Dikoyak Waktu - Ronnie Hussein (Cover By Boni Kacak ft Sham Syuzukhi)

Dah dua hari aku sakit kepala ni. Ditambah pulak dengan jerebu yang tebal buat aku tak nampak mana perginya Keyboard. Tu lah penyebab blog aku ni tak Berupdate. Jadi, hari ni aku nak Update satu lagu yang aku Cover. Lagu terbaru daripada Ronnie Hussein yang bertajuk Dikoyak Waktu.

Sila dengar dengan menggunakan Earphone agar air mata korang ekpeceli awek-awek yang mendengarnya akan menangis teresak-esak akibat terlalu sedih. 


Lagu ni First Time aku dengar pun dah buat aku sebak. Apa lagi bila aku terkenangkan kisah-kisah aku yang sukakan seseorang, tapi hanya mampu pendam dalam hati atas beberapa sebab. Almaklumlah, citarasa tinggi. Jadi, bila aku syok tu, aku syok kat awek-awek yang muka macam awek-awek Korea. Mana maunya dorang nak pandang aku kan. Hahaha. 

Apa-apa pun, lagu ni memang Best. Lirik dia pun mampu buat lelaki-lelaki separa jantan menangis guling-guling. Aku harap korang terhibur. Kalau ada kekurangan sana sini, maafkan beta. 

muzik video lirik lagu dikoyak waktu ronnie hussein, lagu ronnie hussein dikoyak waktu, Lagu ni lagu cinta yang dipendam kedua aku suka lepas lagu Ungu, Cinta Dalam Hati.

1 comment... add one now