa BERSIH hari tu bukan nak tunjuk yang dorang ramai dan hebat. Tapi dorang nak tunjukkan yang ramai nak Perdana Menteri turun. Kalau nak tau, yang turun tu pun ada jugak yang bukan pembangkang. Tapi semuanya bersatu untuk suruh Najib turun. Bukan sebab sokong pembangkang untuk naik memerintah.

Itu motif dan modus operandi dorang. Takkan tak nampak lagi? Adeh. Nak cakap bahasa apa lagi pun tak tau lah. Kang kalau aku membebel dalam bahasa Zimbabwe Tenggara, korang lagi tak faham.

Aku dah makin muak dah dengan kerajaan pimpinan Najib sekarang ni. Tak faham-faham bahasa. Tak faham apa yang rakyat nak. Kitorang tak hadap sangat lah BRIM tu. Kitorang tak hadap langsung apa yang korang nak bagi. Tapi apa yang kitorang nak, kerajaan dibersihkan dari benda-benda korupsi ni. Kitorang sayangkan Malaysia ni.

Ramai yang kutuk BERSIH, tapi sedar tak korang.. dorang tak dibayar sesen pun untuk tunjuk protes kat kerajaan yang merompak rakyat, merompak duit korang. Mungkin korang hidup dah senang. Gaji berpuluh ribu sebulan. Tapi pikir lah yang gaji setakat seribu je sebulan. Bayar tu bayar ni pun tak cukup lagi kena rompak dengan macam-macam cukai yang ada. Duit tu kalau guna untuk bangunkan negara takpe jugak, ni tau-tau gaji dengan elaun pak menteri naik dan naik. Rakyat kat bawah makin tersepit. Rakyat kat bawah punyalah catu makan,  orang-orang kat atas sedap makan mewah. Tu pun Claim. Puih. Geram betul aku. Rasa nak Clamping je perut sekor-sekor.

Korang mungkin tak pernah tersepit. Tapi yang dah tersepit ni tau berapa azab dan sengsaranya kena sepit. Susah woo nak bernafas. Tak percaya, cuba korang baring lepas tu suruh seluruh keluarga korang pijak korang beramai-ramai. Buat dalam sejam.

Bagi aku, himpunan sejuta baju merah ni sangat mengarut. Semata-mata nak lawan perhimpunan BERSIH. Apa yang korang perjuangkan? Apa yang korang pertahankan?

Jujur aku tak sokong pembangkang yang dikepalai DAP (siyes aku hilang Respect bila korang pijak gambar Tok Guru Hadi Awang), tapi tak bermakna aku sokong pucuk pimpinan Najib sekarang ni. Aku cuma nakkan kerajaan yang telus, bersih dan jaga kebajikan rakyat. Yang mampu menaiktaraf ekonomi Malaysia ni.

perhimpunan sejuta baju merah untuk melawan perhimpunan BERSIH 4 oktober 2015 ini, Tolonglah jangan jadi macam budak-budak wahai Najib. Rakyat kat bawah ni makin tersepit tapi korang makin tunjuk Pailang dengan rakyat pulak.



3 comments.. read them below or add one

Alin Marlini Alin Marlini 04 September, 2015
dah lah BRIM x dapat...tak suka..tak suka...huhuhu
fairus fairus 04 September, 2015
KALAU ADA PENYOKONG BAJU HITAM, SAYA NAK TURUN..