Raksasa Manja Kekalkan Konsep Raw Dan Keaslian

Assalamualaikum semua. Okay. Hari ni aku nak umumkan yang aku dah rasmikan satu Channel Youtube terbaru aku dan Bophairy Baharum (SHARK - IKLAN GANGSTER). Nama Channel terbaru buah tangan aku dan Bop ni diberi nama RAKSASA MANJA (RM).

Vlog dan channel youtube yang raw rare original dan asli, raksasa manja youtuber best menarik terbaru terkini 2015,

Apa konsep Channel RAKSASA MANJA ni? Okey, konsep Channel RAKSASA MANJA ni adalah Vlog Duo. Vlog Duo yang akan banyak mengupas isu-isu semasa dan isu yang terjadi sekeliling kita.

Mungkin dengar macam.. "Ek ELEH! Ntah pape je! Macam Boring je!"

Nanti dulu. Sebelum apa-apa, jangan terus menaburkan fitnah kejam macam tu. Boleh terguris hati Neelofa. RAKSASA MANJA ni ada Specialnya!

Apa yang buatkan RAKSASA MANJA ni Special dan kenapa harus korang tengok?

Antara sebabnya adalah kerana RAKSASA MANJA diterjemahkan dengan mengekalkan prinsip RAW dan jugak mengekalkan keaslian sesebuah vlog.

Tak ada skrip. Yang ni pun salah satu keistimewaan RAKSASA MANJA sebab ia akan menjadikan sesebuah vlog nampak lebih semulajadi.
Vlog dan channel youtube yang raw rare original dan asli, raksasa manja youtuber best menarik terbaru terkini 2015,

Vlog dan channel youtube yang raw rare original dan asli, raksasa manja youtuber best menarik terbaru terkini 2015,
Antara babak-babak menarik dalam RAKSASA MANJA

Kenapa nama RAKSASA MANJA yang jadi pilihan?

Okay, yang ni aku rasa korang kena tunggu vlog yang mungkin episod ke 3 nanti. Kat situ kitorang akan ceritakan apa kekdahnya Raksasa Manja ni. Manja sangat ke kitorang? Atau raksasa yang terlupa bahawa dia diciptakan sebagai raksasa bukannya Barby Doll? Yang tu korang kena tunggu.

Jadi, teruskan menyokong RAKSASA MANJA ye. Sebab hanya dengan sokongan korang je mampu memberi kami tenaga dan jugak semangat untuk terus berkarya.

LIKE  FACEBOOK  -->  RAKSASA MANJA (SILA KLIK)
SUBSCRIBE  YOUTUBE --> RAKSASA MANJA (SILA KLIK)



Karya ada bermacam-macam bentuk dan medium. Vlog jugak merupakan antara salah satu bentuk dan medium untuk berkarya. Teruskan menyokong karya RAKSASA MANJA.

1 comment... add one now

ohsempapa ohsempapa 13 October, 2015
Let's see.
Bunyi macam menarik.