Kelmarin aku berkesempatan pergi ke OMG Vape Fest kat Shah Alam Convention Center. Aku sampai pukul 12 tengah hari. Merempit dari Bukit Beruntung ke Shah Alam memang agak memenatkan tapi mengenangkan ramai awek yang aku boleh usyar kat sana, buat adrenalin aku mengalir selaju 180km sejam. Nasib baik motor aku boleh pergi 80km sejam je, kalau tak memang aku dah pecut 180km/j jugak.
Sampai kat sana, memang aku agak teruja. Bukan sepuluh dua puluh peniaga Liquid dan Flavor Vape, tapi ada beratus. Tanjat Boboi. Dah sampai kat sana, memang aku eksaited lah nak tengok jenama-jenama Liquid dan Flavor yang tak pernah aku tau. Dulu masa aku main mekanikal mod, tak ada lah semeriah ni. Sekarang ni... memang meriah gila babek habaq hang!
Jom tengok gambar-gambar yang sempat aku tembak semalam.
Booth yang pertama sekali aku terjah. Aku diwar-warkan sebelum ni yang Flavor Mystic Vapery ni antara Flavor yang sedap kat sana. Bahan-bahan membuatnya adalah bahan yang diImport dari US. Bukan dari kedai Bakery. Senang cerita kualiti dan rasa Flavor US, tapi harga tempatan. Jadi, aku nak tau lah benar atau tak Rumors tu.
Bila dah cuba. Ok. Aku tak mampu nak komplen apa-apa. Memang ternyata benar macam yang diwar-warkan. Lebih-lebih lagi Flavor Limestone dia. Ini adalah Flavor limau yang paling sedap pernah aku rasa. Aku boleh ketegorikan sebagai Flavor Lemon King! Buat kaki Flavor US, korang mesti suka Mystic Vapery ni. Nak cerita lagi, memang panjang. Nanti aku buat dalam entri yang lain. Tunggu ye sayang-sayang abang semua.
Satu lagi yang menarik masa ni bila Fruit Ninja memberi hadiah sebotol 15ml kepada Vaper-Vaper yang datang. Semoga diluaskan lagi pintu rezeki korang ye.
Flavor pun ada yang sado ye. Jangan ingat orang je sado!
Royal Cloud pulak menawarkan bisnes untuk sesiapa je yang nak menambah pendapatan. Menarik. Jadi, kalau korang memang ada niat nak mencari duit lebih, bolehlah berniaga.
Rasa Flavor dia boleh tahan. Aku cekau sebijik kat sini. Manggo Vanilla.
The Medusa Juice ni pulak milik bekas senior sekolah aku dulu. Pusing-pusing terjumpa Member lama. Hahaha.
Nak ambik stok dengan dorang? Boleh terus Call Direct 012-3874282 (Bali Medusa)
Kalau aku tau dia ni jual Flavor, aku dah mintak dah buat Drobship dari dulu. Kah!
Walaupun berjerebu teruk macam ni, tapi jangan risau. Festival ni tak kacau orang langsung. Sebab buat kat dalam Shah Alam Convention Center. Hanya berkumpul dorang-dorang je dalam tu dan tak bercampur dengan orang awam.
Dah jumpa model Dewi Remaja, memang laju je aku ambik gambar. Sapa tak kenal dia ni. Fify Azmi. Antara Keekers yang aku suka tengok videonya dulu. Khalie Azmi, adik dia pun ada. Tapi aku tak sempat nak Snap gambar.
The Capricon Bros ni pun antara yang aku rasa Top jugak dalam dunia Vape ni. Kalau tak salah aku lah. Sorry bro sebab aku dah lama hilang dari arena Vapor Malaysia ni. Jadi banyak yang aku dah tertinggal keretapi. Haha.
Tapi apa-apa pun Booth dia antara yang aku tengok ramai gila kaki Vape terjah. Rasa Flavor dia pun boleh tahan. Jadi aku agak, ni antara otai jugak kot.
Kalau korang nak dapatkan Flavor-Flavor Capricon Bros ni, boleh ke Plaza GM sebab dorang ada berniaga kat sana.
Korang boleh jugak pergi terjah Instagram dengan Facebook dorang. Dua-dua pakai nama Capriconbros.
Okeh, sebenarnya apa yang aku tangkap gambar ni hanya 1/3 daripada keseluruhan peniaga yang turun kelmarin. Ni baru sikit. Banyak lagi Booth-Booth Flavor yang aku tak sempat nak Snap atas sebab terlalu ramai Crowd. Takut kang bila berhimpit, ramai pulak gadis-gadis yang terjatuh cinta kat kekentalan badan aku. Tu yang aku malas tu.
Okeh, Last But Not Least, jangan cakap abang tak payung!
Bersama dengan rakan Blogger, Halim Brothers.
Streamyx kat rumah aku baru elok. Sorry kawan-kawan. Nanti aku terjah balik ye komen-komen yang dah aku terlepas tu.
btw..nak kene bagi dia try gak ar flava gempak tuh!