Kahwin Buat Loan Satu Tindakan Yang Bodoh

Aku terbaca satu artikel sebelum ni. Artikel dari satu entiti pemberi pinjaman. Artikel tu menawarkan pinjaman untuk kahwin Grand.

"Wow! Dah boleh kahwin Grand! Yeay!!"

Yeay kepala hotak hang.

Bagi aku artikel tu memang sangat-sangat bahaya buat orang-orang muda kat Malaysia ni. Bala semua tu. Bala. Aku tak pasti samada sudah ada yang dah terjerat dengan jerat berprofil tinggi tu atau masih belum ada.

macam mana dan di mana boleh buat pinjaman Loan untuk majlis perkahwinan, agensi yang menawarkan pinjaman dan Loan untuk majlis perkahwinan,

Nasihat aku, abaikan artikel tu. Jangan sesekali terjebak. Tapi kalau korang masih jugak nak, itu terpulang kat korang. Aku dah cakap jangan, hangpa ketegaq lagi kan. Itu kalau korang rasa nak hidup menanggung hutang seumur hidup korang.

macam mana dan di mana boleh buat pinjaman Loan untuk majlis perkahwinan, agensi yang menawarkan pinjaman dan Loan untuk majlis perkahwinan,


Beb, sebab tu dalam Islam tekankan konsep bersederhana dalam segala hal. Apalagi dalam hal kahwin. Islam memang tekankan kesederhanaan agar umatnya tak terbeban dan tak menyusahkan umatnya. Guideline dah ada, kenapa tak nak ikut?

Kahwin Grand bukannya menjamin kebahagiaan dalam rumahtangga. Lagi Grand lagi bahagia? Kepala bana macam tu. Haha. Kahwin ni lagi Simple lagi bagus. Ikut yang wajib nikah je kan? Buat apa nak seksakan diri semata-mata nak buat yang Grand? Lepas tu seumur hidup terseksa bayar hutang. Bagus!

Aku nak tanya, kalau dah merana terbeban setiap bulan, adakah bahagia yang bakal menanti? Ni soalan cepumas ni. Sila jawab.

macam mana dan di mana boleh buat pinjaman Loan untuk majlis perkahwinan, agensi yang menawarkan pinjaman dan Loan untuk majlis perkahwinan,

Cukuplah kita semua dah terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi lagi menyeksakan ni, jangan pi gatal-gatal nak tambah lagi bebanan korang tu dengan perbelanjaan yang korang sendiri gatal-gatal tambah. Ibarat dah ada gatal disebabkan kurap, tapi ditambah kudis buta pulak.

Bukaklah mata. Jangan terpedaya dengan benda-benda yang kononnya nampak indah tu, tapi hakikatnya bakal mengundang malapetaka dalam hidup korang.

Ye malapetaka! Tengok kredit kad cukuplah. Malapetaka kan. Berapa ramai yang dah muflis sebab kredit kad? Ni adik beradik tiri jugak ni.

Lagi satu, aku nak habaq mai. Entiti yang bagi pinjaman tu, pencekik darah. Aku taulah. Dulu aku beli motor guna khidmat pinjaman daripada dia. Bunga dia bukan kecik anak. Dah rupa Ahlong jugak dah tuh. Habis je bayar hutang tu, hari-hari aku hidup menyumpah seranah entiti tu. Hari-hari aku berdosa sebab maki hamun entiti tu. Tapi nak buat macam mana, salah aku jugak.

macam mana dan di mana boleh buat pinjaman Loan untuk majlis perkahwinan, agensi yang menawarkan pinjaman dan Loan untuk majlis perkahwinan,

Jadi, aku nasihatkan, janganlah korang buat Loan untuk kahwin. Apa lagi buat Loan dengan entiti tu. Itu satu tindakan yang bodoh. Sebab mengikut pada pengalaman kawan-kawan aku yang buat Loan, semuanya mengeluh panjang sekarang. Sebab dah mula rasa terbeban setiap bulan.

Beb,kalau nak kahwin sangat, tapi tak mampu..nikah je beb. Itu yang terbaik. Bila ikut apa yang digalakkan dalam Islam, aku rasa kepala pun takkan pening. Kenapa nak ikut budaya dan jugak adat? Kalau korang mampu dan banyak duit, bolehlah nak ikut adat yang perbelanjaannya lebih daripada RM10,000. Itu aku sebut yang minima tu.

macam mana dan di mana boleh buat pinjaman Loan untuk majlis perkahwinan, agensi yang menawarkan pinjaman dan Loan untuk majlis perkahwinan,
Agak-agak dengan jumlah tu, banyak tak kelengkapan rumah lepas kahwin boleh dapat? sumber


Ada yang cakap, kalau nak tengok lelaki tu bertanggungjawab lepas kahwin, kena tengok yang sanggup berhabis untuk cari wang hantaran. Heh heh. Aku tengok ramai je bercerai berai sebab lelaki tak bertanggungjawab walaupun hantaran berpuluh ribu ringgit. Betulkan balik Mind Set tu ye. 

macam mana dan di mana boleh buat pinjaman Loan untuk majlis perkahwinan, agensi yang menawarkan pinjaman dan Loan untuk majlis perkahwinan, Islam itu mudah, kenapa pilih jalan yang susah? Jika sudi silakan Share agar artikel ni dapat membuka mata anak-anak muda yang lain.

{ 7 comments.. read them below or add one }

FeeQ FeeQ 01 November, 2015
Thanks for the checklist hahaha
saidila saidila 02 November, 2015
sangat bodoh...rasanya diorang tak tengok citer p ramlee kot....

tapi nak watcamner....

bodoh itu percuma harganya.....
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 02 November, 2015
betul tu Boni.. setuju sangat nie
aliah aliah 03 November, 2015
kalau sy, pilih nikah je kalau xmampu sgt. kenduri blkg kira. apa org nk ckp bia la. manusia ni pelik sket simple sgt salah grand sgt pun salah. so stop hear what ever people said. kita hidup bkn nk please smua org. pk diri sndr dlu n what will happen in future.
yaya cendana yaya cendana 03 November, 2015
itu sebab saya bekerja keras agar tidak berhutang...in shaa Allah
AnonymousAnonymous 03 November, 2015
Sometimes orang-orang tua ni yg fikir pasal orang lain, anak-anak jugak yg nak menanggung hutang.

I was at the age of 20 masa belajar. Me and my husband satu sen pun tak ada, ingat nak nikah je majlis buat bila dah keje. But alhamdulillah ada org nak sponsor kahwin so kecil-kecilan.
ieta mat sa'ad ieta mat sa'ad 04 December, 2015
Wah duduk di 1st pg entri ni. Kebetulan plak ada kawan tanya pasal loan kawen. Tqsm Boni.

Pssss... Jiran 2 taman, jemputla singgah blog ahkak... Hehe