Giliran Balai Seni Visual Negara Mendapatkan Khidmat Frankie n Dino

Balai Seni Visual Negara mendapatkan khidmat Frankie n Dino!

Alhamdulillah. Segala syukur dan pujian untuk Allah Yang Maha Memberi Rezeki pada hamba-hambanya.

Ok. Kembali pada natijah yang asal.

Sebenarnya, aku amat sibuk dengan bermacam-macam kerja semata-mata untuk membayar bil itu ini. Apa? Walaupun aku kacak dan sentiasa di temani kad cidb di sisi, tapi aku pun kena bayar bil jugak lah.

Yang terbaru aku baru selesaikan satu job Raksasa Manja Production yang telah diamanahkan oleh Balai Seni Visual Negara.

Untuk info, Balai Seni Visual Negara sebelum ini dikenali sebagai Balai Seni Lukis Negara yang terletak di Jalan Termerloh Off Jalan Tun Razak.

Ok. Jom sambung balik.

Balai Seni Visual Negara inginkan satu video yang berkualiti untuk mereka jadikan medium untuk mempromosikan 'Sesuatu'.

Haaa. 'Sesuatu' tu padia?? Kena lah tunggu video ni ditayangkan oleh pihak mereka dan juga di Page Facebook Raksasa Manja tak lama je lagi.

Ok.. sambung balik.

Makanya. Bila dah dipertanggungjawabkan oleh satu badan yang agak besar dan ada nama kat Malaysia ni, memang lah aku dan team Raksasa Manja yang lain kena kasi Triple Effort untuk menjayakan Job ni.

Seperti biasa, produk paling berharga Raksasa Manja iaitu Frankie n Dino telah menjadi percaturan kitorang untuk membuat video promosi tersebut apatah lagi pihak Balai Seni Visual Negara sendiripun menginginkan watak Frankie n Dino ini.

balai seni visual negara

apa yang ada di balai seni visual negara
persediaan rapi dilakukan sebelum kitorang memulakan Shooting. Aku macam biasa akan menyerapkan roh Frankie dulu untuk memantapkan lakonan dan juga memantapkan bisep aku.
video-video frankie n dino

video-video raksasa manja production

antara Pose-Pose menarik dari Frankie n Dino dan juga seorang lagi watak yang amat kuat iaitu Mr Yamaguchi, seorang Yakuza dari Jepun.
Sebenarnya agak Neves jugak untuk tunjukkan hasil video ni kat pihak Balai Seni Visual Negara sebab Expectation dorang pasti tinggi untuk hasil yang bakal dorang dapat tu.

Alhamdulillah. Syukur pada Allah kerana tiada banyak masalah. Cuma ada sedikit je yang perlu diejas.

Kali kedua kitorang hantar hasilnya, pihak Balai Seni Visual Negara amat-amat berpuas hati dengan hasilnya.

Kalau korang tanya apa perasaan aku... Aku tak tau nak gambarkan macam mana. Aku rasa macam nak panjat KLCC pastu ngintai awek-awek yang kerja kat sana je! Gembira bukan kepalang. Kepalang pun tak macam ni rasanya!

Apa-apapun, aku berterima kasih pada pihak Balai Seni Visual Negara kerana memberi peluang pada kami yang masih lagi mentah ini untuk membuat video pengiklanan untuk mereka.

Dan aku juga nak berterima kasih pada beberapa individu yang juga merupakan antara tunjang kejayaan video ni. For Sure lah pada Team Raksasa Manja sendiri iaitu Bophairy Baharum (Sparring Partner aku dalam video-video Raksasa Manja), Ezi (Videographer dan juga Editor yang sangat mantap dan jambu), Ed Zahrin (pakar pemasaran korporat Raksasa Manja).

Tak terkecuali juga dua lagi makhluk yang aneh tapi berbakat besar.

Yang pertama adalah Wanji (pernah muncul dalam siri Frankie n Dino dan memegang watak sebagai Peter Lim). Kitorang juga menggunakan perkhidmatan suara dia sebagai Voice Over untuk video ni. Memang macho habis suara dia!

Yang kedua pulak adalah Nizam Kama (pelakon jemputan yang memegang watak sebagai Mr Yamaguchi di dalam siri terbaru ini)

Nantikan kemunculan video terbaru Frankie n Dino yang akan muncul dalam masa terdekat ini di :-


ruang pejabat untuk disewa di taman melawati
Wanji a.k.a Peter Lim

apa yang ada di sarang space
Nizam Kama a.k.a Mr Yamaguchi
Sekali lagi aku rakamkan jutaan terima kasih pada Wanji kerana sudi mengizinkan kitorang untuk Shooting di Sarang Space yang terletak di Melawati. Ikutkan memang kena sewa untuk menggunakan ruang di Sarang Space ni, tapi disebabkan kebaikhatian beliau, beliau mengizinkan kitorang untuk menggunakan Sarang Space ni untuk beberapa sesi.

Terima kasih Wanji. Jasamu akan dikenang walaupun Peter Lim sudah jadi mendiang. Hahaha.

Alang-alang aku dah cerita pasal Sarang Space Taman Melawati ni, aku ceritakanlah serba sedikit apa yang ada kat Sarang Space ni.

Kalau korang tercari-cari ruang untuk membuat majlis hari jadi, majlis perasmian, majlis kesyukuran, majlis makan malam, majlis sambutan ulangtahun, majlis perpisahan, majlis bertunang, majlis akad nikah, majlis mencari jodoh dan apa-apa jenis majlis, korang boleh sewa kat sini! 

Bukan setakat majlis je, kat tingkat atas pulak, ada disediakan bilik meeting dan juga ruang pejabat untuk disewa!

Selesa dengan Aircond dan juga surau!

Dan harganya amat-amat berpatutan!

Jom tengok antara majlis-majlis yang pernah diadakan kat Sarang Space Taman Melawati ni.

sewa ruang untuk majlis hari jadi sekitar lembah klang
majlis hari jadi
sewa ruang untuk majlis makan malam sekitar lembah klang
majlis makan malam
sewa ruang untuk majlis perasmian sekitar lembah klang
majlis perasmian
majlis hiburan
sewa ruang untuk majlis suai kenal sekitar lembah klang
majlis suai kenal
ruang bilik mesyuarat dan pejabat untuk disewa
ruang bilik mesyuarat

Jadi, kalau korang berkenan untuk mengadakan apa-apa majlis atau ingin menyewa ruang pejabat dan bilik meeting, Sarang Space Taman Melawati ada menyediakan sewaan.

Sarang Space Taman Melawati
315 Lorong Selangor Taman Melawati KL
012-2756653
sarangspace@gmail.com

When Imma Suited, Imma Switched - Frankie

1 comment... add one now

Cik Itah Cik Itah 07 November, 2016
wahhh harga berpatutan.. hiasan pula cantik!