Bukan Alasan Terbaik Untuk Budak Bawah Umur Hisap Vape

Baru-baru ni kecoh yang Vape akan diharamkan. Dan terbaru, mitos-mitos dan jugak khabar-khabar angin tu akhirnya terlerai bila kerajaan tak mengharamkan penjualannya.

Ini mungkin berita baik buat penghisap-penghisap Vape seluruh Malaysia termasuklah aku yang agak kacak ni dan jugak penjual-penjual Vape.

apa kesan-kesan buruk bila kerajaan tak haramkan Vape, gambar-gambar budak bawah umur hisap Vape,

Gila ko. Kalau kena haram, apa nak jadi pada peniaga-peniaga yang dah berhabis berpuluh ribu untuk Setup bisnes. Kesian lah kat dorang. Baru nak berniaga dah kena pancung macam tu je. Kalau aku pun boleh mengamuk bawak bantal peluk ke Putrajaya menjerit-jerit nama Najib.

Ok. Sebenarnya kisah Vape yang tak jadi diharamkan ni ada Pro dan Contra sebenarnya. Ia sangat baik untuk para peniaga Vape dan jugak para penghisap Vape.

apa kesan-kesan buruk bila kerajaan tak haramkan Vape, gambar-gambar budak bawah umur hisap Vape,

Mungkin ramai yang tak tau, dan tak nak ambik tau.. yang ramai Hyper Smoker dah mula mengurangkan hisap rokok dan mungkin ada dah yang berhenti selepas hisap Vape ni. Termasuk aku sendiri.

Sebelum ni macam-macam cara aku cuba untuk berhenti merokok. Aku Start merokok umur aku 15 tahun. Kadang-kadang aku merokok sampai dua kotak sehari. Gila tak. Tu yang bibir aku hitam. Kadang-kadang orang ingat aku lelaki Afrika.

Dalam tempoh 15 tahun aku merokok, macam-macam cara aku cuba untuk berhenti merokok. Baik dari makan gula-gula nikotin, sampailah rendam tembakau rokok lepas tu minum air dia. Tapi masih tak berjaya hilangkan ketagihan rokok aku ni.

Pernah aku jatuh sakit sebab berhenti merokok. Dan akhirnya aku kembali merokok.

apa kesan-kesan buruk bila kerajaan tak haramkan Vape, gambar-gambar budak bawah umur hisap Vape,

Ramai tak faham. Dan ramai yang tak cuba memahami perokok-perokok ni nak berhenti. Terselit dalam diri dia nak berhenti. Tapi terlalu sukar. Dia sama macam ketagihan dadah. Seksanya sampai boleh menggeletar badan kalau tak dapat sedut asap rokok. Orang senanglah cakap , nak berhenti ni hati kena kuat. Kuat manalah hati seorang manusia biasa. Kitorang bukan Nabi.

Memang salah kitorang sebab memulakan apa yang salah ni. Tapi bila dah ada alternatif yang macam ni, yang jauh lagi selamat daripada rokok, ramai pulak yang menentang. Ramai pulak yang mengondem. Dah lah korang tak pernah memahami apa seksanya yang kitorang alami ni, korang beriya-iya pulak nak hapuskan satu-satunya alternatif yang paling terbaik setakat ni untuk membantu perokok kurangkan merokok dan berhenti merokok.

Ok. Bila kerajaan tak jadi nak haramkan, ini merupakan satu berita baik buat perokok-perokok yang sedang menggunakan Vape sebagai alternatif untuk berhenti merokok.

Tetapi, di sebalik berita baik ni, semestinya akan ada sudut yang tak baik pulak. Antaranya,

apa kesan-kesan buruk bila kerajaan tak haramkan Vape, gambar-gambar budak bawah umur hisap Vape,

Budak-budak bawah umur pasti akan bermaharajalela untuk membeli dan jugak hisap Vape. Alasannya Vape ni tak bahaya. Yang ni yang buat orang ramai salah faham ni.

Apa yang aku tau, lepas aku hadirkan diri dalam beberapa siri Event yang melibatkan Vape, memang penganjur dan rata-rata orang lama Vape melarang keras dan mengharamkan budak-budak bawah umur untuk membeli Vape dan jugak Flavor. Tapi disebabkan kedegilan budak-budak bawah umur ni, buat orang ramai pandang negatif pada aktiviti Vape ni.

Mungkin sesuatu perlu dilakukan untuk mengetatkan lagi undang-undang Vape ni. Kedai-kedai jugak kena mainkan peranan yang lebih meluas untuk menghapuskan penghisap Vape di kalangan budak bawah umur. Kalau tak, selagi tu kita akan nampak budak-budak badan kecik kurus keding hembus asap Vape sambil usyar orang kerek. Rasa macam nak bagi siku je kat muka yang menjengkelkan tu.

apa kesan-kesan buruk bila kerajaan tak haramkan Vape, gambar-gambar budak bawah umur hisap Vape,

Antara perkara lain yang kita semua takut terjadi bila Vape ni tak diharamkan, mulalah bermaharajalela Vaper-Vaper yang hisap Vape ni menghembus asap tebal kat tempat-tempat yang tak sepatutnya. Contoh macam dalam Shopping Complex ataupun restoran. Ini yang mencacatkan imej Vapor. Adab untuk Vape dah pun tertulis, jadi ikutlah benda tu supaya orang tak menyampah dengan kita. Muka kalau hensem pun, kalau orang dah menyampah, dorang takkan terima kita walau apapun kita buat untuk bagi dia suka. Sebab tu lah Neelofa masih tak nak dengan aku. Aku Selfie dengan asap je kot..

apa kesan-kesan buruk bila kerajaan tak haramkan Vape, gambar-gambar budak bawah umur hisap Vape,

Kenapa orang menyampah dengan Vapor? Faktor utamanya sebab tak jaga adab. Cuba semua jaga adab, aku rasa takkan timbul isu orang menyampah dengan Vapor ni. Kadang-kadang aku terasa jugak bila kawan-kawan sendiri menghina Vapor. Aku ni Vapor jugak, tapi disebabkan perangai segelintir Vapor yang biadap, dengan aku-aku terbabit kena hina. Takkan aku nak hina dorang balik? Apa yang dorang cakap tu betul. Make Sense dan Google Adsense!

Jadi saranan aku kepada Vaper-Vaper sekalian.. jaga adab. Pulihkan balik pandangan masyarakat kat Vaper ni. Disebabkan kebencian masyarakat kat Vape, dorang dah tak pandang langsung dah kebaikan Vape ni.


Last But Not Least... Api akan padam bila disiram dengan air. Marilah kita beramai-ramai jadi air.


1 comment... add one now

yaya cendana yaya cendana 03 November, 2015
tak respect betul budak sekolah duk konon - konon action macam orang - orang hebat ... fuuhhhh