Perlu Tingkatkan Sikap Berjaga-Jaga

Culik. Dah makin membimbangkan kes-kes culik yang jadi sekarang. Makin berleluasa. Dan paling membimbangkan, penculik semakin berani. Bukan lagi tempat yang tersorok, tapi tempat yang terbuka.

Bukan kanak-kanak perlu dibimbangkan sekarang. Tapi orang-orang dewasa dan jugak awek-awek terutamanya juga perlu membimbangkan diri sendiri. Apalagi yang berwajah comel dan kiut macam aku ni.

Aku tak pasti apa sebenarnya modus operandi penculik ni. Tapi yang membimbangkan penculik-penculik ni terlibat sekali dalam sindiket jual organ. Ok. Ini memang menakutkan. Menculik untuk menjual organ dalaman sebab harga orga yang tinggi.

Apa yang perlu kita semua buat sekarang ni adalah melebihkan sikap berjaga-jaga terutama apabila berada kat luar rumah dan jugak semasa berhadapan dengan orang-orang yang tak dikenali. Kena lebih peka akan keadaan sekeliling. Jangan terlalu percayakan orang yang tak dikenali. Sebab sikap mengambil mudah ni sememangnya selalu mendatangkan masalah kepada kita.

Ingat, orang cakap Malaysia masih akan. Tapi daripada pandangan mata aku sendiri, Malaysia bukanlah seaman yang dikatakan. Terlalu banyak kes-kes jenayah yang timbul kebelakangan ni. Jadi, nasihat aku.. Lebihkan sikap berjaga-jaga. Jaga keselamatan diri, keluarga dan anak-anak semaksimum yang mungkin. Banyakkan bersenam untuk dapatkan stamina yang tinggi sebab stamina yang tinggi mungkin dapat membantu korang melarikan diri sejauh yang mungkin. Dan mungkin tiba masanya untuk belajar ilmu-ilmu pertahankan diri sebagaimana aku telah mula mendalami ilmu bernafas dalam air.

 


Perlu Tingkatkan Sikap Berjaga-Jaga

0 comment... add one now