Aku jugak seorang penghisap Vape cuma buat masa sekarang ni tengah cuti panjang sebab senjata aku tu rosak. Hahaha. Tunggu nak Repair. Walaupun aku seorang penghisap Vape, tapi aku amat menitikberatkan keselesaan orang lain. Aku tak hisap kat tempat-tempat yang ramai orang macam restoran sebab aku tau wapnya tu kadang-kadang buat orang rasa tak selesa walaupun hakikatnya baunya wangi. Aku tak tergamak tengok awek-awek comel usyar aku tak puas hati. Remuk rasa hati aku.
Ni Vapor aku. Otaimer mari. Tak ada Mod canggih macam sekarang ni. Cumanya, sekarang ni aku tengah cuti panjang. Mod aku rosak. Ada sesapa mau Sponsor aku satu set Vapor tak? Hahaha. |
Budak baru nak UP ni tak berapa reti nak hormat orang lain. Bila kena jerkah dengan otai-otai Gangster baru tau reti nak hormat orang. Lagi-lagi bila tengah ramai. Hisap Vape secara berjemaah. Time hisap Vape reti pulak nak berjemaah, tapi masa solat susah pulak nak nampak berjemaah. Adeh. Apahal aku sendiri yang terasa ni.
Aku tak galakkan penghisap-penghisap Vape ni lepak kat mana-mana restoran dan hisap beramai-ramai. Asap yang terhasil daripada Vape ni tebal dan banyak. Nak tak nak, kita kena akui yang ia memang mengganggu orang ramai walaupun ianya sekadar wap air dan berbau wangi. Tak apa. Kita rendahkan dan buang ego kita. Kita mengalah. Tak apa. Kita pergi hisap kat tempat yang tak ada orang. Ataupun, kalau kita nak lepak hisap beramai-ramai sekalipun, kita cari Port yang memang tak ada orang lain. Imej kita dah banyak tercalar, kita betulkan balik keadaan.
Satu lagi yang buat ramai tak puas hati bila budak-budak sekolah pun dah mula ikut serta hisap Vape ni. Hurmm. Memang dia bukan rokok. Tapi ia tetap biadap kalau korang hisap di khalayak ramai. Lagi-lagi depan orang yang lebih berumur dan Otai. Korang nak hisap, hisap je lah sorok-sorok. Nak larang pun dah tak boleh dah. Aku tau lah. Aku Form 3 pun dah hisap rokok. Makin dilarang, makin dibuatnya.
Tapi bezanya, aku dulu hisap sorok-sorok. Aku tak hisap depan-depan orang yang lebih tua sebab itu kurang ajar. Sama jugak lah dengan Vape ni. Korang nak hisap, lantak kat korang. Tapi hisap lah sorok-sorok. Jangan kurang ajar sangat. Korang tak pernah makan penampo lagi sebab kurang ajar. Jangan sampai bibir korang herot sebelah kena penampo. Kitorang semua ni dah lama bersabar dengan budak-budak sekolah bajet Abang Long kawasan ni. Jangan sampai sabar kitorang hilang. Jangan sampai Raden Amzar tengking Dewi Yusra. Eh.. ni dah lain tajuk dah ni.
Satu lagi berkenaan awek-awek bertudung yang hisap Vape ni. Sebenarnya korang nakkan perhatian dan nampak Cool kan? Tu sebenarnya kan? Sebenarnya.. ia tak nampak Cool pun. Ia nampak menjengkelkan. Korang tau tak, Dewi Yusra yang Hot rambut perang Made In London tu pun tak hisap Vape tau. Ni yang sopan berpakaian muslimah pulak yang lebih-lebih Ranggi hisap Vape sembur asap pastu Snap gambar. Serius. Nampak korang biadap sangat. Aku baru je nak masuk minang, tapi bila belek-belek gambar lain nampak gambar tengah hembus asap Vape terus aku batalkan niat. Nasib baik aku tak tunjuk kat mak aku lagi. Kalau aku tunjuk tu, maunya aku kena penampo On The Spot. Apa yang aku cuba sampaikan kat sini, kalau korang nak jugak hisap, jangan kongsikan gambar. Jangan sebarkan. Tak semua orang suka apa yang kita buat.
Buat orang ramai, aku cuma nak bagitau.. tak semua penghisap Vape berperangai macam yang korang tengok tu. Ramai lagi penghisap-penghisap Vape yang ok. Yang akan pergi ke tempat lain tak ramai orang untuk hisap Vape ni. Percayalah. Ramai lagi. Yang dok buat perak ni budak-budak baru nak Up. Otai-otai Vape semua Low Profile. Janganlah disebabkan segelintir penghisap Vape yang macam tu, korang terus nak hukum semua penghisap Vape.
Dan janganlah marah pada kaki-kaki Vape yang dok ambik gambar dalam rumah tengah hembus Vape ni. Dia tak hisap pun depan orang ramai. Dia tak kacau pun korang. Dia hisap sorang-sorang dalam rumah je tu. Lepas tu saja nak berkongsi gambar. Setakat ambik gambar pun korang nak marah, yang tu aku pelik. Elok lagi daripada dia ambik gambar tengah hidu gam ataupun hisap dadah. Aku tengok konsep dia sama jugak dengan korang yang suka ambik gambar korang tengah makan pastu Share kat kawan-kawan. Nasihat yang ni termaktub untuk kaki Vape genre lelaki je tau. Yang Genre perempuan tu, kalau boleh sorok.. sorok. Jangan Share.
Buat penghisap Vape pulak. Ingat apa yang kita boleh buat dan apa yang kita elakkan dari buat. Nak hisap berjemaah, kita lepak kat satu tempat yang memang jauh daripada orang. Ataupun buat satu Event untuk penghisap Vape je. Orang tak hisap Vape tak dibenarkan datang. Kalau dah buat macam tu, tiba-tiba ada jugak komplen, maknanya orang tu yang bermasalah. Mungkin saja nak kacau para penghisap Vape yang tak kacau orang macam kita ni.
Ingat. Attitude kita kena jaga. |